click...click...

HITS

Followers

Friday, June 24, 2016

Resipi Homemade Cookies : Almond Chocochips Cookies by Azlina Ina

Ada hikmahnya la juga bila HP ku prob sekali lagi beserta pakej bff pun menjelma...memang daku tunggu bff ku datang la baru mood nak buat biskut raya.... maka, nak tak nak, gigihkan juga la membuat biskut raya tengah2 hari begini...mula2 kan, Hariz memang nak tolong buat gak..tapi baru bakar 1 adunan je, dia dah kata "tak tahan la ibu, bau biskut ni..." ok la...daku je la sorang2 sambung buat sampai habis... 

Resipi, memang follow dari Azlina Ina, cuma ada 2 benda je derhaka sikit....

1 - tepung gandum cap ros ku tak jumpa kat sini, so sebab konon2 nak buat kek @ biskut lain gak, maka ku beli la "Self Raising Flour" dari Blue Key...

2 - Soda bikarbonat tak ada la plak..mm..so tak letak la..tu je la..





1st adunan 

Ni la hasilnya...banyak gak dapat..gigih buat dari 11 pagi tadi...simpan doh dalam peti dalam sejam, maka start membakar dari jam 12 sampai jam 2 petang ni.....

**Agak manis sikit la, tapi bila sesudu tepung beras digantikan sebagai emplex memang crunchy la...bagus idea dari Azlina tu...next time nak buat lagi sebab ada lagi choc chip dgn almond slice, nak kurangkan sikit gula la**


Resipi yang sangat mudah dan cepat dibuat..
Ni dia resipi dari Azlina Ina tu......Aku suka gak resipi macam ni , sebab apa, mudah dan barang2 pun tak ada la macam rumit sangat ke apa....Jadi, pada mereka yang diluar tu kalau tetiba rasa nak try buat biskut raya, cubalah resipi dari Azlina Ina ni ya..

Dasat tau Azlina Ina ni, bila dia share resipi, beribu2 orang share tau..

HARI BERTEMU CIKGU SEKOLAH

Pagi ni ada sessi mengambil Rekod Kemajuan Murid dengan Cikgu Kelas. Bertempat di Dewan Sek. 

Fuhhh...dalam surat bermula jam 9 pagi, ku sampai jam 8. 15 pagi pun dah ramai tau!! Masa sampai tu, dewan memang tak buka lagi. menunggu la kejap...Mula2 En suami nak datang gak, tapi sebab dia ada Prog Bacaan Yassin dengan staf dia pagi ni, dia datang lambat sikit la... 

At last, jam 8.45 pagi, dewan pun dibuka dan terus menuju ke bahagian Kelas 2 Kenanga dulu.. Settle Kelas 2 Kenanga, baru lah ke 1 Teratai plak...

Since dah settle awal, En suami pun tak jadi la datang..Balik singgah Ofis jap & tunjuk la Rekod diaorang..

Walhal, kitaorang sebenarnya dah tau awal2 lagi dah result diaorang...Masa cuti sek baru2 ni pun, aku hari2 check dalam sistem SAPSNKRA...

Hari ni datang nak dengar sendiri komen dari CIkgu Kelas diaorang masing2..Baru la puas hati kan...

Cikgu Kelas Danial, Puan Norata melaporkan terbaru Danial dah dipindahkan tempat duduk dari belakang ke HADAPAN..

Betul2 depan meja cikgu. Aku terus menyatakan sokongan dan galakan. Aku tau, dak Danial ni dari SK Jelotong lagi suka betul menyembang..eh, sejak dari Pra la... 

So, bila dia dah duduk depan ni , ada la kebarangkalian tidak menyembang sangat... 

Hasil dari Ujian pertengahan tahun ni, ada beberapa subjek yang perlu ditekankan iaitu BM (Pemahaman & Penulisan), BI (Penulisan) & Matematik (Kertas 2) Bila diperiksa oleh daku sendiri kertas2 peperiksaan dia, daku tengok yang soalan panjang2 memang dia tak buat. Bila ditanya, kenapa?? dia bagitau banyak sangat nak dibaca, penat la..letih la...aduiiiii la anakkkk..

Puan Norata juga ada memberikan tips2 bagaimana untuk melatih Danial untuk menulis dengan cepat.. Insyaallah nanti nak praktiskan untuk dia...

Puan Rahimah melaporkan bahawa Hariz ok dalam kelas, macam biasa memang PENDIAM. tapi, sejak berkawan dengan sorang budak ni , nampak la juga dia ada menyembang2 sikit dalam kelas.

Dari segi matapelajaran plak, ada beberapa subjek kena tengok balik, mcm Matematik dan BI Pemahaman... So far, result dia memang meningkat dari sebelum ni...

Usaha lagi untuk peperiksaan akhir tahun plak ya...

Menuju ke Dewan Sek..

Dewan Sek ..saja la duk depan2 dewan...kut2 dapat awal masuk ke kan..

Akhirnya, memang pun..aku antara yang terawal beratur di 2 Kenanga...Kelas Meor Imran Hariz

Kelas 1 Teratai..kelas Meor Imran Danial


Cikgu Kelas Danial, Puan Norata

Cikgu Kelas Hariz, Puan Rahimah

Suasana di dalam Dewan



Semua Kelas ada di sini..

Sempat snap gambar budak2 ni dulu sementara tengah beratur


Masing2 sibuk tengok result diaorang...walhal, 2 hari sebelum tu kitaorang dah tengok sama2 kat SAPSNKRA...

Anak2 bergambar di kawasan IKM KK sebelum mengadap En Suami...