click...click...

HITS

Followers

Thursday, February 18, 2016

My Fitness Pal

Nak share sikit..

Daku dah terjebak dah dengan kira2 kalori ni ^____^

Gara2 melihat transformasi yang dilakukan oleh kawan2ku...Dengan berat yang sekarang ni, ku rasa macam tak selesa je bila memakai seluar, lagi2 seluar jeans la..

Boleh tengok kat playstore
Maka, semalam pun daku try la..sebelum tu kena tahu dulu apa target dalam proses mengira kalori ni..

Ni target daku...

46 kg la kan ^_^
Ye..berat daku sekarang 52kg. Nak turunkan sikit dal 46 - 48 kg pun jadi la. Bukan apa, nak bagi fit je...tak ada la nanti buat kerja2 rumah sikit dah penat ke apa ke..dah set target kita, so kita akan dapat tahu berapa berat yang harus turun bagi setiap minggu dan juga berapa kalori dalam sehari.

So, ni menu daku semalam. Sejak seminggu dua ni daku memang tak berapa lalu sangat nak makan berat2 ni.. maybe sebab penat kemas2 barang, jadi lebih banyak minum air dari makan. 

Tapi semalam, selera makan boleh tahan gak la. Pagi tu dalam jam 7.30 pagi lepas je hantar budak2 ke sekolah, daku & Nayli breakfast sama2. Makan kokokrunch je 1 mangkuk sorang. Nayli lepas tu sambung plak minum susu. Daku cukup la air masak je.. lepas kemas2 barang tu dalam jam 10 pagi dah lapar balik. Apa lagi punya la teringin nak makan maggie kari, masak je la..maggie ni kena makan time budak2 dah ke sekolah..kalau tak diaorg pun teringin juga tu. So, daku hanya tumis bawang putih banyak2 , ada la dalam 5 biji tu, cili padi dalam 5 biji gak, dihiris nipis2 dan kemudian tak lupa dengan sayur sawi.

Tengahari daku makan lambat sikit. Semangkuk sup ayam dengan seketul ayam saiz kecil & sayur sawi goreng.
Hari pertama
Snack diantara time lunch & dinner adalah kismis je. Tak ada la rasa lapar sangat pun. Dinner sebab nak makan nasi, daku masak sambal ikan bilis. Bawang merah, cili padi & ikan bilis ditumbuk kasar. Lepas tu letak sikit belacan. Goreng bagi garing sikit & kemudiannya boleh makan dengan nasi segenggam ye. Total kalori diambil semalam ialah 1066 untuk makanan sahaja. 

Boleh semak berapa kalori yang diambil bagi setiap jenis makanan
Makan2 juga..exercise jangan dilupa. So, semalam daku hanya sempat mengemas2 barang2 untuk pindah rumah ni je. Turun naik tangga angkat barang2 ke bawah. Dengan kotak2 bukunya, baju2 lagi..ada la dalam setengah jam..haaa.masukkan je dalam apps ni..

Selamat mencuba
Ada macam2 exercise tau.




The Second Best Exotic Marigold Hotel

Malam tadi daku sempat la rekod movie ni..konon2 nak la tengok pagi ni ke atau bila2 free la.. last2 tengah kemas2 barang daku layan terus la movie ni.. 

Ditayangkan di Fox Movies, filem ni agak baru la juga iaitu Tahun lepas diterbitkan.

Daku layan movie ni sebab ada Dev Patel. Sapa tengok slumdog millionaire, mesti tau Dev Patel ni berlakon macam mana.. 

Rupanya ni sequel yang kedua..Yang pertama dulu Best Exotic Marigold Hotel. 

Apa yang menarik movie ni adalah berkisahkan mengenai sekumpulan pelancong2 warga tua yang menginap di sebuah hotel yang diberi nama Exotic Marigold Hotel dengan pelbagai kisah2 mereka.. kira diaorg ni merantau ke negara lain, menikmati suasana di negara luar plak. 

Tuan punya hotel, Sunny (Dev Patel) dalam usaha untuk membeli sebuah lagi hotel yang lebih besar dan lebih selesa bagi menampung lagi ramai pelancong2 ke hotel tersebut. Dalam proses mendapat tajaan untuk membeli hotel tersebut, macam2 kisah di sebaliknya. 

Dev Patel ni kalau berlakon memang kelam kabut sikit.. daku nak tergelak je tgk lakonan dia.. selain tu ada gak diselit2 kisah2 lain mereka yang tinggal kat hotel tu. 

Cerita selanjutnya?? Tengok la sendiri.. so far, daku rasa best cerita ni. Sebab membuka mata melihat tentang budaya dari negara India sendiri. 

Habid movie ni pun dah 12.00 malam, akibatnya..pagi tadi ambik ko....6.25 pagi baru bangun..Fuhhhhhh..


Koleksi simpananku...

Petang semalam mengemas benda ni saja... koleksi manik2 sejak dari tahun 2011 dulu...

Satu ketika dahulu, daku memang gila jahit manik..siap pi kelas lagi tau..

Ingat lagi time tu masa adik lelaki aku bertunang, memang gigih la jahit manik2 kat baju2 daku...

Lepas tu stop seketika...lepas tu sesekali la plak daku menjahit..

Kali ni ingat nak jahit la balik ..sebabnya ada la beberapa baju yang daku tempah agak simple je.. harap2 mood aku  semasa di sana bertambah RAJIN laaa nanti..

Dulu2 daku simpan dalam bekas plastik yang kecil2 tu...tp mmg banyak la..sebabkan memerlukan banyak ruang plak, ku peket2kan la macam ni plak..haaa..baru la ok sikit..
Sekadar suka2