click...click...

HITS

Followers

Sunday, February 28, 2016

Selamat Menjalankan Tugas, Cinta Hatiku.....

Beberapa hari ni daku sangat2 emosi, penat menguruskan budak2 yang tak berapa sihat dan penat juga mengasingkan barang yang tak habis2 lagi..daku rasa selagi org2 Kargo tu tak datang2 lagi, memang kerja asing & pack barang tak habis2 la jawabnya...

Sampaikan daku kurang menghabiskan masa dengan En Suamiku.. dalam keadaan @ situasi begini, daku berharap sangat suami dapat memahami. Di akhir2 hari sebelum en suami berangkat ke KK, kitaorg banyak habiskan makan2 kat luar je. Enjoy buat aktiviti kemas barang bersama2. 

Pagi ni daku & Nayli hantar En Suami ke Airport Senai. Daku 1st time gak ke sana. Since masa perjalanan pun dalam sejam gak dari rumahku, jadi daku & Nayli tak dapat nak tunggu lama sangat. Sebab berkejar plak nak ambik budak2 yang lain balik dari sek jam 1.10 petang tadi. 

Daku cuba menahan sebak, cuba berlagak tenang di hadapan En Suami, daku tak nak la dia risau ke apa ke..berjaya juga la tidak menitiskan air mata tadi. 

Ya. Mungkin daku sudah biasa. 

Mungkin daku sedar suami ke sana disebabkan kerja. 

Mungkin juga daku sedar suami akan sibuk menguruskan juga hal2 persekolahan budak2 ini nanti di sana.

Jadi atas sebab2 faktor ini, sedikit sebanyak berjaya menahan daku daripada menitiskan air mata.

Daku hanya berkata...

Abang balik jumaat ni ye.....
Sayang tunggu dengan anak2 jumaat tau....

Selamat berangkat ke Kk, abang. Semoga perjalanan abang selamat tiba hendaknya. 

Ye. Siri PJJ kembali semula...
2 jam gak perjalanan tadi.
Sejam pergi
Sejam balik..
Fuhhh
Mengalas amanah yang diberikan oleh KP
Bukan mudah sebenarnya

Training Terakhir Di sini...

Anak2 ku, Hariz & Danial.

Petang semalam training Taekwando terakhir mereka di sini.

Rasa sedih pun ada. Sebab diaorg memang suka sangat dengan training ni.

Patutnya pagi semalam training kat Gym di Pura Kencana, tapi sebab gym tu ada aktiviti lain, so diaorg masuk ke training belah petang plak.

Sempat la semalam daku snap & rekod video mereka kejap masa training.

Tup2 masa nak balik, Master bagitau yang kalau by minggu depan, kitaorg masih ada lagi di sini, Dia ajak juga pergi training ke Gym Pura Kencana gak tanpa bayaran bulanan.. Wah..daku terharu la plak..

Plan nak ke KK dalam cuti sekolah bulan 3 ni. Ku dah risau2 orang Kargo ni tak call2 pun lagi. Nak tak nak memang daku push gak En suami pi follow up dengan bahagian yang uruskan bab2 pemindahan ni .

Dengan budak2 nak periksanya, aduhai..ngan mengadap rumah dengan barang2 yang tak habis2 disimpan lagi buat daku stress je seminggu dua ni..

Training terakhir