click...click...

HITS

Followers

Monday, April 25, 2016

Pasar Basah Kota Kinabalu

Lepas beli stok barang2 basah di Tamu Tuaran, kitaorang ke Pasar Besar Kota Kinabalu plak..

Di sini ada macam2 tau...kalau mencari bahan2 kering hinggalah ke sayur2an & buah2an serta bahan2 basah pun semua ada.

Agak payah juga la cari parking di sini walaupun jam dah menunjukkan jam 11 pagi.

En Suami nak beli seafood sikit untuk dibawa ke KL petang semalam memandangkan dia nak ke sana untuk berkursus...

Kat Pasar Besar Ikan ni ku lihat macam2 ada.. kerang besar2, ada kepah, ketam nipah pun lagi murah dari di Tamu Tuaran, sekitar RM 14 - RM 15 sekilo, sotong2 pun murah2 gak dari harga RM 6 - RM 20 sekilo (ikut size) & yang paling orang suka beli ialah udang harimau yang size besar2 tu la dari harga RM 35 - RM 85 sekilo.. Ikan pun ada gak..besar2 ikannya..

Sib baik Danial tak minta kerang plak

Udang oh udang...Lobster tu RM 170 sekilo πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

En suami belikan udang harimau dalam RM 60 sekilo (dapat 14 ekor), Sotong Besar dalam RM 20 sekilo (dapat 3 ekor) & udang harimau size sederhana dalam RM 35 sekilo (banyak gak).

Kat sini ada disediakan servis packing sama jika nak bawa balik naik flight. 5kg kotak ais dengan harga servis packing RM 25 sahaja.

Wrapping macam ni sekali dengan ais
Sementara menunggu diaorang wrap kotak ais tu, daku ajak Nayli & Danial ke Pasar Besar KK di hadapan Pasar Besar Ikan ni.. ku cari daun kesom, bunga kantan lagi..konon2 nak buat laksa lagi la..sekali terlupa plak beli laksa kering kat situπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Antara barang2 kering yang ada dijual di Pasar Besar KK . Daku sangat suka Cili Padi Kg di KK ni...memang pedas tahap berapi punya lah...

Habis je kitaorang singgah makan tengahari dulu siap2 dan kemudian terus balik sebab petang tu En suami nak kejar flight dia plak..

Yang part seterusnya agak best & mendebarkan juga apabila semasa En Suami nak check in luggage & dimaklumkan kotak ais ikan tu TAK BOLEH BAWA MASUK KE KARGO !!

Next entri ye...tak pasal2 je ku semalam tido lambat sebab nak tunggu En Suami selamat tiba di KL smlmπŸ˜…