click...click...

HITS

Followers

Monday, May 30, 2016

JJCM Di KK : Lokan Bakar & Puding Kelapa, Jalan Salut

Sebenarnya kan korang..kat KK ni banyak tempat makan best2 gak tau...Aku dah banyak post JJCM yang aku tak post2 lagi..asyik la save draft je...nanti la..sikit2 aku akan post JJCM aku dan keluarga di KK ni ya.. 

Untuk permulaan, aku akan share tempat makan yang ringan2 dan tak berat2 sangat untuk korang2 yang berminat nak cuba sesuatu yang baru. 
Nama tempat ni ialah Lokan Bakar & Puding Kelapa, Jalan Salut. Aku ada baca dalam beberapa blog, ramai juga yang rekemenkan tempat makan ni bagi mereka yang nak cuba makanan lain dari yang lain..


Apa yang menariknya di tempat ni?? tentulah LOKAN BAKAR... yang keduanya, Puding kelapa .. Tempat gerai ni terletak berdekatan juga dengan Politeknik Kota Kinabalu. Boleh refer dengan gambar Maps di bawah. Nak tau lebih lanjut, boleh Google Maps tempat tu.. Taip je, Lokan Bakar & Puding Kelapa, Jalan Salut.

Yg bertanda tu adalah Gerai Sudi Mampir

Kalau dari rumah aku, dalam 6 minit je bersamaan 3.9km
Yang bestnya, sebelum2 ni aku tak ada pun teringin bebeno nak makan benda lokan bakar ni..Kalau puding kelapa tu memang dah lama gak teringin, tapi nak pergi tu tak pergi2 pun...

Jadi tengahari semalam, kitaorang pun saja2 la ke situ untuk menikmati Puding Kelapa dan juga Lokan Bakar. Kalau korang nak tau, kat area Salut ni, banyak gerai tau.. aku pilih Gerai Sudi Mampir pun sebab hasil bacaan dari review blogger2 lain. 

Gerai Sudi Mampir.. penuh gak dengan orang lagi2 time cuti sek ni
Kitaorang order 1 Kelapa Muda Sejuk, 1 Kelapa Bakar, 1 Puding Kelapa dan 1 set Lokan Panggang. Cukuplah untuk 5 beranak. 1st time katakan. Maka, haruslah cuba dulu semuanya..
Air kelapa Muda Sejuk untuk En suamiku
RM 3
sedap air kelapanya, manis je.
Air kelapa bakar untuk aku..
RM 4
airnya tawar dan tak berasa sangat tapi sesuai la kalau sapa2 tak minum sejuk
Puding kelapa untuk Hariz, Danial dan Nayli
RM 5
Kongsi je semua sebab banyak gak isinya.. Sedap WEH!!
Dan inilah dia lokan bakar.
ada 3 jenis set

Set Kecil - RM 10
Set Sederhana - RM 12
Set Besar - RM 15
Sebenarnya ku rasa harga time cuti sek ni agak mahal sikit la. Sebab sebelum ni aku baca review, set kecil RM 7. Set Sederhana RM 10 dan Set Besar RM 12. Tapi tak pe la.. Anggap je rezeki untuk peniaga2 ni.

Mula2 masa ku nak makan lokan ni, macam2 la bermain di fikiran.. bila dah masuk mulut...mak aih..SEDAPNYAAAAAA ....aku dan suami suka tang perapan lokan tu dan juga sos cilinya. Budak2 pun makan tau..tak pedas pun, yang sedap tu bukan apa..Sebab ia panas dan bila sampai2 kita terus plak makan kan..jadi memang rasa nikmatnya la hai makan lokan bakar ni.

So, pada mereka2 yang ada plan ke KK. jangan lupa singgah di Lokan Bakar & Puding Kelapa, di Jalan Salut ya. Dibuka jam 9 pagi dan tutup jam 8 malam.
aku zoom lagi dekat Lokan ni

Grading Taekwando

Alhamdulillah....

Selesai juga Grading Hariz sabtu baru2 ni...

Start jam 2 petang, tapi dekat jam 3 baru start..Mak ai...memang lama la kitaorang tunggu...

Mula2 diaorang training dulu, kemudian baru dipanggil ikut belt masing2 dan ikut akademi...

Hariz belt putih, iaitu belt pertama dalam System Taekwando.. Grading petang sabtu tu untuk naik belt kuning plak..

So far, aku nampak Hariz sungguh2 masa buat Grading tu...Suka aku tengok sebab nampak dia fokus betul2 dengan Taekwando ni...

Jum layan gambar2 dia sepanjang Grading sabtu lepas...

Oh ya...Danial tak buat lagi grading sebab coach dia kata biar bagi Hariz dulu buat dan bagi Danial training lagi kurang2 dalam 6 bulan lagi...

Sebelum Grading, snap gambar dulu
Time Grading...ikut group akademi
Pelajarq yang Grading petang tu & dari Team SK Malawa