click...click...

HITS

Followers

Tuesday, March 08, 2016

Danial & Echo

Hari ni Danial ada temujanji yang kedua di HSNI. Kali ni dia kena buat Echo plak..

Apa itu Echo? Lebih sinonim @ sering dikaitkan dengan Jantung khasnya. 

Echocardiogram atau lebih dikenali "echo" adalah satu prosedur untuk scan jantung. 

Sememangnya daku amat berdebar2 gak la...lagi2 kali ni daku datang berdua je dengan Danial. Mujur la mak abah aku ada datang minggu lepas. Jadi ku minta diaorg tolong sama tengok2kan Nayli.

Sambil tunggu no giliran, daku baca buku ni..menarik gak.

Lepas hantar je Hariz ke sekolah, kitaorg terus ke HSNI. sampai pun macam hari tu gak. 7.30 pagi. Tengok2 tak ada orang pun . Kitaorg dapat no 1. Kali ni no kitaorg walaupun awal dipanggil lewat gak.. rupanya Staf Nurse & MA tengah siapkan mesin Echo tu. Time proses Echo, Danial relax2 je...daku je banyak sessi soal jawab dengan Nurse tu. Siap tanya macam mana yang dikatakan Jantung Berlubang tu. Nurse tu sangat2 friendly ok! Dia layan je pertanyaan aku siap dibantu oleh MA sama. Dari scan jantung tu boleh dikatakan yang setakat ni Danial tak ada apa2 masalah Jantung. 
Danial sangat cool walhal ngantuk sebenarnya
Lepas tu tunggu sekejap untuk jumpa Dr Pakar Kanak2 plak. Hari ni jumpa dengan Dr Perempuan India. Ku tak perasan namanya. Tapi sgt friendly.. beliau pun menerangkan kembali result dari Echo, ECG & X Ray tu semula. Result X Ray dan ECG hari tu pun menunjukkan normal dan tak ada apa2 yang menunjukkan simptom2 sakit jantung. YA ALLAH, lega sangat2 bila daku dengar penerangan Dr tersebut..cuma, Danial still lagi masih perlu untuk buat check up bila dah sampai ke KK nanti. Ada la surat rujukan dari HSNI dikeluarkan tadi.

Ni aku nak share link dari artikel Dr Zubaidi mengenai Sakit Jantung Berlubang. Mudah2an dapat memberi idea. 

http://drzubaidi.com/blog/apakah-penyakit-jantung-berlubang-perlu-dibedah/

Aku dan Surat Pelepasan Bank

Nak share informasi sikit ni..Tentang Surat Pelepasan Bank ...Kisahnya kereta kitaorg ni masih lagi ada pinjaman bank. So nak bawa kereta ni ke KK nanti, WAJIB ada Surat Pelepasan Dari Pihak Bank. Aku ada tanya dah benda ni pada kawan aku, Syl masa dia balik ke Kuching hari tu. Benda ni pun aku & En Suami dah sembang2 gak la..cumanya kitaorg ni tak beri perhatian sangat tentang surat ni. Semasa orang forwarding ni call dan bagitau staf2 diaorg akan datang ambik barang & kereta & motor, tak ada la plak diaorg sebut nak dokumen apa...Tup2 masa hari jumaat lepas dah settle semua, masa diaorg tengah check kereta baru la diaorg minta..mak ai..mesti la kitaorg tak sediakan..yang ada salinan geran kereta, salinan ic daku n lesen je...So kena la call Bank plak isnin berikutnya.

Maka....pagi semalam pun daku nyaris2 lupa... lepas tengahari tu baru la daku teringat balik...maka, cepat2 la call pihak bank dan tanya apa prosedur yang dia nak. So, since ke sana sebab pertukaran En Suami, dia nak la surat pertukaran & satu lagi surat kira surat permohonan untuk mendapatkan surat pelepasan tu.

Yang bestnya...Laptop en suami ambik. PC plak dah angkut ke kargo...mmmm..ke kedai printing la jawabnya...lagi best kena mengarang depan2 kaunter..Pc yang boleh dipakai betul2 depan kaunter..perghhhh..nak memerah ayat dalam keadaan terdesak IS NOT ME la....selalu orang nak mengarang ayat kena dalam keadaan santai2...dan bukan tergesa2...T_____T maka sebab tu surat yang pertama kali daku send tu daku terlepas nak masukkan nama En Suami ku itu..Staf bank tu call dan minta buat tambahan balik..mmm dah ulang alik kali kedua ke sana..taip sekali lagi..kali ni 3-4 kali daku check ayat2 aku tu betul2 ke tak..sesuai ke tak..tah la..dah lama tak mengarang surat..daku pun tak ingat sangat la..

Ni la dia hasil suratku yang kedua..aku harap2 sangat la dapat selesaikan segera & semuanya berjalan lancar... Amin... 

Aiyok! Ada 2 thn la tak mengarang surat.