Followers

HITS

Tuesday, April 12, 2016

Laksa ~ Teringin punya pasal...

Daku memamg HANTU makan laksa...sangat2 suka ok...

Pernah buat satu ketika dulu masa kat Ampang...2x buat , dua2 terover pedas..

Maka, yang ni kali ketiga aku buat..

Alhamdulillah...jadi la juga....

Resipi :

Ikan kembung 4 ekor, lepas siang elok2 basuh dengan garam & limau nipis dan kemudiannya direbus dengan asam keping.

Cili kering dikisar bersama2 dengan sedikit belacan dan sedikit bawang merah.

Ikan yang direbus tadi kemudiannya ambil isi ikan dan kemudian dikisar seketika. Daku tak ambik tulang2 ikan tu, maka guna isi ikan je la..

Daku saja nak cuba versi tumis plak. Sebab nampak ada orang share masak Kuah Laksa versi tumis.

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan cili kering yang dikisar dengan bawang merah & belacan. Bila dah naik bau, masukkan air rebusan ikan tadi bersama2 dengan isi ikan yang dikisar. Letak la juga daun kesom & bunga kantan dan tak lupa juga dengan asam keping. Perasakan dengan garam & sedikit gula. 

Masak seketika sampai kuah tu sebati. Tadaaa..dah siap akhirnya...Yang penting tak over pedas...

Sini aku jumpa laksa kering. So kena rebus la dulu.. Salad, timun, bawang besar, cili padi, limau dihiris nipis. Telur rebus pun jgn dilupa ...

Maka, dah sedia boleh dimakan...tadaaaa
Boleh la masuk dalam senarai menu masakan lepas ni