click...click...

HITS

Followers

Friday, March 25, 2016

Tips Menggembara Ke Luar Negara Bersama Anak2 Kecil

Nak share tips ni..daripada kawan Fbku merangkap kawan blogger satu ketika dahulu juga, Kak Sara Russly. Beliau baru je balik dari bercuti ke Korea bersama2 ahli keluarga.. Memang meriah. Seronok tengok Kak Sara sekeluarga melancong ke sana secara backpackers. Dengan anak2 sama tau. Bukan seorang dua ye, tapi lima orang anaknya..Suka aku tengok ..setiap kali gambar kak sara @ dari suaminya keluar je di newsfeed aku mesti like @ komen. Nampak tak aku sangat excited bab2 jalan ni....

Syoknya baca Tips2 dari Kak Sara ni..

Bismillahirrahmanirrahim... 

Ada beberapa orang minta tips bagaimana nak travel dengan anak2 kecik ke luar negara. So disini ammi share sikit2 lah ye..tips ni adalah secara rawak...

  • kalau ada baby eloklah babywearing, carilah ssc/wrap/rs yang sesuai. Boleh beli atau pun sewa saja. Yang ammi guna ke korea hari tu adalah SSC littlepods, ringan, tak bulky, dan senang dipakai.
  • elakkan bawak handbag yg shoulder strap tu,seeloknya guna slingbag atau backpack. Menyenangkan hidup. Hehe 
  • kalau ada toddler bawaklah stroller, lebih memudahkan. 
  • bila bawak ramai2 anak ke negara lain, yg susah cari makanan halal, yg sejuk dan byk berjalan, kita sering lapar. Jadi bawak lah bekalan makanan yg banyak dan mencukupi. Anak2 ni mcm2 citarasa, bila berbekal juga lebih mudah dan jimat belanja. Tak lupa sgt best berpicnic bersama keluarga. 
  • sediakan air panas dalam termos utk bekalan. Bila sejuk2 semua org appreciate hot drinks. 
  • jika ke negara sejuk, jgn lupa bawak krim/lotion/moisturizer . Kita akan sering kering kulit dan menyebabkan gatal2 & luka2. Juga lipbalm /vaselin utk bibir kering. Jgn lupa jugak minyak gamat, plasters, minyak panas etc . 
  • jika travelling ramai, sediakan satu fail / ziplock bag meletakkan semua pasports, tampal stiker nama pada tiap satu di cover pasport. Mmg menyenangkan!
  • bawa selimut /blanket yg boleh dijadikan selimut anak/sejadah jika terpaksa solat di mana2 dan dijadikan lapik picnic
  • siapkan itinery perjalanan dan anggaran bajet bg sepanjang percutian. Tukar siap2 duit dr malaysia. Lebihkan sedikit in case lari bajet. 
  • install applications yg sesuai sebelum berangkat. Cth ammi hari tu install halal korea , korean subway, money exchange ke apa tak ingat,yahoo weather dan mcm2 lagi.
  • Buat research /homeworks sebelum berangkat, baca blog, tanya pada yg dah pergi, bukak pinterest, baca websites etc. Ammi baca dr semua segi, tgk weather so tau nak pek baju apa yg sesuai, places to visit, entrance fees/subway fees/bus fares/taxi rates etc. 
  • dapatkan senarai street foods yg 'halal' dimakan. Cth di korea odeng adalah fishcake yg dicucuk lidi direbus dlm sup. Sgt2 sedap dimakan panas2 kala sejuk2.sekali tgk ada org mungkin ingt tu daging/ayam so ingtkn tak halal. 
  • bekalkan keluarga anda dgn supplements. Mcm ammi bawak vit c dan qaseh junior for the whole family. 
  • sentiasa bawak hand sanitizers, wipes dan tisu ke mana2 bila travel dgn anak2. 
  • disarankan jika dgn anak2 kecil pilih penginapan spt guesthouse. Di situ anda boleh masak, membasuh baju, siap ada dryer. Tak perlu bawak baju yg byk. Ammi cuma bawak dua lai sorang je baju siang dan 2 baju tido. Breakfast seisi keluarga juga disediakan. Biasanya depa bg roti, telo dan sebagainya.kita bikin sendiri apa nak makan. Wifi yg super duper laju juga disediakan. 
  • jgn lupa bw universal adapter. Kaji dulu mcm mana jenis adapter yg sesuai utk negara itu. Bawak siap2 extension wire. 
  • Pastikan footwear yg sesuai dipakai utk banyak berjalan. Stokin/leggings yg sesuai juga dgn cuaca .
  • Tiap mlm cek balik bajet dan itinery. Rancang routes siap2. Rasanya tu kot buat masa ni. Kalau ada teringat lagi nanti ammi bgtau..


Tips Ketika Mengembara : Apa yang perlu diamalkan bagi mengelakkan PICKPOCKET???

#Kutuberahak ~ boleh baca catatan Tuan Haji Zainuddin ketika travel. Memang banyak sangat cerita yang disampaikan.


Tak jemu2 la daku jengah Group BBM ni walaupun sejak akhir2 ni banyaknya la hai post2 yang sama je ... daku lebih suka baca kisah2 travel macam di bawah ni.. sangat memberikan inspirasi dan dapat belajar sesuatu daripada kisah2 travel begini. 

Ku selalu follow kisah Tuan Haji Zainuddin ni lagi2 siri flashback yang dibuat oleh beliau. Yang ni dah Part 3. So daku pun #kutuberahak dalam group BBM tu. Dah baca habis semua flashback dari Part 1 & 2, ku terjumpa plak satu tips dari beliau.

Tipsnya ialah mengenai cara - cara untuk mengelakkan dari berlakunya Pickpocket ketika menggembara.

Aku simpan a.k.a CP tips ni ke blogku untuk simpanan ku dan buat bacaan pembaca blog ni juga

Kebelakangan ini saya membaca banyak kes yang melibatkan pickpocket dan kecurian semasa kembara. Tidak ada yang lebih menyusahkan kepada pengembara dari kehilangan barangan berharga semasa didalam perjalanan.

Selama pengalaman saya berkembara semenjak tahun 1976, terlalu banyak kes pickpocket keatas backpackers yang saya temui walhal risikonya boleh dikurangkan.

Baru-baru ini di Barcelona, rakan saya terkena pickpocket dan paspotnya dicilok, walhal dia saorang 'seasoned traveller'.

Didalam 40 tahun pengalaman saya berkembara, ada beberapa tips yang saya amalkan untuk mengelak diri dari terkena pickpocket.

1. Simpan paspot, kad kredit dan US Dollars (bil besar) didalam money belt dan ikat dibadan. Kalau tidak mahu memakai money belt, pakai t shirt yang mempunyai kocek berzip didada (yg selalu dipakai oleh jemaah Haji).

2. Guna decoy wallet, dengan diisi kad kredit yang sudah expired dan sedikit wang. Serah decoy wallet jika diancam oleh pencuri. Di Eiffel tower dan Istanbul ada ramai gang pickpocket beroperasi secara kumpulan.

3. Email dokumen penting kepada diri sendiri atau simpan di google drive/dropbox saperti salinan paspot, Kad pengenalan, tiket, hotel booking, lesen memandu, sijil kawin(?) dan kad kredit.

4. Asingkan duit dan kad kredit di beberapa tempat, di backpack, di daypack, di money belt, di tali pinggang zipper dan di wallet. Berjaga jaga ketika menaiki tube, tram dan underground train dimana kesesakan penumpang adalah menjadi tumpuan pickpocket.

Ingat didalam minda nombor toll free syarikat kad kredit anda di Malaysia jika anda kehilangan kad kredit, untuk lapuran dan penggantian kad baru. Mastercard dan Visa mempunyai banyak agent diseluruh dunia dan penggantian kad baru boleh dibuat dengan serta merta jika disahkan oleh syarikat pemegang kad di Malaysia.

5. Sentiasa ber-awas dengan orang tempatan yang terlalu baik atau 'overly friendly'. Semasa saya di Sri Lanka, terlalu ramai pemandu tuk-tuk yang memberi salam dan mengaku muslim, membuat pelawaan ke tempat tempat shopping murahan dengan percuma. Saya tolak pelawaan mereka dengan baik. Banyak kes pelancung dirompak apabila dibawa ketempat lain.

6. Bila sampai kesesuatu tempat, 'blend with the locals' dan jangan nampak saperti saorang tourist. Mengendung backpack besar 70L/90L kehulu kehilir, mengundang pencuri kepada anda. Simpan backpack di Locker stesen bas atau keretapi. Misalannya, semasa di Amsterdam, saya akan berjalan dan berpakaian saperti orang Maluku dan ramai bercakap belanda dengan saya. Saya sekadar mengangguk kepala sahaja.

7. Jangan memakai barangan berjenama saperti jam Rolex atau Omega (walaupun klon). Di HCM city, ada pekedai menegur saya memakai jam berjenama,  dan ada orang mengekori saya selepas itu. Saya hanya terus balik ke hotel.

8.  Jangan menggantung kamera SLR didada, tapi masukkan kedalam daypack. Adalah paling senang untuk peragut merentap camera SLR apabila digantung didada.

9. Jadilah saorang pengembara yang 'street smart'. Baca dan selidik kawasan yang hendak dilawati dan hindarkan dari melawat kawasan 'red light'. Pernah di Rome Termini, saya berjumpa dengan ramai pengembara yang kehilangan backpack kerana di rompak. Tidak ada apa yang saya boleh bantu kecuali memberi mereka sedikit wang untuk makanan.

10. Beli travel insurance (lagi baik beli untuk setahun). Banyak travel insurance di pasaran saperti World Nomad,  AIG, Axa Affin dan lain lain.

11.  Sentiasa memberi berita kepada ahli keluarga di Malaysia dimana lokasi semasa anda. Sekarang dizaman Whatsapp, tidak ada masalah untuk memberitahu lokasi anda dengan serta merta.

12.  Jangan guna smartphone saperti Iphone 6, galaxy S7 dll dikawasan orang ramai. Anda tidak akan tahu yang anda mungkin diperhatikan dan di 'target'kan. Di London, ramai scammer yang beroperasi di Train station. Pernah saorang 'malaysian' menangis meminta wang dari saya kerana katanya dia dirompak, di Picadilly station. Diminggu hadapan, dia masih berada disitu menangis dengan orang lain.

13. Berjalanlah 'against the traffic flow' di pavement pejalan kaki untuk mengelak peragut bermotosikal terutama di HCM city dan KL.

14. Rantai bag anda jika menaiki train di Eropah, kerana train eropah mengkhaskan compartment untuk menyimpan bag. 

Apabila train berhenti di pekan kecil, pencuri akan menarik keluar bag kita tanpa kita sedari. Banyak kes kecurian sebegini terjadi kepada pengembara di Eropah. Saya pernah kehilangan camera SLR Canon dan kasut Clark semasa sedang tidor diberth keretapi malam antara Paris ke Rome. Saya terpaksa berkaki ayam mencari kedai kasut diawal pagi di Rome.

15. Guna pouch, bag tangan dan barangan jenama PACSAFE. Bag pacsafe direkabentuk untuk mengelak dari pickpocket. Harga nya mahal tetapi berbaloi. Boleh didapati di Lazada dan Ebay.

16. Aktifkan kad ATM anda di luar negara untuk mengelakkan membawa banyak cash.

17. Di dorm, jika anda travel solo, bawa bag waterproof dan isi barangan berharga apabila ke tandas atau untuk mandi. Kita perlu berhati-hati juga dengan fellow travellers.

18. Semak, semak dan semak disekeliling kerusi anda sebelum beredar selepas menaiki kapalterbang, train, tram, bas, teksi dll. Saya pernah tertinggal Oakley sunglasses di kedai souvenier di Notre Dame, Paris dan baru baru ini, isteri tertinggal Ipad Mini didalam bas semasa di Sicily Italy.

19. Baca doa perjalanan setiap pagi sebelum memulakan kembaraan.

Allahuallam.

#kutuberahak

Minggu Pertama MIH & MID Di Sek Baru

Hari pertama budak2 ni bersekolah ku semangat sungguh...Sebenarnya malam sebelum tu aku tak boleh tido...sikit2 terjaga..3x gak la aku terjaga, jam 2.30 pagi, 4.00 pagi & 5.00 pagi tu aku terus bangun la..Sini kan Subuh awal, so kena la adjust masa bangun awal la juga... breakfast merangkap bekal budak2 ni daku sediakan roti jem strawberry je. Tu pun mujur la ada giant di 1Borneo ni..beli roti & jem strawberrry siap2 petang sebelumnya...

