click...click...

HITS

Followers

Tuesday, June 07, 2016

Island Hoping di Pulau Sapi, Kota Kinabalu

Habis je program pagi tu dalam jam 11 pagi, kitaorang sambung terus aktiviti bersama keluarga Abang Ipar.. Diaorang nak pergi Island Hoping..

Sampai je di Jesselton Point, sebabkan ramai orang dan cuaca pun macam tak menentu, kitaorang ambik pakej pergi satu pulau je, iaitu Pulau Sapi dengan charter 1 boat.

Parking je di sini dan berjalan kaki ke Jesselton Point

Ambik pakej di sini..rupanya, ada yang share ambik pakej di situ agak mahal sikit..
boleh ambik yang murah sikit kalau naik di tempat lain iaitu di Pasar Philipines..
Tak apa la, dah abang ipar aku nak naik di sini..kitaorang follow je la..

Time pergi memang best...dalam 20 minit gak la dalam boat tu.. konon2 nak stay sana dalam 3 jam gak la..Kat sana ada disediakan kemudahan Cafe, Surau, Toilet dan Tempat mandi..Jadi agak selesa juga..

Jeti di Pulau Sapi

4 dewasa, 6 kanak2 1 boat  1 pulau RM 300..mmm..

Sampai2 je apa lagi kan...

ada hikmahnya bila hp aku rosak..

maka aku boleh la guna camera kopak ku itu..waaaaaaa

En suamiku layankan je la perangai ku ni..

Signage Pulau Sapi..

Bergambar la dulu ...

Sekitar jam 2 lebih tu dah mula hujan rintik2..apa lagi kan, cepat2 panggil diaorang naik dan mandi2 tukar baju semua dan terus balik...

Otw balik tu, hujan dari rintik2 sampai la lebat juga...lagi 5 minit macam tu nak sampai kat jeti, memang lebat selebatnya la...habis semua basah kuyup.. Yang Nayli plak, sebabkan dari pagi mandi, lepas tu sambung plak kat Pulau Sapi plak, maka ketika dalam bot tu memang dia lena sungguh2 la...sampai hujan lebat pun dia tido gak...

fuhh..mencabarnya...

Memang seronok, next time boleh plan pergi lain .. Aku la frust sebab tak de bawa baju spare apa2 ..sebab tak tau prog diaorang nak ke mana....kalau tak , rasa2 memang terjun gak laaaa...

Ni plak gambar anak2 aku mandi2 di sana..yang bestnya, anak2 buah ku ni tak mandi pun sebabnya birasku terlupa nak bawa baju2 diaorang..tertinggal di dalam kereta...So, diaorang main2 air je la...

mandi manda

tukar giliran.. En suami plak  jaga diaorang mandi..time ni aku dan biras pergi solat dulu

Nayli yang begitu seronok sangat dapat mandi LAGI!!

main pasir je la korang..

Berani betul dia..


Bersama Dania..



Program Santai Bersama Warga Staf IKM dan Keluarga...


Sabtu lepas, seawal jam 6.15 pagi dah bertolak ke Teluk Likas untuk bersama2 Staf IKM KK dan keluarga meraikan Program Santai Sebelum Ramadhan.

Acara dimulakan dengan senamrobik beramai2 dan kemudian acara Larian 3KM oleh staf IKM dan ahli keluarga..Lepas tu ada cabutan bertuah juga. Bab2 ni aku tak join la sebabnya anak2 aku ni pantang nampak 2 benda..

1. playground...sampai2 je nak main tu dulu...


2. laut...konon2 nak main tepi2 je..sekali, ambik ...terjun terus mandi2 kat situ gak sampai panggil makan pun macam nak tak nak je..

Seronok gak tapi tak dapat la nak lepak2 dan sembang2 dengan semuanya sebab daku lebih kepada jadi pemerhati aktiviti anak2..

Jum tengok gambar2 diaorang ya.


Sampai2 je main kat playgorund dulu

lepas tu jalan2 tepi pantai

Menikmati pemandangan awal pagi

bergambar di sini dulu

Acah2 main pasir je ni

Danial dah mula masuk dalam laut..

Konon2 nak main air je

Last2 terus mandi gak akhirnya...Nayli seronok sangat dapat mandi laut

Senamrobik dijalankan

Hariz dan Danial main pasir

Aksi Nayli berenang

Antara menu yang terdapat pada hari tu...

En suami menyertai juga acara larian sejauh 3km tu. Siap dapat no 3 lagi tau..