click...click...

HITS

Followers

Tuesday, May 10, 2016

Sepagi di Tamu Kota Belud

Ahad lepas kitaorang ke Pasar Tamu yang lain plak iaitu di Kota Belud. Kebetulan staf suami nak balik kampung kejap, jadi kitaorg pun follow la sama2..

Van yang en suami booking tu pun separuh hari, maka memang sesuai sangatlah tu.

Perjalanan menuju ke Kota Belud dari rumah kitaorang mengambil masa dalam 45 minit je dengan menaiki kereta. Tapi sebab naik van, dekat sejam juga la baru sampai. Nak ke Tamu tu, tak la jauh sangat kalau dah nampak Masjid ni. Signboard pun banyak.. Jadi memang tak akan sesat la. Dicadangkan kalau nak ke sini bertolak la awal2 pagi supaya senang cari parking. 

Kitaorg gerak pun dah lambat juga.. dalam jam 7 pagi baru bertolak & sampai dalam jam 8...Alhamdulillah, cuaca panas elok je.. Staf somi tu pun hantar kitaorang betul2 depan Pintu Gerbang Tamu Kota Belud ni. Lepas tu dia balik rumah mak dia jap.

Dah duduk KK ni, dapat peluang jalan2 harus lah pergi ya

Kitaorang masuk2 je jumpa bahagian jualan makanan dulu...macam2 jenis kuih muih la dijual. Murah2 plak tu. Aku & En Suami ni sebenarnya tak berapa makan sangat kuih2 ni..jadi sebab tu kitaorang tengok2 je la...tapi kawan2 ku tu pergh... dasat...sakan membeli..diaorang siap cakap lagi dah sampai sini kena la merasa kuih2 dari Sabah ni.. Bagus betul..

Macam2 jenis kuih muih ada..semuanya dipack dalam plastik

Berbanding dengan Tamu Tuaran yang pernah aku pergi 2 kali sebelum ni, Tamu di sini lebih tersusun atur setiap jualannya. Malah, tak berapa panas sangat. Budak2 ni ku pakaikan juga topi. Daku rasa lega banyak gak la bila Nayli nak gak didukung oleh ayahnya...kalau tak, macam mana la aku nak snap gambar banyak2 kan...kan.. ada kalanya tu dak Danial akan rajin pimpin tangan Nayli dan jalan bersama2.. so sweet plak la aku tengok diaorang ni..

Siap bawa bekal lagi weh😂😂
Ku siap2 bekalkan biskut & air ja..

Bila dah masuk ke bahagian jualan lain plak en suamiku berkata macam suasana di Pasar Besar Siti Khadijah je...sebabnya kat sini majoriti penjualnya adalah kaum wanita dari lapisan umur tau..jadi, ku amat kagum dengan semangat diaorang ni...dalam usia sebegini pun masih steady je lagi berniaga.

Macam2 barang boleh didapati di sini

Tapi bila masuk ke bahagian jualan barang2 basah plak, ku rasa macam tak berapa banyak pilihan sangat berbanding dengan Tamu Tuaran. Jadi di situ ku hanya membeli sotong besar je dengan harga RM 15 sekilo. Dapat la dalam 4 ekor saiz besar. Sayur plak aku beli kangkung je.. seikat RM 1...tu pun banyak gak..boleh masak 2kali la kiranya..

Sekitar bahagian jualan barang basah dan sayur2an

Lepas dah selesai membeli ku & en suami survey plak berapa harga bagi ikan bilis mata biru yang dijual di sini. Ada sorang kakak ni jual RM 28 sekilo..tapi dah bercampur & kasar sikit. Yang ni datang dari Kimanis. Yang En suami belikan hari tu halus2 & kecik2 je..dari Pintas rasanya... apa lagi kan..kawan2ku tu sakan la tawar menawar dan dapat la harga RM 20 je sekilo...udang kering pun diaorang borong sama... habis je membeli di situ, kitaorang pun balik la...lebih kurang sejam setengah gak la jalan2 kat situ.  Sebelum balik kitaorang snap gambar di hadapan Pintu Masuk Tamu Kota Belud tu...

Sampai je kat rumah aku, kakak2 ni rehat2 jap sambil makan2 kuih2 yang dibeli tadi. Lepas tu dalam jam 12, agent pakej diaorang datang ambik dah bawa ke Kundasang plak....maka tamatlah sudah short trip bersama ku sekeluarga...

Sessi bergambar jangan dilupa