click...click...

HITS

Followers

Tuesday, August 02, 2016

Cubaan Kali Pertama : Pavlova & Mini Pavlova

Dah lama teringin nak buat sendiri Pavlova ni... Jadi, bila dah dapat barang2nya, apa lagi kan... Semalam masa budak2 ke Sek Agama, daku terus buat... Ni resepi yang ku dapat :-

 Bahan-bahan:

4 biji telur putih
3/4 cawan gular castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan

Untuk topping.
1/2 cawan krim putar
Buah kiwi dan anggur

** Buah2an ikut suka korang la nak letak apa ya.. daku cari strawberry tak jumpa..tapi digalakkan menggunakan buah2an yang masam2 macam ni sebabnya pavlova ni mmg manisssss tauuu...**

Cara-caranya:

1. Mula-mula asingkan putih dan kuning telur. Jangan biarkan setitik pun telur kuning ni bercampur dengan telur putih tu ya... kalau bercampur, sila buat sekali lagi...

2. Pukul sehingga putih telur tu jadi berbuih dan perlahan-lahan masukkan gula putih.

3. Setelah diletakkan gula, maka bolehlah dipukul kuat. Meringue ni akan menjadi putih salju. Pada takat ni, kalau terbalikkan adunan takkan jatuh. Tak percaya?? sila lah cuba ya..

4. Masukkan sedikit cuka, tepung jagung, esen vanilla mengikut urutan dan kacau dengan menggunakan spatula sahaja. 

5. Sediakan kertas minyak.. Buat ukuran dengan menggunakan loyang .... kemudian, barulah letakkan meringue tadi atas kertas minyak . 

6. Sebelum masukkan meringue tu tadi, pastikan Oven dah dipanaskan selama 15 minit dengan suhu 150c. Kemudian, barulah masukkan meringue tu tadi dan dibakar selama 1 jam 15 minit dengan suhu 150c dan kemudian diturunkan suhu ke 140c.

7.  Setelah masak, buka pintu oven dan biarkan pavlova sejuk.

8. Pukul krim putar tu , dan kemudian bila dan kental barulah letakkan ke atas meringue tu tadi.. 

9. Hiaskan buah2an yang dihiris di atas krim putar tu....

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa.... 

daku buat dua, satu pavlova dan satu lagi mini pavlova..bakar serentak terus..senang..


Daku prefer mini pavlova lagi sebab senang nak makan..ngap macam tu je

Yang ni besar kan..hehe..so apa lagi, budak2 balik sek agama je, terus ngap beramai2...