click...click...

HITS

Followers

Wednesday, June 15, 2016

Resipi : Gulai Daging Tanpa SANTAN

Pernah masak Gulai @ Kari tanpa santan??

Haaa...ni aku nak share Resipinya..

Macam biasa, Bila aku masak, Resipi aku mestilah yang senang2 dan mudah2 je..Tu aku la kan..

Resipi : Gulai Daging Tanpa Santan

Bahan2 

300gm daging dihiris nipis2.
4 biji kentang dipotong dadu
3 biji bawang merah kecil - dihiris nipis
4 biji bawang putih - ditumbuk halus
sedikit halia - ditumbuk halus
SERBUK KARI Dari Kelantan - ni member aku bagi
Sedikit air
Daun kari
Garam
Gula

Cara2 : 

Daging tu terlebih dahulu direbus seketika sampai agak2 nak empuk

Tumbuk halus halia dan bawang putih sehingga betul2 sebati.

Bancuhkan serbuk kari tu dulu dengan air

Panaskan api...dan kemudiannya, masukkan bawang terlebih dahulu...bila nampak dah kekuningan, barulah masukkan campuran halia dan bawang putih yang ditumbuk halus ...

** aku tak masukkan bahan2 sampingan macam jintan manis, rempah 4 sekawan hatta halba campur tau..sebab pernah dah aku buat sebelum2 ni campur bahan2 sampingan tu, en suamiku kureng sikit... dia suka tanpa bahan2 tu..ok, dengan senang hati aku ikut ja **

Bila nampak bawang putih dan halia tu pun dah hampir masak, masukkan serbuk kari yang dibancuh tu  ya.. masak sehingga betul2 pecah minyak..dan time tu boleh dah masukkan daun kari tu...

Agak2 dah pecah minyak, bolehlah masukkan sedikit demi sedikit air..tak perlu air banyak2 sangat pun, sebabnya nanti kita akan guna air rebusan daging tu je...

Masak seketika dan biarkan ia kering sikit dan kemudiannya masukkan daging bersama2 air rebusan tu... 

Masukkan juga kentang dan biarkan seketika sampai ia lembut sikit..

Masukkan garam dan gula juga sebelum tutup api..sebab bulan posa, ku main agak2 je la...time nak berbuka tu, aku rasa dulu..agak2 macam tak cukup rasa time tu la aku adjust2 sikit..tapi, biasanya memang tak yah dah tambah apa2...kalau tawar pun, aku suka letak kicap je..hahaaaaa..jadi la kan..

Tadaaaaaaa...dah siap gulai daging ni tanpa santan...sapa kata kalau masak gulai nak kena ada santan jeeee kan...

Sesuai la untuk mereka2 yang ada kolestrol tapi teringinnnn sangat nak makan gulai...




Alhamdulillah, time berbuka tu, dapat rasa Gulai Daging ni secukup rasa

Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Selain menu feveret aku dan en suami, dah tentulah ni la dianyaaaaaa..menu feveret anak2 aku juga...

Kali ni memang rezeki kitaorang sangat2 la kat Tamu Tuaran ni. Jumpa pucuk paku, jumpa siput sedut...memang happy sangat2 la ..

Murah plak tu.. 2 pek RM 5. tapi nak siang mak ai....Sejam weh...rasa penat tang siang tu je...sib baik la time tu anak aku no 2 tu, Danial tolong2 gak..kalau tak, lagi lambat la aku siang...

Ni resipi aku masak Siput Sedut tu ya

Resipi : Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Bahan2

Siput Sedut, dipotong tang belakang tu sikit dan kemudiannya dicuci sehingga bersih.. hilang kotor2 pasir tu.
10 biji cili padi - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
1 bawang merah besar - dikisar
3 batang serai - dikisar
Kunyit hitam 2 inc - dikisar
Santan 1 kotak
Air
Garam
Gula
2 keping asam keping

Cara2 :

Kisarkan bahan2 tu dulu...selepas siput sedut tu dibasuh sehingga tahap kebersihannya terjamin, maka bolehlah masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 yang dikisar tu..letak juga sedikit air. 

Kemudian, masakkan nya dahulu...biarkan seketika kemudiannya barulah masukkan santan sekotak tu tadi. masak sehingga santan tu sebati , dan kemudiannya barulah masukkan gula, garam dan asam keping.

**aku tak masukkan daun kunyit tau..sebab tak jumpa lagi orang jual kat sini..mulalah rasa2 nak menanam balik ni...**

Lepas tu, bila nampak dah mendidih, bolehlah tutup api...Siaplah sudah Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi versi aku di mana aku lebih suka blend sekali dengan serai ...sebab tu jadi warna macam ni, sama warna macam kat kedai SELERA UTARA, nun di KL tu... terubatlah rasa rindu pada masakan kat situ bila dapat masak sendiri ni...


agak pedas juga bila daku rasa time berbuka tu..budak2 siap tambah kicap lagi..
so kalau korang tak nak pedas sangat, kurangkan cili padi tu ya...