click...click...

HITS

Followers

Friday, July 29, 2016

JJCM DI KK : Restoran Kak Tim

Nak sambung cerita tempat kitaorang breakfast pagi Isnin lepas sementara menunggu no giliran En suami ku.. walaupun kat sebelah klinik ni ada kedai makan, tapi ku tengok ramai sangat orang.. so, kitaorang jalan ke hujung kedai sikit, nampak la satu restoran ni...betul2 berhadapan dengan KFC.

Namanya Restoran Kak Tim..masuk2 je, ku tengok belah kanan dan nampak gambar ni dulu

Mee Tauhu...wow...Menarik, simple dan nampak menyelerakan je..

Time kitaorang datang ni, tak ramai orang pun... sebabnya restoran ni lebih fokus kepada katering sebenarnya... so, sempat la kitaorang meninjau2 apa lagi menu menarik di situ....



En Suami sedang bertanya2 menu apa lagi yang menarikkk

Dari jauh ku nampak macam kenal ...rupa2nya...tadaaaaaaa...

PES MEE BANDUNG &B SOTO MAK PON la...walllahhh..

Fuhhh ada juga dijual disini pes mee bandung tu.. bila ditanya2 RM 12 sebungkus..boleh tahan gak la.. kitaorang tak beli pun, sebab En suami sekarang kena kuaratin makan udang2 hatta udang2 kering ni pun gakkk...


Menu lain

Next time nak try Crispy Mee Tuaran plak

Ni la dianya Mee Tauhu Tawau, sedap tau...nak pedas, silalah request sambal cili plak ya...

Nayli memang suka la kalau mee mix dgn kicap2 ni...

Dia boleh makan macam tu je...

Untuk En suami ku plak, dia try order Nasi Kuning Ikan. dikatakan menu ni agak terkenal di Tawau , ada sambal ikan dan telur dan tak lupa sup sama.... Kat sini korang jangan pelik kalau pi mana2 kedai makan pun, sup kosong tu mesti depa akan hidangkan juga.. tak pun self service untuk sup pun ada gak tau...


Nasi Kuning sambal ikan.....


Overall, aku puas hati makan Mee Tauhu Tawau tu. En suami plak, tak habis pun nasi tu sebabnya baru perasan rupanya atas nasi tu ada diletakkan sedikit kelapa...haaaaaaaaa...kemain dia nak jaga bab2 makan ni, sampai tak sentuh pun tang kelapa tu... So, kalau korang berminat, boleh la cuba makan di sini ya... 


Ni daku share koordinat GPS Restoran ni

N 5.992626
E 116.112584
(Behind Servay & KFC Plaza Juta)



KLINIK DR MUSTAFA & SURGERI, LIKAS

Settle je buat medical check up di BP Healthcare tu, kitaorang ke Klinik Dr Mustafa & Surgeri plak... Ikutkan masih awal lagi la, dalam jam 8.30 pagi macam tu... tapi, sampai2 je, terkejut kitaorang.. Punyalah ramai orang yang dah tunggu...masa pendaftaran tu, sempat la tanya2 pada nurse tu. Rupanya dr masuk jam 9.30 pagi.. yang datang awal2 ni diaorang nak ambik no je dulu. En suami dapat no yang ke 10. Fuhh.. apa lagi kan, moh la kita bersarapan la dulu memandangkan En suami pun tak makan sebelum tu sebab nak ambik darah kan, tak boleh la makan minum 10 jam sebelum tu...

Port tempat makan tu nanti daku akan ceritakan di entri lain ya.. Best gak menu sarapan kitaorang pagi tu.

Lepas makan minum dalam sejam tu kitaorang masuk ke klinik balik..time tu no kitaorang dalam 2 no je lagi... Tapi aku tengok yang keluar masuk ke klinik ni memang ramai la....yang bawa baby dengan anak2 kecik la..fuhh..en suami sampai kata dah macam klinik ibu dan anak pun ada...

Kenapa kitaorang ke sini?? Klinik ni memang ramai staf2 IKM rekemen. Walaupun jarak ke klinik ni boleh tahan gak la kan, tapi sebab servis dan juga cara rawatan yang diberikan oleh Dr Mustafa ni membuatkan ramai yang memang akan ke sini gak. So, kitaorang pun nak cuba la tengok macam mana...

