click...click...

HITS

Followers

Sunday, March 27, 2016

Review : Travelog ET Kembara Afghanistan

Tambah koleksi Bahan Bacaan

Baru nak update pasal Review buku ni. Sebenarnya buku ni aku dah habis baca lama dah. Masa short trip aku ke Kelantan time cuti sek baru2 ni, daku bawa sama buku ni. Aku ni jenis kalau travel dalam kereta ke @ apa2 jenis kenderaan pun boleh layan je baca apa2 buku pun.

Walaupun mula2 baca buku ni terganggu juga dengan kerenah Nayli, tapi daku nak juga teruskan baca. Pasai apa? BUKU ini memang BEST!!! baca je nukilan penulis, membuatkan seolah2 kita pun ikut sama travel dengan dia. Aku suka baca kisah2 traveller macam ni. Kira Penulis ini sangat hebat kerana dapat membawa pembaca bersama2 dalam karya beliau.

Bab yang paling saspen mestilah Bab 2 iaitu apabila Penulis dituduh sebagai Perisik daripada Pakistan. Sambil baca tu timbul rasa kekaguman pada beliau. Penulis ni dah la perempuan, memang sangat berani dan cekal bila dapat mengembara ke negara2 macam ni. Kalau tanya aku sendiri, tak rasa yakin aku boleh macam ni...sebab aku bukannya jenis yang sukakan cabaran sebegini..aku lebih suka kepada keindahan alam & menikmati pemandangan sahaja..

Ada juga Part2 yang sedih..apabila usaha penulis nak mencuba masuk ke Negara Iran melalui Sempadan Afghanistan Iran di Islam Qala tidak kesampaian. Nampak usaha penulis sangat bersungguh2 namun atas sebab faktor2 keselamatan dimana ia merupakan titik paling penting diutamakan ketika mengembara menyebabkan penulis terpaksa akur dan menukar laluan udara pula.

Itu adalah antara cabaran yang dihadapi oleh Penulis. Nak tau seterusnya, Sila dapatkan Buku ini ye. Memang sangat rekemen pada mereka yang gemar membaca tak kira la apa jenis buku pun.

Aku beli direct buku ni dengan penulis tersebut. Boleh search nama beliau dalam FB iaitu : Siti Noridah ET

Harga buku ni RM 30 termasuk kos pos.

Selamat Membaca & Selamat Mengembara.

Baca sinopsis pun dah best tau