click...click...

HITS

Followers

Saturday, March 12, 2016

Hari Terakhir Di KKTM

Semalam hari terakhir kami sekeluarga di KKTM. entahlah...daku rasa lain juga perasaan nak tinggalkan tempat ni... Memang berbeza juga ketika daku sekeluarga berpindah dari Ampang ke Parit Raja ni...

Di Ampang, suasananya lain. Kawan2 ku walaupun ramai & memang dah kenal lama , ada yang dari ku bujang sampai beranak 3 penerimaan diaorg sangat lain..santai dan biasa2 je. Sedih tu ada tapi lebih kepada suasana di mana daku yakin daku akan kembali balik ke sana satu hari nanti...

Kalau kat sini, walaupun kawan2 ku ni ku sempat kenal dalam masa 1@2 tahun macam tu, tapi ku rasa sangattt rapat. Dengan layanan guru2 sek budak2 ni lagi buatkan ku rasa terharu sangat. Kat sini, ku rasa tak akan datang dah la..kalau setakat singgah2 atau lalu maybe ada..tapi untuk menetap kembali tak tau la..semuanya bergantung dengan kerja en suamiku itu...

2 tahun di KKTM. Banyak mengajar daku erti persahabatan tanpa mengira pangkat, darjat dan sama rata je semua..

Moga suatu hari nanti daku akan dapat berjumpa lagi dengan rakan2 ku di sini.

Selamat Tinggal KKTM!