Followers

HITS

Tuesday, February 16, 2016

Hari Yang Tak Menjadi

Semalam hari yang tak menjadi bagi aku.

Entahlah kenapa.

Nak pergi hantar baju ke Tailor, kedainya plak tutup. Lepas tu dengar nak berpindah plak tu. Daku ada masa dah la sampai dalam bulan 3 la sekurang2nya di sini.

Call la plak Sek yang konon2nya daku nak masukkan budak2 ni ke sana.. Ya Ampun.. daku tak tau la nak kata macam mana. Daku hanya call & tanya je prosedur untuk pertukaran sek. Boleh la plak pihak sek sana cepat2 bagitau yang, "Sek kitaorg dah penuh. Puan cari sek lain saja"..

Aku dah blur2 je sambil menahan rasa geram. Sek tu memang la dekat dengan rumah yang bakal kitaorg duduk.

Nak tak nak daku watsap la jiran sebelah rumah aku ni. Dulu diaorg pun dari IKM, KK juga. So anak2 dia Sek T************ . Saja la call tanya kat sek tu plak. Jawapan yang sama juga daku terima TETAPI still lagi mengalu2kan kedatangan kitaorg ke sek tu. Terharu plak daku dengar tadi..sekurang2nya ada la perasaan lega sikit.

Daku yang masih tak berpuas hati call la plak JPN sana. Guess what??? Depa pun kata macam tu tapi since yang ni bukannya kitaorg plan pun, memang atas arahan pertukaran, so rasanya tidak ada masalah la. Makanya, orang JPN kata bawa je semua surat2 & maklumat2 selengkap dari Sek kat sini ke pejabat diaorg bila dah sampai sana nanti dan listkan saja nama2 sek yang daku pilih. So, nanti diaorg akan bantu untuk uruskan.

Pening tau ..hal barang2 plak, setakat ni daku dah settlekan bilik stor, bilik tidur , bilik tidur budak2 . Cuma buku2 en suami je belum masukkan dalam kotak lagi. Kalau ikutkan macam banyak lagi je yang tak kemas..

Pinggan2 @ periuk2 kaca yang daku nak bawa dah wrap semua. Aku tgk barang nak bawa balik kg lg banyak daripada nak bawa ke KK..

Moga esok ada sinar kembali...