Followers

HITS

Tuesday, July 12, 2016

Travel Balik Beraya dari KK - KL

Walaupun dah hampir 2 minggu berlalu, namun daku nak coretkan juga perjalanan balik kitaorang dari KK ke KL tempoh hari untuk dijadikan sebagai tanda ingatan sempena daku berada di sini...

Flight kitaorang pada 30hb hari tu jam 8.05 malam. En suami dah maklum awal2 dah, dia balik kerja je jam 4 petang nak terus gerak.. Daku sebagai isteri yang memahami, memang dok pegang la kata2 dia.. Dari zaman dulu2 lagi, ku macam dapat agak2 la kalau jam 4 petang tu, maknanya ada la setengah jam lepas tu baru gerak...tu dulu2 la..masa travel naik kereta..ni dah balik naik flight, aku rasa tak de la kut macam tu..

Alih2, bila jam dah menunjukkan 4 petang...en suami tak balik2 lagi..aku dah mula la rasa hangin semacammmm ja..cepat2, daku pindahkan beg2 kitaorang dari tingkat atas ke bawah..lepas tu tutup semua suis2 elektrik dan cabut semua2 wayar juga dan cepat2 tunggu kat luar...4.30 petang tak balik2 gak..bila aku call, baru la bagitau otw nak balik...sekali tu bila dia balik, dia bagitau driver ambik jam 5 nanti...

Dengan perasan hangatnyaaaa, aku pun ajak la budak2 ni bergambar..haaa..tu je cara untuk sejukkan hatiku.. dah la ni 1st time balik gatal2 nak pakai dress bagai..lepas ni tobat dah nak pakai2 mcm ni ..hahaaaa
Wan Alya Nayli..setia dengan bearnya

Anak sulung daku, Meor Imran Hariz yang tak sabar2 nak balik kampung..

Meor Imran Danial, ni yang suka cari hal dengan ku...maklum la..anak no 2 kan..

Siap berdress bagai daku balik kali ni..fuhhhh..sanggup pakai jubah lagi tau!!

Bergambar itu terapi kan... kan...
Nak dijadikan cerita, time driver tu sampai jam 5 petang tu, En suami boleh la plak tetiba nak pi ambik laptop dia kat ofis...daku kan...sib baik la posa tau..kalau tak...mmmm...mmmmm..mmmmmm... mula2 kata tak nak bawa laptop bagai, ni nak bawa plak..tak pasal2 kena tambah 1 beg galas belakang lagi...

Jalan ke Airport kalau dari rumah ku ni dalam 45 minit gak la kalau tak jem..tapi, malangnya, pada petang khamis itu, jalan sangat2222222 azabnya jem weiiiii..daku sikit2 tengok jam je...mula la rasa nak bebel bagai2, tapi ku tahan2 je...sebab ada orang lain dalam kereta tu..hehe...sebab ku tau, kalau ku angin nanti, dia lagi la angin kan..Ahakkk..so, ku buat2 relax bagai sambil sikit2 tengok jam...akhirnya, setelah sejam 20 minit perjalanan, baru la sampai..

Mujur la time tu tak ramai sangat orang nak beratur untuk check in bag..sib baik gak la En suami dah check in awal2 kat ofis siangnya...so, lepas check in bag, terus cari port untuk berbuka puasa...daku hanya standby buah mangga yang sudah ku potong siap2 dan juga buah anggur.. budak2 ni nampak Mc D, mmmmm..terus dimintanya ...beli set happy meals je untuk diaorang, daku ngan en suami berbuka makan buah2 je dulu, sebab masing2 duk kalut2 nak masuk ke dalam plak...

Beg2 kitaorang balik beraya..

Sempat snap gambar dulu sambil tunggu giliran solat dengan en suami

Budak2 ni masuk2 je terus pakai headphone ni terus layan movie..

Masa untuk makan

Mungkin sebab kepenatan, makanan yang dihidangkan daku memang tak habiskan pun..
walhal time berbuka tu makan buah2 ja...

Setelah 2 jam setengah di atas flight, sampailah juga...masa untuk ambil beg  plak..
Sampai KLIA dalam jam 10.30 malam, terus call kakak ku dan abang iparku ambil dalam jam 11..sampai2, ingatkan nak la terus tido..sekali kakakku masak mee goreng plak...phewwwwww..terus makan dengan semangatnya....dekat2 jam 1 lebih baru la tido...

Time sahur pagi tu pun, ikutkan daku malas nak turun makan..tapi kenangkan en suami dan anak2 ni ha, kejutlah diaorang n makan sama....

Pagi tu kitaorang gerak balik ke Taiping sekitar jam 10 pagi...dan tiba di Taiping dalam jam 3.30 petang...akhirnya....jejak juga Kg halaman setelah 3 bulan tak balik......balik kampung beberapa hari awal ni, macam2 aktiviti budak2 ni dibuatnya...next entri, aku ceritakan ya.........