click...click...

HITS

Followers

Friday, February 26, 2016

Nayli D.E.M.A.M

Aduhai....Petang semalam daku dah mula perasan badan2 Nayli dah mula dedar2.

Lepas tu suhu badan dia makin naik. Cepat2 daku mandikan dulu. Since daku tengok lepas tu dia aktif je, daku rasa lega sikit. Tapi still gak pantau suhu dia.

Tengah malamnya daku terjaga bila pegang tangan dia & makin panas. Cepat2 daku check suhu.. makin tinggi nampaknya. Sebab dah mencecah 38.6

Cepat2 daku masukkan ubat di belakang punggung dia. Daku mmg standby ubat ni jika suhu dia tinggi sangat. Nayli ada kes febrile fits , jadi kalau dia demam suhu tinggi sangat tu memang aku akan risau.

Lepas tu dia tak mau tido dan ajak terus tengok tv..Adeh anak..4.30 pagi kut. Layankan je la...

Setakat ni Danial je dah nampak surut sikit demamnya..Hariz masih tinggi lagi.. bertabahlah Ayu ....
Demam2 pun masih mau layan TV