click...click...

HITS

Followers

Sunday, June 19, 2016

PAVLOVA Oh PAVLOVA....Yang TERSEDAP Yang Pernah daku Jumpa .......HANYA Di KK

Sejak pindah ke KK ni, aku rasa berat aku macam akan bertambah dari semasa ke semasa.. Mana taknya..Aku dah jumpa HomeMade Bakers yang SANGAT2 Sedap dan menepati citarasa aku dan anak2. En suami kurang sikit la bab2 dessert ni...termasuklah kek sama.. Jika sebelum ni,  aku ada order Macaron sempena HARI GURU untuk cikgu2 anak2 aku ni, maka kali ni aku nak try la order PAVLOVA plak

Aku order 2 sebenarnya..satu tu konon2nya nak bagi kat kawan aku, tapi dia plak tak reply komen aku..so, bukan rezeki ko lagi la Nonie..hehe..Tapi tak pe, lain kali bila2 aku order lagi , aku bagi kat ko lagi  ya..

Instagram Bakers ni, Triple Sprinkles . Boleh la singgah , follow dan cuci mata tengok hasil tempahan beliau.. Memang mabelesssss la...Bila habisnya makan nasi selepas berbuka tu, kitaorang anak beranak makan Pavlova plak..

Habis satu bekas kitaorang makan tau...

Pavlova ni memang manis sebenarnya, tapi hat ni, walaupun manis, sebab mix dengan gabungan buah2an  yang sitrus itu sedikit sebanyak mengurangkan rasa manis pavlova tu...aku ni bukan la jenis suka makan manis2 sangat, tapi hat ni...fuhhhhhh.. Semalam satu bekas dah habis..Hari ni satu bekas lagi kitaorang habiskan...

Insyaallah, lain kali nak order dessert lain plak

Oh ya, boleh juga tengok Hasil tempahan beliau di website 


Memang rekemen sangat2 tau....

Orang2 di KK, order la dengan beliau ya..  WA Mas di 012-3029455

Satu lagi sebab Bakers ni dekat je dengan rumah aku...so, buat apa aku susah2 order kat tempat lain kan


Semoga biz Mas maju jaya hendaknya...


Aku nampak je iklan tu terus watsap Mas beb...nampak tak di situ je aku dah tak sabar2 nak makan!!!

Ni antara yang order dengan Mas semalam..Order hari ni lagi banyakkkkkkk..boleh tengok di IG beliau!!


Yang ni sebelum kitaorang makan beramai2...

My Luvly Kids


Lamanya tak cerita pasal anak2 ....Alhamdulillah, dah masuk 14 Ramadhan kita berpuasa... So far setakat ni Hariz tidak pernah tinggal lagi puasa.. Danial?? mmmmm..bangun sahur hari2 bangun..siap aku bersuap lagi.. kalau hari sek, tah macam mana la dia boleh pergi makan juga..awal2 tu siap share makan dengan kawan dia lagi...Aduhai... dia kata tak larat, penat... 

Ok la, aku dan En suami pun tak nak memaksa dia puasa .. At least, dapat bertahan setakat mana dia mampu je.. Hari cuti plak, ingatkan dapat la juga bertahan..alih2, ada sekali tu dekat2 jam 4 lebih tak tahan dah...bagi je la dia makan...Macam hari ni plak, dah elok dah bangung sahur sama2, lepas je kitaorang keluar beli barang2 tadi, dalam jam 1 lebih tu dia sakit perut ...Suami kata angin dah tu..Dia sampai nangis2 nak makan juga...Tak terkata la aku..

Bila aku call Mak, Abah dan Kakak aku plak, diaorang pun kata benda yang sama.. Tak payah paksa sangat dia puasa, tengok dia boleh takat mana...Lagi pun, elok dia solat betul2 dulu dan kemudiannya akan senang dia berpuasa terus.. Ada benar juga la kata mak abah dan kakak aku tu. Sebab aku tengok Hariz pun macam tu dulu..

Baru2 ni kitaorang ada Iftar Perdana dan Khatam Al Quran antara Staf dan Pelajar IKM di Surau situ. Jadi ada la Majlis berbuka puasa sama... Aku tak pergi time Khatam tu sebab time tu Nayli tengah tido .. Tunggu dia bangun dulu , lepas mandi dan siap2 baru la pergi.. Malam tu makan Nasi Briyani.. Ok la...Tapi serius, sedap lagi Nasi Briyani kat Johor tu...

Berbuka time cuti sabtu ahad ni, baru lah aku dapat masak menu tambahan sikit..Macam semalam aku masak LAKSA...mmm..next entri aku share cara2 nak masak Laksa ya..Yang pasti, VERSI aku semestinya MUDAH dan CEPAT....
Banyak kali dia Request buka roda tu, tak jumpa2 lagi kedai yang sesuai


ni la dianya, Danial...anak no 2 aku...

Satu2nya anak perempuan aku, Nayli...yang bestnya dia dah suka pakai tudung..
tapi aku akan pakaikan dengan betul la..