Followers

HITS

Tuesday, March 20, 2018

Pengertian mengenai persahabatan ❤️

Assalamualaikum...


Sharing dari Tuan Fedtri Yahya,

nukilan yang amat indah ❤️








*"PERSAHABATAN ADALAH SUATU ANUGERAH TERINDAH"*
Persahabatan adalah *menyayangi*, bukan *menyaingi* 

Persahabatan adalah *mendidik*, bukan *membidik* 

Persahabatan *merangkul*, bukan *memukul* 

Persahabatan *membina*, bukan  *menghina* 

Persahabatan *mencari solusi* bukan *mencari sensasi* 

Persahabatan *mengukuhkan*, bukan *meruntuhkan* 

Persahabatan *menghargai*, bukan *melukai* 

Persahabatan *membela*, bukan *mencela* 

Kadang2 Sahabat yang suka *menegur* kita, BUKAN kerana mereka *BERLEBIHAN*
tapi kerana mereka meletakkan Persahabatan *MELEBIHI WANG...* 

Kadang2 Sahabat yang memohon *MAAF TERLEBIH DULU* setelah Pertengkaran, BUKAN kerana mereka *SALAH* 
tapi kerana mereka *MENGHARGAI* sebuah persahabatan.

Kadang2 Sahabat yang selalu *share WA* dengan kita, bukan kerana merasa *PINTAR* dan bukan *Menunjuk*  tapi... kerana *INGAT* pada *KITA*.

Suatu hari ada yang mengingatkan kita tentang *Agama* dan *Iman*.

Bukan kerana *merasa baik dan sudah sempurna* 
tapi itulah kewujudan *Persahabatan kerana ALLAH yg Maha Kuasa* 

Suatu saat kita semua akan *TERPISAH*, baik oleh *jarak* mahupun *ajal* yang menjemput kita.

*Namun* ada Sahabat yang terus *mendoakan kita* 

Suatu saat *Anak-anak* dan *Cucu-cucu* kita akan bertemu mereka dan bercerita... *Dulu Kita Pernah Bersama.* 

Persahabatan tidak mencari kesalahan tapi menutupi *kesalahan* 

Persahabatan berlandaskan Hati yg  *TULUS dan IKHLAS* 

Persahabatan akan terus *terjalin* walau banyak sekali *halangannya* 

Pada satu waktu sebahagian cuma memerhatikan *KEJAYAAN* kita, tapi ada sebahagian Sahabat yg peduli akan keadaan *KESIHATAN* kita, maka itulah Persahabatan yg sejati.

Suatu hari kita *terlena dalam gurau dan tawa* tapi ada yang mengingatkan agar kita tidak *Lalai*.

Itulah *SAHABAT*.

Sahabatku,  meskipun tidak sering *BERTEMU* , tapi selalu *DIINGATI*,
Itulah *SAHABAT* .

Seorang *SAHABAT* tidak akan berfikiran *NEGATIF* tapi selalu *POSITIF* 

 *Jom, kita bangunkan PERSAHABATAN dengan keikhlasan* dalam kasih sayang kurniaNYA.

No comments: