click...click...

HITS

Followers

Thursday, June 23, 2016

TIPS PERCUTIAN KE KUNDASANG

Aku ada share Tips ni di FB sebagai Salah Satu Sumber Rujukan Aku dan juga pada kawan2 dalam friendlist FB aku jika mereka ingin bercuti ke Kundasang... Tak la nanti, akan dapat WA , PM atau komen, Ayu....apa yang best kat Kundasang ya??

Walhal, ketika entri ini ditulis, aku masih lagi belum sempat menjejakkan kaki ke Kundasang.. Dah 3 bulan kut pindah sini.. Nak cari masa yang sesuai macam tak ada je...awal2 pindah dulu, ada la juga niat nak ke sana..tapi bukan bermalam la..Hanya balik hari je, memandangkan dari rumahku ke Kundasang pun dalam sejam ke sejam lebih je..

So, aku share juga di blog ni, untuk memudahkan korang baca dan juga jadikan sebagai rujukan juga ya. Setakat ni plan kitaorang maybe akan ke Sana ketika Parents aku atau Family kakak aku datang bercuti ke sini nanti..baru  best pergi ramai2 kan...tapi agak masak gak la...terjah tempat2 macam tu time cuti sek!!!



Kalau korang nak tengok gambar , boleh terus klik kat link page FB tu ya..aku tak upload di sini

TIPS PERCUTIAN KE KUNDASANG, SABAH.

Seringkali apabila pengunjung bercuti di pusat peranginan yang terletak di Kundasang, masalah mereka adalah tidak cukup masa untuk pergi ke semua tempat yang ada di sana.
Ini kerana, kurangnya pengetahuan tempat-tempat yang perlu dilawati atau tidak mengikut jadual tempat mana yang harus dikunjungi.

Di sini kami ada beberapa tips dan nasihat untuk anda apabila bercuti sendiri di Kundasang walaupun tanpa ada pemandu pelancong!

1.Tempah Homestay untuk 1 malam di Kundasang.

✔ Jika Anda tidak membuat tempahan, pasti tidak ada yang kosong lebilh-lebih lagi pada waktu cuti sekolah. (part ni aku setuju sangat2, kalau korang berani redah tanpa booking awal2 aku tak jamin la ada ke idak lagi homestay atau hotel time2 gini)

✔Tempah homestay di KUNDASANG ya, bukan di PEKAN RANAU.

✔TIPS- Semasa membuat TEMPAHAN HOMESTAY, pastikan homestay tersebut menyediakan WATER HEATER. Pecaya atau tidak, air paipnya sesejuk Air AIS!

P/S Jangan lupa membuat tempahan kenderaan untuk memudahkan pergerakan ke lokasi anda. Perkhidmatan Kereta Sewa akan menanti anda di Lapangan Terbang.

2.Tempah tiket penerbangan yang sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu seawal jam 7 pagi.

✔Apabila sampai awal di Kota Kinabalu, Anda juga boleh terus ke Kundasang seawal yang mungkin sebab ada banyak tempat yang boleh dilawati setibanya di sana nanti.

✔TIPS - Sebaik-baiknya sampai di Kota Kinabalu pada hari jumaat. Ini kerana anda boleh berkunjung di TAMU KUNDASANG sebelum tengahari. Di tamu kundasang banyak bezanya dengan Tamu yang lain di daerah Sabah ini seperti Makanan, Bunga dan barang-barang yang dijual.

3.Sampai di Kundasang, anda boleh melawat tempat menarik disekitarnya seperti Desa Cattle Farm, War Memorial dan Kinabalu Park

✔TIPS - Anda boleh berkunjung jam 3-4 di Desa Cattle Farm kerana pada waktu itulah anda boleh melihat para pekerja memerah susu lembu.

✔TIPS - Pasang lampu kereta sekiranya kabus sudah meliputi kawasan Kundasang untuk keselamatan anda dan pemandu yang lain.

4.Waktu petang, anda sudah boleh cek in di Homestay yang Anda sudah tempah.

✔TIPS - Cari Homestay yang ada menyediakan kemudahan BBQ.

✔Jangan lupa meminta selimut tambahan kerana Anda tidak akan dapat menahan sejuk pada waktu malam. Sebab tu jangan hairan jika di Homestay tu tidak ada disediakan kipas atau aircond!

5.Esok pagi, anda boleh sarapan di Kundasang atau di Ranau.

✔TIPS - Cari Restoran yang bersih kerana di kawasan sejuk memang cepat lalat membiak

6.Lepas tu , anda boleh ke Hot Spring Poring yang terletak lebih kurang 30-40 minit dari pekan Ranau. Di sana, anda boleh mandi manda dan melawat canopy walk.

7. Lepas dari Poring, anda boleh ke kampung Luanti Spa Fish. Bila sampai sini, jangan jerit kuat-kuat ya?? Sebab mesti anda tak tahan bila ikan tu datang dekat dengan kaki anda, GELI!!

8.Selesai di sana, anda bolehlah meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu untuk cek in di Hotel/Homestay yang anda sudah tempah.

✔TIPS - singgah di Nabalu Craft kerana di sana banyak barang Kraftangan buatan tangan yang anda boleh beli sebagai cenderamata.

*Jika ANDA rasa TIPS ini berguna, sila "LIKE" atau "SHARE" dengan kengkawan.

**Untuk pertanyaan Hubungi kami di 0168818153.

Terima Kasih

~Suzahomestay Kota Kinabalu
~Cuti Kinabalu

Cepat2 Contact No di atas jika berminat nak booking Homestay awal2 di Kundasang nanti ya!!!!!

KOREAN DRAMA : DOCTORS 2016 ~ Tiba2 aku dah terjebak!

Lama gak la aku tak tengok Korean Drama ni

Aku dah mula start follow drama ni sejak tengok video ni di FB.. rata2 kawan2 aku duk share je..so, aku pun klik la tengok..bila dah tengok, WOW!!! macam best je..macam menarik je..Jadi apa lagi kan.. Semalam aku dah tengok 2 episod dah..rupa2nya ni cerita baru ..ada gak disiarkan di Astro 393 , aku sempat juga rekod kut2 kalau mau tengok lagi di TV plak...

cari video ni di Youtube, tak ada plak..video ni menarik tau..
Bila aku search di Youtube, aku jumpa video Full Trailer ni..mmm..layan la ya..


Ni detail drama tersebut
Antara pelakon2 nya

Watak Utama, Hye Jung
Watak Utama gak, Hong Ji Hong
Aku dah settle layan episod 1 dan episod 2..marathon terus pagi semalam...aku tengok online je, di link ni.. KOREAN DRAMA : DOCTORS 2016 memang best...episod 1 je dah buat aku berdebar2, dan tak sabar nak tengok episod2 lain plak...walaupun ada adegan aksi pukul2, (tak sesuai tengok dengan budak2 tau)...

Drama ni ada 20 episod je..so kalau korang2 baru nak tengok, memang ok sangat la....So, jom la terjebak bersama2 ya...