click...click...

HITS

Followers

Saturday, April 09, 2016

2 in 1 : Antara Thriller & Cinta

2 buku ni merupakan koleksi novel terbaru dalam simpananku. Daku beli pun sebab daku yakin dengan kedua2 Novelis tersebut, Aisya Sofea & Ramlee Awang Murshid. Dalam fikiran ku, kalau dua2 ni dah ada buku baru, mesti best lah...Dua2 novelis ni merupakan novelis kegemaran ku. Walaupun dua2 dari genre yang berbeza, daku tetap support mereka.

Novel Dialah Cinta Hatiku dari Aisya Sofea merupakan novel yang ke 13 dari beliau. Daku mula membaca semasa sampai di KK hari tu. Time kitaorang stay di Klagan Regency selama seminggu. Ku baca2 tapi tak dapat nak teruskan sampai habis.. entah lah..ketika itu ku merasakan genre cinta bukan lagi kesukaan ku. Disebabkan itu hampir 2 minggu juga ku delay2 je baca novel ni sehinggalah ku habiskan juga petang smlm. Mmmm..nampak di situ aku sudah mula menunjukkan daku ke arah menuju zaman kematangan @ penuaan..😂😂😂😂

Berbeza plak dengan Raudhah hasil penulisan Ramlee Awang Murshid yang ke 24. Ku mula baca dari petang semalam dan berjaya habiskan dalam masa 2 jam sahaja. Plot cerita novel ni memang superb!!! Korang tak akan boleh jangka ending novel tu macam tu je. Selain tu aku mmg sukakan hasil penulisan RAM. Unsur2 saspen, thriller & tak lupa juga dengan keagamaan ada juga diselit2 dalam hasil karya beliau..

Aku dapat membayangkan selepas ini mungkin genre cinta akan ku biarkan saja menyepi. Mungkin jenis2 thriller, penggembaraan merupakan bahan bacaan aku sekarang ni  



Tahniah!!! Kalian memang hebat.