Keluar dari Hotel jam 6.35 pagi. Cuaca dah makin cerah. Betullah kata2 En Suami. Jalan menuju ke Bandar KK memang sangat2 jem kalau dari area2 Sepanggar khasnya... manakala jalan yang bertentangan agak lengang mujur la kitaorang sampai pun on time gak. Dalam jam 6.45 pagi dah sampai sek. 

Jumpa Guru Besar dulu, beliau bagi kata2 nasihat pada budak2 ni bersama2 daku & En suami. Daku bukan apa, yang paling aku risau mestilah anak aku yang no 2 tu, Danial. Guru HEM tak ada hari tu, jadi urusan pembayaran yuran kitaorang akan buat pada keesokkan harinya... lepas tu Cikgu Penolong Kanan 1 bawa budak2 ni masuk kelas diaorg. Danial ditempatkan di kelas 1 Seroja dulu manakala Hariz di kelas 2 Kenanga. Kelas2 ni dikatakan sementara menunggu keputusan Ujian Bulanan yang diaorang ambik baru2 ni. Kesian diaorg..baru je masuk sek, dah kena buat ujian plak...

Walaupun daku bekalkan diaorang roti jem strawberry, daku belikan juga bihun goreng di Kafe Tempat ofis suami aku. Masa rehat daku temankan juga diaorang makan..apa yang ku peratikan ketika hari pertama tu, ramai gak mak2 yang datang temankan anak2 makan time rehat. Yang makan bersuap pun ada lagi tau. Ku tak sempat snap gambar hari pertama tu sempat time tu rasa kelam kabut sikit. Sekolah tu memang besar..murid2 pun ramai. Daku plak hari tu sakit tekak, batuk2 & selsema. Jadi memang ku rasa macam tak bermaya langsung. 

Hari kedua persekolahan plak, daku bekalkan kokocrunch pada diaorang. Sebabnya semalam tu daku bekalkan roti Danial tak nak makan. Dia komplen roti keras!! Adui..mengada betul budak ni. Hariz ok je makan sampai 3 keping roti. Hari pertama tu diaorang rehat jam 9.55 pagi sebab ada ujian, so hari kedua plak aku ingat rehat pun sama gak la. Daku dah siap tapau awal2 lagi nasi lemak 2 bungkus untuk diaorang makan kalau2 tak cukup makan kokokrunch tu. Sekali bila sampai sek jam 9.50 pagi tu, rupanya dah habis rehat!!!! Diaorang rehat jam 9.25 pagi rupanya. Frust aku... terus aku & En suami jumpa Guru HEM untuk settlekan hal pembayaran Yuran diaorang...----> next entri....

Yang bestnya, Guru HEM tu plak ada kelas sampai 10.40 pagi. En. Suami plak ada meeting 10.30 tu. So aku pun bagitau biar aku je la tunggu dan handle hal2 bayaran tu. 

Tunggu punya tunggu sembang punya sembang la dengan Guru HEM tu sampai 11.30 gak la..last2 ku bagitau je Suami ku ambik sekali time diaorang balik sek nanti je sebab diaorang balik pun jam 12.10 tengahari. Memandangkan suamiku masih lagi dalam meeting, driver dia la yang akan hantar kitaorang nanti. So lepas je budak2 ni balik sek, aku ajak makan je dulu kat kantin sekolah dengan nasi lemak yang daku beli untul diaorang tu. Memang meriah time tu. Ramai sangat budak2 yang juga makan kat situ. Lepas makan baru la balik.
Day 2 Bersekolah - Lunch di kantin sek saja
Hari ketiga persekolahan, daku tetap datang teman diaorang time rehat sambil bawa bihun goreng yang dibeli gak di Kafe ofis suami aku. Murah weh..1 bekas plastik tupperware tu RM 1 je tau..ko ambik la sikit ke @ banyak ke tetap RM 1. Murahnya la hai rezeki Tokey Kafe tu. Hari ketiga ni baru la aku nampak ada kawan yang menemani Hariz makan. Namanya Faiz. Memang pure Sabahan la orangnya.. moga kalian bersahabat la selamanya. Daku risau gak Hariz ni. Pendiam sangat. Harap2 dia tak la pendiam macam di sekolah lama dulu.
Day 3 Bersekolah - Kawan baru Hariz, Faiz namanya