click...click...

HITS

Followers

Thursday, February 11, 2016

IKEA CHERAS

Yeay.... akhirnya...jejak kaki juga ke Ikea Cheras. Semalam En Suami pi lapor diri ke Hq dulu... So kitaorang anak beranak tinggal di rumah kakak ipar je kat Ampang. 

Memandangkan daku ada la sikit nak beli barang2 Ikea so malam sebelumnya daku dah buat list siap2 nak beli apa. Kira buat bajet siap2 la..

Pagi rabu tu lepas dah siap2 semua, alih2 budak2 ni tak mau pi plak..gara2 nak layan Movie Madagascar 2 : Africa. Anak2 ku dah pernah tengok dah..banyak kali pun. Tapi sepupu2 mereka tak tengok lagi..So diaorg temankan la tengok. Alih2 aku ngan Nayli je la yang keluar. Anak buah yang sulung, Lyana darjah 6 la yang jaga diaorg .. daku dah pesan akan balik sebelum movie ni habis sekitar jam 11 pagi. 

Sampai2 je kat Ikea jam 9.40 pagi, terus cari barang yang nak beli tu. Kebanyakannya ada di Market Hall, so tuju terus la kat situ. 

Sebelum tu sempat la juga snap sekeping gambar dengan Nayli kat sana.

Snap dulu sebelum ke Market Hall



Dalam list barang yang daku nak beli tak la banyak sangat pun, ada la dalam 4 - 5 jenis barang je. Termasuklah membeli souveniar untuk En Suami nak hadiahkan pada staf2 admin dia. Daku belikan Spice Jar je, murah tak RM 4.90 untuk 4 pcs. Bagi sorang satu ok la kan ..daku pun belikan juga untuk diberikan pada cikgu2 Hariz & Danial serta kawan2 daku yang ada di sini.


Alih2 dari 4 - 5 barang terus penuh troli..memang la..kalau dah nama perempuan kan.. ada je nampak benda yang menarik & MURAH , mesti nak beli juga..

So, cepat2 ambik dan terus bayar. Orang baru nak sampai Ikea, daku & Nayli dah balik pun. Sampai rumah kakak ipar aku tepat jam 11 pagi. Sapa kata tak boleh shopping cepat2 kan..hehe..daku bukan jenis yang suka belek2 barang lama2.. satu lagi sebab ko dah tengok dulu katalog & pilih dah barang apa yang nak beli, so tuju yang tu je la..extra2 tu lain la cerita.

Ok..so far, boleh dikatakan Ikea di Cheras sangatlah selesa & besar. Tempat parking pun besar. Tip nak ke sana, silalah pergi awal2 pagi. Macam daku, 9.20 pagi dah gerak. Sebab 9.30 Ikea dah buka..

Selamat mencuci mata...

Ni list barang2 daku nak beli..cari yang ada sale je
5 budak yang kena tinggal seketika.. yang penting makan minum kena sentiasa cukup...Nayli je ikut aku

JJCM Di KL : Restoran Selera Utara, Pandan Indah

Selasa pagi dah gerak balik ke KL. Sampai plak dalam tengahari. Jadi apa lagi kan.. En Suami request nak makan siput sedut masak lemak katanya. So, layankan je la.

Kitaorg sampai ke Restoran Selera Utara ni dalam jam 12.30 tengahari. Tengok2 tak ramai orang pun.

So, apa lagi.. masing2 ambik lauk feveret masing2 la.. Daku lebih gemar ayam masak merah dia sebab macam lauk kenduri pum ada.. Dengan sayur pucuk ubi masak lemak dan tak lupa sambal belacan. En Suami plak sayur nangka & siput sedut je. Budak2 masing2 nasi dengan ayam goreng & sayur kacang.

Restoran ni memang dah lama.. Sejak daku bujang lagi... tapi makin lama makin mahal dah la harga makanan dia.. Sesekali ok la kut kan...

Selamat mencuba

Terletak di Pandan Indah
Feveret kami anak beranak
Berselera Danial makan