click...click...

HITS

Followers

Sunday, February 14, 2016

Syahdu

Sedikit perkongsian dari Group Nanny 911



Tuhan, Ingatkan Kami
==================


Ini gambar Zhang Jinli, berusia 46 tahun berasal dari Jibo di sebelah timur China. Kelihatan dia sedang bersimpuh di sebuah stesen keretapi.

Dia bersimpuh memohon maaf di hadapan ayahnya kerana tidak dapat menjaga mereka. Dia harus kembali ke Beijing, tempat dia bekerja. Dia pulang bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu lalu.

Selama empat tahun di perantauan Zhang tidak pernah pulang menjenguk orang tuanya yang sudah berusia 80 tahun itu. Dia merasa bersalah, dan sangat menghormati ayahnya.

Zhang bersimpuh di lantai itu beberapa kali di hadapan ayahnya dan seorang saudaranya untuk menunjukkan betapa mereka amat bererti baginya.

Emosi Zhang tersentuh kerana harus meninggalkan orang tuanya sehingga dia ketinggalan keretapi yang dianggarkan tiga jam perjalanan dari Jibo ke Beijing. Berkali-kali dia memohon maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya.

Foto ini tersebar di internet. Banyak warga maya memberi komentar.

“Ketika kita meninggalkan rumah, baru kita sedari betapa banyak perkara baik yang kita tinggalkan,” komen seorang pengguna Weibo, Twitter versi China.

Bagi saya, kisah ini mengingatkan syair Imam Syafie r.a,

Jika air tidak mengalir, ia takkan pernah jernih
Jika singa di sarang tinggal diam, ia takkan pernah menerkam

Jika anak panah tidak meninggalkan busur, ia takkan menyentuh sasar


Seperti Zhang, kita juga mempunyai emosi dan kenangan yang harus kita tinggalkan. Kita berhijrah untuk sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.

Bezanya, adakah kita sanggup meninggalkan seketika keperluan dan jadual untuk bersimpuh meminta maaf dengan orang yang kita cintai kerana telah mengambil waktu-waktu berharga bersama mereka?

Lebih penting adakah kita sanggup berteleku sejenak memohon ampun dan redha Allah atas segala kurnia-Nya sebelum ini yang tidak pernah kita hitung?

Untungnya Zhang, petugas stesen membantunya untuk mendapatkan kesempatan menaiki keretapi berikutnya.

Kita, siapa yang akan menolong untuk mengingatkan?

Terima kasih sahabat, terima kasih Ya Allah!

#salehaidris
#inspiratorpsikologikeibubapaan

Sharing Is Caring

Tips Mendidik Anak Dari Ustaz Ebit Lew

Perkongsian dari Group Nanny 911 lagi..

Sunber Asal dari Ustaz Ebit Lew....




Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita..

Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak...

Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi.

Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka..hargai mereka. Puji mereka. Doakan anak-anak kita.

Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia...menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita 'sempurna'

Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita.

Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita.

Bila anak sedih. Pagang mereka. Pujuk mereka. Wahai anak jangan sedih kita ada Allah. Allah sayang kamu wahai anakku...Allah jaga kita bila kita jaga perintah Allah..

Bila anak mendapat nikmat. Best tak aiskrim ini. Siapa beli. Ayah. Siapa bagi kamu wahai anakku. Allah yang bagi. Baik tak Allah. Baik Allah. Sedapnya. Siapa bagi sedap. Allah bagi sedap..terima kasih Allah.

Bila anak menangis takut hantu. Wahai anakku, Allah jaga kamu wahai anakku..hantu semua tak boleh buat apa. Jin, syaitan, pocong, hantu gigi, hantu durian tiada kuasa.


ALLAH Maha kuasa. Kita ada Allah.


Masa keluar rumah ajar anak doa. Ya Allah saya serahkan segala urusan kepadamu. Saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan kuasa kau Ya Allah.

Bila anak nak bertengkar dengan adik beradik atau kawan-kawan. Wahai anakku bila kita memberi, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik...

Anak nak jadi princess..jadi super power.. wahai anakku, nak terbang dalam syurga tak..nak terbang kena pakai tudung macam umi..cantik. dalam syurga leh jadi princess...nanti kita sekeluarga ,masuk syurga.

Wahai anakku, ayah dan umi sangat sayang kamu kerana Allah.


Sangat sayang kamu. Allah sayang kamu lebih dari segalanya.


Wahai anakku kamu kena kenal Nabi saw. Dia sangat sayang pada kita..Dia sayang kita. Hanya dengan sunnah kita berjaya dunia dan akhirat..

Bila anak nak sesuatu ajar minta pada Allah. Ayah, saya nak mainan. Minta dengan Allah wahai anakku.Nanti Allah bagi insyaAllah. Atau Allah beri dalam syurga.

Ya Allah nak mainan..Ya Allah..sukanya anak kecil berdoa. Mereka tiada dosa. Ajar mereka juga doa Ya Allah hidayat. Ya Allah beri kami dan 7 bilion manusia hidayat.

Jika anak buat salah. Tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah walaupun tegas. Kerana ketika Musa as kalimullah berjumpa Firaun. Allah perintahkan supaya berlemah lembut dengan firaun. Kita tidak wara' macam Nabi Musa. Dan anak kita tidaklah seperti firaun..Insya Allah anak kita jadi orang paling mulia dan percakapannya jadi lunak didengari. Kerana dengan menjaga lidah dan banyak sujud kepada Allah, seseorang itu dimuliakan oleh Allah.

Nabi S.A.W. manusia terbaik dan sempurna tetapi tidak pernah mengherdik anak-anak yang dekat dengannya. Semuanya dibesarkan dengan suasana kasih sayang. Sehingga bila mereka remaja dan dewasa mereka telah bawa kebaikan pada dunia sehingga nama mereka dikenali sehingga hari ini dan di kalangan penduduk langit..

Minta maaflah pada anak-anak jika kita salah. Anak-anak akan mudah dapat sifat Nabi saw. Orang lain buat salah, tapi Nabi saw rasa bertanggungjawab. Mudah mengaku salah dan membetulkan kesilapannya.

Tengok anak orang jangan ejek, jangan kata, sebab kita belum tahu anak kita macam mana. Tengok anak lain salah, sayang mereka, doakan mereka. Satu masa anak ini dan anak kita sama-sama buat dakwah seluruh alam..

Paling utama kita sentiasa rapat diri pada Allah. Ada masalah terus solat mengadu pada Allah. Hanya pertolongan Allah boleh selamatkan kita dan anak-anak kita. Dalam rumah hidupkan Ta'lim, solat awal waktu, kasih sayang,dakwah dan khidmat sama-sama.

Ya Allah sayangilah kami suami isteri, ibubapa dan anak-anak kami. Jadikan anak kami Daie, hafiz, alim, orang yang kau sayangi dan jaga solat...Orang yang hidupkan sunnah Nabi saw dgn Ikhlas..

Peringatan utk Diri sendiri khususnya☝
  1. Sharing Is Caring