click...click...

HITS

Followers

Friday, April 22, 2016

MAXIS oh MAXIS...Apa cerita???

Patut la bulan ni daku dapat SMS ni dari MAXIS... ada sekali tu daku dapat dah Internet FREE 3GB...hat ni tengahari tadi plak Upgrade pakej ke 10GB plak..sebelum ni daku pakai 2GB je..

Ni pun sebab masih dalam contract je lagi ni..kalau tak memang ku pun akan bertukar juga rasanya...

Apa dah jadi dengan MAXIS??

Menurut laporan The Malaysian Reserve , Maxis kehilangan 1 juta pelanggan dalam jangkan masa setahun. Dalam tahun ini sahaja pada 3 bulan pertama 2016 Maxis sudah kehilangan 400 000 pelanggan. Pakar analisis berpendapat keadaan ini adalah disebabkan oleh syarikat Maxis yang sangat lambat terhadap kepada perubahan pasaran. Pesaing seperti Digi dan Celcom cepat bertindak balas terhadap pelan telco yang lebih murah yang ditawarkan oleh U Mobile dan Tune Talk.

Pada masa yang sama , pendapatan perkhidmatan postpaid dan prepaid Maxis pula berkurangan daripada RM 1.02 Billion kepada RM 994 Juta.

Sejak April 4 2016 , apabila isu krisis sosial media Maxis meletup maka saham Maxis sudah ditimpa kejatuhan 7% dalam pasaran saham.

Pengalisis RHB Research Institute SDN BHD pula berpendapat sekitar 72-78% pelanggan postpaid Maxis akan terbuka kepada pelan dan harga data Telco lain yang lebih murah. Oleh itu , adakah Maxis akan lagi dapat terus mengekalkan status mereka sebagai Telco No 1 negara ? Persoalan yang lebih menarik adalah adakah Maxis akan mampu bangkit daripada krisis ini ataupun lebih banyak lagi pelanggan mereka terkini juga akan keluar daripada menggunakan Maxis ?

Secara Tiba-tiba......

Pagi tadi ketika daku breakfast jam 8.30 pagi tadi & Nayli plak tengah layan Upin Ipin kat Tv, tiba2 je tak ada elektrik...

Ku ingatkan sekejap je la...watsap la En Somi...rupanya dia bagitau satu kolej tak ada elektrik...Aduhaiii...

Last2 ku fikir nak buat apa..nak jahit manik, tak mau la..tengahari ni memang off masak sebab En Somi nak belikan Nasi Ayam Penyet untuk lunch nanti..

So naik ke atas, tengok bilik belajar budak2 ni maka apa lagi..terus bertukang sini sana tepek gambar2 ni... mula2 dikatakan ada orang nak datang cat..tapi dah sebulan lebih kat sini bayangan pun tak ada..aku malas nak tunggu..Gambar2 lain banyak lagi tak bergantung lagi ni..

Guna hammer & paku je..sekejap je buatnya tapi mak ai..berpeluh2 dibuatnya...last2 turun bawah ku ajak Nayli makan aiskrim..tu pun sebab aku tengok aiskrim tu nampak macam nak cair je...

Ku nak sambung lagi kemas bilik belajar diaorang lagi ni...sekian...

Cukup la 4 gambar ni dulu
Panas2 makan aiskrim..mmg best