click...click...

HITS

Followers

Tuesday, June 14, 2016

Resipi Pucuk Paku Tumis

Sejak pindah Ke KK ni, daku dah lama mencari sayur pucuk paku tau...Kalau kat Parit Raja dulu, memang sentiasa la ada kalau ke Pasar Tani tu.. Ni dah masuk beberapa bulan setiap kali pi Tamu, tak ada la plak aku nampak...

Nak dijadikan cerita, masa pergi ke Tamu Tuaran baru2 ni, aku ada la nampak ada sorang kakak ni jual sayur2an kampung...tup2 mata ku dah terPAKU dengan PUCUK PAKU tu..Alhamdulillah...ada la rezeki aku untuk makan Pucuk Paku ni...

Pucuk paku ni, biasanya aku masak lemak atau buat kerabu..tapi kali ni aku nak masak Versti Tumis plak.

Resipi : Pucuk Paku Tumis

Bahan2 :

Satu ikat Pucuk Paku, dipotong2 kecil. Batangnya aku ambik yang muda2 je, yang keras2 aku tak ambik.
Sedikit Udang kecil 
5 biji cili padi - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
2 biji bawang merah kecil - dikisar
Segenggam ikan bilis - dikisar
Sedikit belacan - dikisar
Garam sebagai penambah rasa (jika perlu)

Cara2 :

Lepas potong pucuk paku tu, basuhkan beberapa kali.
Kisarkan @ blend bahan2 yang perlu dikisar tu.
Aku blend kasar sebab tak nak halus2 sangat
Panaskan minyak
Masukkan bahan2 yang dikisar itu dulu, masak sehingga kekuningan 
Masukkan udang dan masak seketika
Masukkan pucuk paku tu tadi..
Kacau2 sampai daun tu layu.

Agak2 tak berasa bolehlah letakkan garam, tapi macam aku tak letak dah la..ikan bilis dan belacan dah ada, memang terasa ok dah la..

Versi aku ni masak kering2 ...Kalau nak letak air ke apa ke, silakan..ikut korang nak macam mana ya.



Aku boleh ratah macam tu je tau!!

Resipi Ayam Madu & Sos Black Pepper

Pssstttt..korang...nak tau tak..Kat KK ni glamer betul la kepak ayam madu..kitaorang pernah gak la try makan...memang sedap ..dah jadi kegemaran budak2 ni plak...

So nak tak aku pun cuba dan cuba sehingga la nak dapatkan rasa perapan kepak ayam yang sebenar..kalau sebelum ni aku hanya perap ayam dengan sos tiram, kicap manis, madu dengan serbuk lada hitam..tapi ni aku ada buat tambahan resipi baru kepak ayam tu...

Resipi : Kepak Ayam Madu


Bahan2:

7 ketul kepak ayam yang sudah dibersihkan
Sos Barbeku Knorr PEDAS 
Sos Tiram
Kicap Manis
Madu
Serbuk Lada Hitam

Cara2 :

Masukkan 4 sudu Sos Barbeku Knorr Pedas (ada 2 tau, satu lagi TRADISIONAL) , 2 sudu Sos Tiram, 2 sudu Kicap Manis, 1 sudu madu dan sedikit serbuk lada hitam ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.

Perap sekurang-kurangnya 4 - 5 jam dan disimpan di dalam peti ais.

Daku masak dalam air fryer, jadi setting nya suhu 180' dan masa 12 minit dimana selang 6 minit tu ku balikkan plak. 

Tadaaaaaa...dah siap..daku suka masak ayam dalam air fryer je sebab less minyak la konon2nya..tapi, masih lagi menepati citarasa kami semua.. Nak masak atas magic pan pun ok gak..mana2 je la..

Tak lengkap tanpa Sos Black Pepper kan

Ok, untuk resipi Sos Black Pepper plak...


Sebenarnya boleh je makan ayam tu dengan sos cili je..Tapi sebab aku ni nak habiskan stok cendawan kat rumah aku ni..Hari tu biras aku beli kat kundasang sampai 3 peket, jenuh nak habiskan wehhh..ni kira last la...

Resipi : Sos Black Pepper 

Bahan2 :

Bawang putih yang dicincang halus2
Mentega
Cendawan yang dihiris nipis2
Sos Lada Hitam Life
Sos Tiram
Kicap Manis
Lada hitam yang ditumbuk kasar
Tepung jagung
Air

Cara2 :

Panaskan kuali dengan letakkan sedikit mentega dahulu...bila nampak dah panas, masukkan bawang putih yang dicincang halus tu...bila bawang putih tu dah kekuningan, (jangan lama sangat, nanti hangus ya), masukkan 5 sudu sos lada hitam, 2 sudu sos tiram, 2 sudu kicap manis dan sedikit air...kacau2 dan biarkan ia sebati.. 

Kemudian masukkan cendawan dan biarkan seketika ...bila dah nampak lembut, masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar tu...

Bancuh air tepung jagung. ikut korang la, nak likat sangat ke atau sederhana likat.. macam aku tak nak likat sangat...so - so je...kemudian, masukkan air tepung jagung tu..aku tak masukkan gula @ garam sebab aku rasa dah ok cukup rasa dah dari sos tiram, sos lada hitam dan kicap manis tu..tapi, kalau korang nak tambah , ikut lah ya... 

Tadaaaa.. dah siap...tu je la..bila time berbuka tu, baru lah dapat rasa..so far, tak pedas sangat walaupun aku letak banyak gak lada hitam  yang ditumbuk kasar tu. So, ok la..budak2 pun boleh makan.

Sebenarnya kan, ada macam2 versi Sos Black Pepper ni..ada yang tambah tomato, ada yang tambah bawang holland, tapi resipi yang aku share ni adalah daripada abang ipar aku dan juga dari kakak ipar aku...simple2 udah..

Lagi sedap kalau ada bawang holand kan, time tu lupa plak nak masukkan