click...click...

HITS

Followers

Monday, June 06, 2016

Jalan-Jalan Ke Akuaria Dan Marin Muzium

Akhirnya....dapat gak la ke sini plak...Sebelum ni aku pergi ke sini hari Sabtu dan Ahad, asyik tutup je.. Tah macam mana, masa nak pergi berkelah di Pantai ODEC tu, lalu sini dan nampak buka plak...So, apa lagi, masa tengah2 breakfast tu pakat2 la lepas habis berkelah ni, yang lelaki pergi Solat Jumaat dulu dalam UMS ni, kitaorang plak akan stay sini dulu..Sebab hari tu plak, Akuaria ni dibuka semula selepas jam 2 petang.

Sementara menunggu jam 2 petang tu, aku bawa la budak2 ni jalan2 sekitar kawasan Akuaria ni..snap la gambar diaorang... Anak sulung abang ipar aku, Shafiq ni memang pemalu sekarang ni..Ye la..dah 13 tahun kan..tak macam dulu2 dah..Dania  yang sebaya Danial pun sama gak..

Bila dah masuk ke dalam Akuaria tu, tempatnya tak de la besar sangat.. Ok je..sesuai untuk bawa budak2 masuk dalam ni..satu lagi Air cond...memang sejuk je la dalam tu..

Ok jum tengok gambar2 ketika kitaorang di ke sana...


di luar Akuaria

Besar kan ikan ni

Aku sempat snap pic ni..aksi Nayli bergurau2 dengan ayahnya

Semalam besday dia yang ke 3












tak cukup korum..sorang lagi Syafiq tak nak bergambar dah

berkepit dua je Danial dengan Dania ni

Aksi Danial

Hariz, anak sulungku

Budak2 ni memang suka..asyik berlari2 je dalam ni..


Berkelah di Pantai ODEC, UMS

 Jumaat lepas, aku sekeluarga bawa la keluarga abang ipar berkelah di sini... Diaorang sampai ke KK Selasa Malam ... Kemudian, Rabu pagi tu, diaorang bergerak ke Kundasang, tido sana semalam. Khamis malam baru datang balik ke rumah kitaorang.. Jadi, alang2 En Suami pun dah ambik cuti jumaat tu, kitaorang pun bawa la diaorang breakfast merangkap lunch juga la di situ.

Pantai ODEC ni pun kitaorang baru kali kedua pergi. Kali pertama tu pergi, ramai gak orang..malah ada gak program ..aku rasa time tu student2 UMS tengah ada aktiviti la.

Abang ipar dan birasku keluar dulu untuk self laundry. Jadi kitaorang pergi la dulu.. Budak2 ni nampak laut, apa lagi kan...mula2 main2 je la dulu... aku suruh diaorang makan2 dan minum2 dulu puas2 ..lepas je abang ipar dan birasku sampai, masing2 tukar baju dan mandi laut la apa lagi...

Kitaorang stay kat situ lama gak sebab petangnya, dalam jam 2 nak ke Akuaria dan Marin Muzium plak..

Jadi En suami, abang ipar dan anak2 lelaki solat Jumaat di Masjid UMS dulu... 

jalan2 dulu

dah kena panggil balik untuk makan dulu

antara juadah yang aku sempat siapkan, nasi lemak, sandwich, buah2 je

Dak Nayli ni makan nasi kicap, ada la telur dengan ikan bilis goreng sikit

masing2 isi perut dulu sebelum mandi

Dak Nayli tak nak mandi, jadi dia main pasir je la

Sampai2 je diaorang makan dulu..

mandi la apa lagi kan

mandi dan mandi lagi

aku kesiankan anak dara aku ni..maka payungkan la dia..

berejam2 gak la budak2 ni mandi

aku suka pic ni..tak tau apsal..hehe

dipujuk2 baru la kakak Dania datang main dengan Nayli

Lepas solat jumaat diaorang sambung makan balik..

Sahur di Perantauan.....

Add caption

Salam Ramadhan untuk semua pembaca...

Daku dan keluarga baru sahaja selesai bersahur.. Di sini, imsak jam 4.27 pagi..

Seawal 3.30 pagi tadi aku dah bangun sediakan menu bersahur.

Memandangkan hari ni hari pertama berpuasa, menu yang aku sediakan simple2 je..

Sup Suhun dengan Kentang, Sayur Campur , Ayam goreng kunyit, Ikan talang masin dan sambal belacan jangan dilupakan...

Awalnya berpuasa di sini kan...Harap2 kitaorang dapat la bangun macam ni setiap hari hendaknya..Kalau tak, kesian la kat budak2 dan bapa budak... ^__^

Alhamdulillah...Selesai sudah sahur pertama..

Selamat Berpuasa Korang ....