click...click...

HITS

Followers

Monday, June 13, 2016

Resipi Lempeng Pisang Kelapa

Lama dah teringin nak buat!!
Salam semua..

Hari ni hari  yang ke 8 berpuasa...tak sabar2nya nak balik beraya di Kampung.. bukan aku dan en suami sahaja, tetapi anak2 pun sama tau....

Ok lah..Hari ni macam nak share Resipi Lempeng Pisang Kelapa.. Seperti biasa, ni versi aku la..

RESIPI LEMPENG PISANG KELAPA

Bahan2 :

4 biji pisang dan kemudiannya dilenyekkan
2 sudu tepung gandum
Sedikit air
Sedikit garam

Untuk Kelapa plak , campurkan sedikit dengan garam dan sedikit gula.

Cara2 :

Mula2, lepas je pisang tu dilenyekkan , masukkan tepung gandum tu, air dan sedikit garam..

Lepas tu ambik sedikit daun pisang dan untuk lapisan pertama, letakkan la pisang yang dah dicampur dengan tepung tu ..

Kemudian barulah letakkan sedikit kelapa yang juga telah dicampur dengan garam dan kelapa..

Untuk lapisan kedua, letak la balik campuran pisang dengan tepung tu...

Tutupkan kembali dengan daun pisang.. Ini akan memberi aroma yang sangat wangi tau..

Panaskan magic pan dan bolehlah letak di atas tu..Masak dalam 10 minit, tengok2 la ya.. kalau rasa sebelah tu dah masak, alihkan je la..tak payah masak lama2 sangat pun tak apa..

Sedap dimakan ketika panas2 ...Nyum2...Resipi ni semalam aku dapat dalam 4 keping lempeng..Memang licinnnn..sekejap je  budak2 ni dan En suami makan..siap request nak lagi hari ni ^____^

Selamat Mencuba