click...click...

HITS

Followers

Tuesday, June 21, 2016

LAKSA OH LAKSA...

Macam tak percaya...

Sejak aku menetap di KK ni, dah masuk kali ke 4 aku masak Laksa ni..Fuhhh..

Tu tandanya apa?? 

1, sini bahan utamanya iaitu IKAN sangat Murah dan Fresh & Senang Didapati..........

2, Aku dah mula jemu makan nasi ..nasi...nasi...sampaikan menu ni aku boleh repeat la banyak kali...

3, setiap kali aku masak laksa mesti lain je rasanya walaupun ni dah kali ke 4 aku masak...

haaaaaaa....tu juga bermakna skill Masak Laksa ku ini dah makin bertambah........^____^

Ok lah, nasib baik aku teringat yang aku pernah Share Resipi Laksa Versi Aku satu ketika dahulu, 

Korang2 boleh baca di link INI ya....

Sama je resipinya, cuma kali ni aku ada tambahkan 1 bahan lain iaitu Ikan Sardin dalam tin, aku blend gak juga bersama2 dengan ikan kembung yang sudah ku asingkan tulang tu..
Apa bezanya? Kuah laksa ni, makin pekat dan agak gelap sikit...tu je la...

Kali ni, sebab buka puasa, aku masak sedikit je..separuh laksa kering tu je...

Kuah pun ku masak dalam periuk Visions ni je..kalau tak, mesti satu periuk besar aku masak..

Lepas tu apa lagi kan..sessi bagi2 la pada staf2 suami..

Time berbuka tu, aku, En Suami dan anak aku yang sulung, Hariz je makan Laksa... Dia siap makan bertambah lagi.. Yang En suami plak, lepas makan laksa, dia sambung makan nasi plak...Mak ai...aku? sekadar semangkuk kecil laksa je...lepas tu aku ngulang makan kuah dia je..sebab aku nak ratah makan bunga kantan...haaa..tu feveret aku tau..suka sangat...Ok la..jum tengok gambar je la ye...



Separuh Laksa pun dapat banyak macam ni tau!

Bahan2 wajib perlu ada!!!

Kuahnya agak pekat kan...tapi aku suka! Suka!
Cukup ke semangkuk macam tu je?? Awal2 tu cukup la...lepas tu, jam 9 lebih aku repeat makan lagi
^_________^