click...click...

HITS

Followers

Wednesday, May 18, 2016

Doa Ibu

Perkongsian dari sahabatku di group whatsapp tadi..

DOA IBU

1.Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya..Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya. seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh. Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan..imam al qurtubi berkata marah ibu bukan benci tak suka tandanya sayang...

2.Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah..anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah..ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi..bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja...Doa ibu sangat penting.kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap.anaknya..

3.Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu...Kata ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya..Keberkatan hidup....keredhaan hidup anaknya..Kehilangan seluruh hidupnya...anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari.mulut ibunya..jangan berkata begitu kerana ibu susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya ..

4.Kasih sayang ibu adalah sejati terhadap.anaknya.denyutan  jantung anak terasa jentung dirinya...anak adalah pesaka bila ibu dan ayah dah mati...bila.anak anak.adam mati terputus.segala amalan.anak.adam  kecuali tiga perkara dan antaranya.doa anak yang soleh.bila ibu doakan perkara yang tak.baik kepada anaknya akan merosak seluruh hidupnya...bila ibu doa keburukan walaupun dalam keadaan marah Allah akan dimakbulkan.. Contohnya ketika.marah kita doakan anak kita sakit  kita sendiri yang susah kerana bila anak kita sakit kita juga akan terpalit kalau anak kita sakit...Bila kita berdoa berdoalah yang baik baik...

5.Ibu insan yang paling hampir dalam hidup kita..kucuplah dahinya..peluklah ibu...saat ibu sakit kita lawatinya dan ikhtiar mengubatinya...Lihatlah jasa ibu saat anak sakit akan tak tidur malam menjaga anaknya berkongsi makanan dan ada kalanya tak makan kerana anak makan lebih...sungguh besar jasa ibu...

6.Uwisah Al Qarni bukanlah sahabat nabi tetapi hidupnya sangat berkat kerana  besar jasanya sehingga sanggup mendukung ibunya menunaikan haji...Lihatlah contoh kisah  Juraish yang sibuk beribadat sehingga tidak mempedulikan ibunya sehingga ibunya berdoa semoga Juraish ditimpa ujian.akhirnya juraish menerima akibatnya.Doa ibu sangat berkat dan afdal..kalau ibu berdoa kebaikan  hidup anaknya maka insyaAllah kebaikan akan tunaikan tetapi kalau seorang ibu berdoa keburukan maka Allah akan tunaikan...kata ulama janganlah sesekali berdoa keburukan buat anaknya kerana akan merosakan seluru hidup..

7. Ada orang kata baik anak mati dulu dari ibu kerana ibunya boleh doakannya.jawapan hidup mati ini hak dan milik  Allah .Takdir Allah kita tak tahu..Ada ibu dah pergi anak masih hidup manakala ada anak masih hidup ibu sudah mati...kata ustaz yang paling penting ialah doa anak yang soleh sangat diperlukan bila kita dah mati..Hidup.manusia ini bila dah kehilangan ibunya apabila diragut kematian maka hilanglah  salah sesuatu keberkatan hidup anaknya..anak dah tak boleh berjasa dalam hidupnya...ibu dah tak boleh.mendoakan keberkatan buat anaknya..

8. Bila terlalu marah akan keluar perkataan yang tak baik dari ibu terhadap anaknya..Contohnya  keluarkan  membodohkan anaknya...bila ibu kata bodoh  tak berguna terhadap anak anda akan bodoh sehingga akhir hayatnya..akibatnya bila kita tua Allah bayar tunai anaknya tak akan mempedulikan ibunya kerana anaknya bodoh dan tidak berguna..kedua dua anak beranak akan merana akibat kata kata ibu yang tak menahan sabar..Nabi  ada bersabda jangan berdoa buruk terhadap anak dan keluarga kita...

9.Kalau kita marah sekalipun ingatlah marah itu dari.syaitan...kalau ibu marah sekali pun tolonglah doakan kebaikan.buat anaknya .Doa ibu adalah pintu segalanya.buat anaknya..    
      
OLEH USTAZ ROSLAN MOHAMMAD