Bila masuk je, aku macam terpinga2 gak la..aik..tak kan bilik dr macam ni kut...Rupanya Dr Mustafa tu bagitau yang biliknya ada masalah elektrik ...so, guna la bilik sementara ni dulu. Barulah kitaorang tau, yang Dr Mustafa ni orang Utara gak sebenarnya... Memang peramah sangat.... Siap masa en suami bagitau tanda2 sakit yang dialami, Dr tu menerangkan ia lebih kepada gastrik. Walhal En suamiku itu sebenarnya risau sangat sebab ingatkan tanda2 tu sakit jantung.(Haaaaa... tu la dianya, apabila dok ngadap dr GOOGLE lagi) 

Lepas diberikan penerangan yang secukupnya , siap Dr Mustafa pesan gak, lepas dapat result darah nanti datang balik bawa berjumpa dengan dia.. so, dia akan consult balik apa yang perlu suami aku buat lepas tu.. Memang berbaloi2 la menunggu Dr Mustafa ni.. 

Sessi consultation bersama Dr Mustafa, orang Kedah baq hang!!
Patut la ramai patient di Klinik Dr Mustafa ni. Servis bagus, cara layanan dan juga rawatan pun bagus. Memang daku rekemen la untuk sapa2 yang sakit tu datang ke klinik ni.. Cumanya, kena la sabar menanti , sebab patient dr ni memang ramaiiiiiiiiii..

Ni ubat-ubat yang En suami dapat pada hari tu........
Ubat gastrik , sakit kepala dan buang angin...

Ni daku sertakan sekali alamat Klinik Dr Mustafa tu ya kalau2 ada yang bertanya....

Klinik Dr Mustafa & Surgeri,
Lot 18, Ground Floor, Mile 4
Jalan Tuaran,
KK Sabah

088-389192

Medical Check Up dengan BP Healthcare............

Dah masuk hari jumaat, baru la teringat nak post cerita tentang apa yang berlaku hari isnin.. ni la dianya bila mood untuk berblog dah makin berkurangan... ok la, aku nak cerita la sedikit pasal En suamiku ini.. Lately ni kerap la juga dia ngadu sakit dada, sakit belakang, sakit kepala bagai... 

Last check up dulu, masa bulan 5. time tu kolestrol dia tinggiiiii..7.. tak silap aku normal bawah 4.2 rasanya. ditambah plak masa buat proses endoskop tu, memang dia ada mild gastrik juga. Jadi, lepas raya ni bila dah sakit2 mcm ni haa baru la dia nak buat balik medical check up.. 

Since kitaorang tak familiar sangat la hospital2 kat sini  ni, jadinya dia pun buat la medical check up di BP Healthcare . tu pun sebab dia tertarik dengan satu pakej yang dia tengok kat websitu situ..ni link website BP Healthcare ya.. ada banyak gak pakej, so korang boleh pilih nak yang mana satu.  En suami pilih pakej ni..

Boleh dikatakan hampir lengkap test2 yang ada ni

dia aim untuk check Cardiac Markers ngan Tumour Markers 
Pagi isnin tu selepas hantar budak2 ke sekolah, aku ambik en suami dan gerak la ke BP Healthcare ni, nun di Damai Plaza.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 50 minit gak la sebab jalan pagi2 menuju ke KK memang super duper jam.. ni pun kitaorang ikut jalan lain.. kalau ikut jalan depan 1B tu memang lagi hazab la....

Sampai2 je terus ambik pakej yang diatas.. Since pakej tu ada kena buat test macam2 lagi, untuk Hari tu, hanya perlu buat blood test dengan urine test je.. yang test2 lain pada hari lain plak...dapat appointment minggu depan 2hb.  Mai tengok daku  jadi Mamarazi plak pada hari tu...hehe..

Bp en suami normal pagi tu.. walhal masa buat kat rumah asyik low BP je..mmmm..

Tinggi dan Berat dikira untuk menentukan BMI.. BMI en suami 25, kena turunkan berat sikit lagi
untuk dapatkan BMI yang ideal..

Time ni tah tiba2 plak dia boleh tengok ke arah daku..apa lagi kan...klik2. snap terus..

aku tengok sekejap je laki ni ambik darah ..kalau kat hospital hari tu, kemain lama lagi..
Dah settle ambik darah, kena urine test plak...so, selepas habis je, kitaorang gerak ke destinasi seterusnya... Ke Klinik Dr Mustafa, panel Mara gak yang dikatakan agak famous juga di KK  ni... 

Oh Ya...lupa nak bagitau juga yang medical check up korang boleh claim balik bila buat e-filing LHDN nanti ya.. so, jangan lupa simpan resit tu untuk rujukan korang masa nak isi e filing tahun depan nanti.. tak silap aku la kan, max RM 500 ...aku pun ingat2 lupa gak la relief LHDN ni..maklum la..dah lama tak kerja....