click...click...

HITS

Followers

Monday, February 15, 2016

Petang Yang Huru Hara

Tengahari semalam daku dapat Watsap dari kawanku merangkap Cikgu BM & Mate Danial yang ada Suntikan Measle & Tetanus bagi Tahun 1. Tengok muka Danial steady je..tapi lepas tu dia muntah plak..

Jadi time dia balik sekolah, daku ambik sampai depan pintu kelas. Tengok2 ada notis dari Dr yang membuat pemeriksaan pagi tadi mengatakan ada bunyi kuat di jantung Danial.  Dalam notis tu appointment dia pada 8hb 3, namun ku khuatir kalau2 time tu daku dah tak ada di sini..

Maka, lepas je hantar Hariz ke Sek Agama, daku terus je bawa Danial ke Klinik Kesihatan Parit Raja. Maklumkan pada Dr yang daku datang awal sebab maybe tak dapat datang pada 8hb 3 tu di atas kebarangkalian berpindah ke KK.

Last2 Dr tu buat surat rujukan lanjut ke hospital plak untuk Ultra Sound Scanner Echo untuk lebih detail. Tapi kena gak buat appointment yang dijangka ambik masa dalam 1 @ 2 bulan. Mak ai..lama betul..

Disebabkan itu, daku cepat2 call En Suami & tanya pendapat dia. So kitaorg ke Hospital Pantai Batu Pahat la plak.. sebab situ ada Paed. Alih2 bila tunjuk kat Nurse Paed dan dia plak merujuk kepada Paed tersebut, memang kena refer ke Hospital Pakar Kerajaan juga  . Di atas faktor alatan yang tidak mencukupi.

Dari Hospital Pantai ke Hospital Batu Pahat la plak..time ni Nayli memang lena je..so senang la sikit daku bergerak. Nayli stay dengan Hariz & En Suami dulu di dalam kereta , daku plak uruskan pendaftaran Danial ke Bahagian Emergency plak. 2@3 kali juga la ayat yang sama daku ulangi, saya cepat2 bawa anak saya berjumpa dengan Dr memandangkan saya akan berpindah ke KK tak lama lagi. Jadi sebab tu saya nak check la awal2..Risau sebab anak saya tak pernah ada tanda2 macam ni.

Akhirnya, setelah diperiksa oleh MO yang bertugas, daku kena bawa gak Danial jumpa dengan Pakar dalam 2 minggu lagi iaitu pada 23hb 2 nanti.

Aduh...berdebar2 sangat menunggu temujanji tersebut.. Doakan Danial tak ada apa2 ye..

5 jam settlekan pasal Danial semalam

Kawan....di manakah kau....

Perkongsian ini daripada sahabatku dari Group Aspuri 94-98.

Entah mengapa daku terfikir sejenak. Mengenangkan kawan2 dari zaman sekolah dulu...Rindu mereka sangat2..

Sharing Is Caring

Petikan ucapan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ... genap setahun ke alam baqa

Sedap kata-katanya :

"Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dengan kehidupan.

Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan.”