click...click...

HITS

Followers

Thursday, February 25, 2016

Sorang lagi Demam....

Mmmmm....daku dapat call jam 10 pagi tadi dari Cikgu Kelas Danial. Ingatkan cikgu tu nak tanya pasal Danial. Sebab hari ni Danial tak datang lagi ke sekolah. Kaki dia bengkak . Tu yg menyebabkan dia susah nak jalan..jalan pun perlahan2 je..

Sekali...rupanya, cikgu tu call sebab nak bagitau yang Abang Danial, Hariz plak demam.
Alahai...daku yang fikir en suami ada kat sini lagi, maka minta dia je la ambik Hariz kat sekolah.

Balik dari sekolah, En Suami terus bawa ke klinik. Suhu dia 38.7..tinggi gak tu. Sampai kat rumah, makan ubat dan tido terus. Hariz senang sikit nak bagi makan ubat. Malah dia boleh makan sendiri lagi. Tapi kalau Danial...fuhhhh..jenuh laaa..kena umpan mcm2 dulu...

Minggu yg sgt hectic bg aku .....

Muka penat..

Hari Terakhir En Suami di KKTM...

Kalau ikutkan hari ni hari terakhir En Suamiku di sini.

Sebabnya Isnin depan dia dah start lapor diri sepenuhnya di IKM, KK plak..

Kali ni sebagai tanda penghargaan dari dia kepada staff2 admin dia, hadiah yang ku rasa2 macam comel je diberi kepada mereka...daku yang pilih sendiri hadiahnya..

Sebelum2 ni, En Suami yang tentukan & belikan ..tapi kali ni dia tak sempat. So, daku je la yang beli.

Tadaaaaa..belikan ni je di Ikea Cheras hari tu. Staff admin dia ada dalam 32 orang. So sorang satu la ye. Dalamnya ku isi coklat dairy milk 4 pcs & coclair 4 pcs gak..

Jadi la kan sebagai tanda2 kenangan...

Dikhabarkan petang ni ada sedikit majlis perpisahan untuk En Suami...

Tiba2 rasa sayu plak nak tinggalkan tempat ni..

Gigih je tempah sticker bagai