click...click...

HITS

Followers

Thursday, March 24, 2016

Pindah Rumah : Sessi 2

Tu diaaaaa...
Ku ingatkan bila dah settle barang2 rumah masa orang2 forwading datang dulu, dah tak banyak la barang2 kitaorang..Sekali tu, entah lah...bila dah kemas sikit sikit & sikit lagi, sampai 9 beg baju gak la...tu pun aku dah jenuh buat 5S dah pada semua beg tu. Buku2 tulis budak2 ni yang dari sek lama ku tak bawa semua, ada la 2 - 3 buah buku je... baju2 pun ada yang tinggal di Kampung, ada gak yang tinggal di rumah kakakku.

Memang banyak la barang2 kitaorang sampai masa di KLIA hari tu pun semua ahli keluarga terkejut tengok....

Sampai di airport KK, ambik ko.......3 trolley guna..2 orang staf suami yang ambik kitaorang dengan 2 hilux. 1 hilux penuh dengan beg2 kitaorang & 1 lagi plak penuh dengan kitaorang..budak2 ni naik je hilux terus lena..sebab masing2 tak tido dalam flight.. 

Kitaorang terus ke Kuarters IKM. Drop beg2 kat rumah sana dulu. Untuk 5 hari pertama ni, kitaorang stay di Hotel dulu sebab rumah kuarters tu masih dalam proses cat & pasang langsir. Lepas tu bawa 3 beg je ke Hotel untuk check in....


Sayonara buat Insan-Insan Tersayang......

Baru berkesempatan nak update pasal hal kitaorg pindah ke KK tempoh hari. Banyak sangat la halnya beberapa hari ni jadi buatkan daku tunggu masa yang sesuai untuk update hal ni...

Cuti seminggu Di Taiping rasa sekejap sangat. Lagi2 kitaorg masing2 family di sini, jadi perkara biasa la kalau sekejap di sana sekejap di sini. 

Memandangkan mak & abahku tak hantar kitaorang di KLIA, hari terakhir di kampung kitaorg singgah dulu di rumah makku.. sempat gak kitaorg snap gambar beramai2...aku jenuh tahan sebak, tapi last2 tu nangis gak la...Sedih juga nak tinggalkan mak abah...

Sayanggggg Mak Abah....Raya nanti la baru kitaorg balik...
T____T
Lambat lagi la kitaorang nak balik kampung lepas ni..ku kira2 dalam 4 bulan la kalau balik time Raya nanti... 

Pagi ahad tu kakakku  sekeluarga hantar kitaorang ke KLIA... Mak abah mertuaku & kakak iparku sekeluarga juga ada datang menghantar kitaorang.. aku lagi terharu bila tengok adegan En Suamiku bersalaman bersama Maknya. Tiba2 je jadi sedih bila part tu. Barang2 kitaorang banyakkknya la hai...nanti aku share di entri lain..ada lagi cerita di sebaliknya..
Bergambar beramai2 sebelum berangkat ke KK

CARA MEMAKAI PUMPS HEELS AGAR TIDAK MENYAKITKAN

Dah lama tak pakai heels tau ^_^


Sekarang dah penghujung bulan 3. Kalau orang lain sibuk dengan misi mencari baju raya, daku plak sibuk nak survey kasut raya. Antara online store yang daku tengah survey2 ni tentulah dari ZALORA.com. 

Ku berkenan la hai kasut di atas ni. Chunky Heels Pumps - Sidewalk. Warna dah la cun. 

Ada yang kata pakai heels ni akan menyebabkan sakit kaki la...ok..pengalaman daku plak, sejak pakai masa zaman bekerja dulu, kalau ko pakai dengan cara yang betul, memang tak akan sakit kaki. Di sini daku share TIPS2 CARA MEMAKAI PUMPS HEELS AGAR TIDAK MENYAKITKAN : 

Cuba..Try...Pakai 
Tidak dinafikan bahawa kasut tumit tinggi atau high heels sering menjadi pilihan utama ramai wanita untuk ke mana sahaja terutama sekali apabila ingin ke pejabat atau menghadiri majlis-majlis istimewa seperti undangan perkahwinan dan seumpamanya. Ini adalah kerana high heels merupakan ‘woman’s pride’ dan dengan pemakaian high heels seseorang wanita itu kelihatan lebih tinggi dan menyerlah. Well, beauty is pain! Namun, ini tidak bermakna anda harus menyiksa diri anda. Oleh itu, untuk pemakaian high heels yang selesa untuk sepanjang hari, ikuti tips-tips seperti di bawah;
Cari Kasut Yang Sesuai
  • Alway wear the right size. Jangan pakai kasut yang bersaiz lebih kecil atau lebih besar dari saiz kaki anda yang sebenarnya. Kedua-duanya akan menyebabkan kaki anda berasa kurang selesa dan boleh menyebabkan kecederaan. 
  •  Letak kusyen atau ‘foot cushion’ (anda boleh temui di kedai-kedai kasut) pada bahagian kaki yang menerima paling banyak tekanan.
  •   Wear socks atau heel liners! Pemakaian sarung kaki ini boleh mengelakkan kaki anda daripada melecet dan luka.
Yang jenis macam ni lebih sesuai
  • Duduk apabila anda berpeluang untuk duduk. Berjalan dan berdiri sepanjang hari dengan memakai kasut tinggi sememangnya amat menyakitkan kaki anda,
  • Jalan dengan betul dan jangan terlalu laju. Berjalan dengan terlalu laju akan menyebabkan langkah anda tidak stabil.
  •  Kalau boleh, pakai kasut tumit tinggi atau pumps heels shoes yang bertapak lebih lebar untuk meyokong berat badan anda.