click...click...

HITS

Followers

Tuesday, February 09, 2016

JJCM Di Taiping : Mee Combat & Popia Ella

Siri JJCM Di Taiping akan berakhir pada kali ini dengan menemani En Suami yang dah lama teringin sangat nak repeat makan kat sini.

Terletak di bawah Bangunan Larut Matang atau lebih dikenali sebagai Cashier, tempat ini juga menjadi tumpuan orang ramai.

En Suami nak makan Mee Combat, daku tak ada la rasa teringin nak makan sangat.

So, untuk daku & Nayli order je la Popiah Basah Ella. Ambik 5 cukup...



2 Menu harus dicuba di sini..
Aku pun tak tau la apa yang sedap sangat Mee Combat tu. Daku rasa macam biasa2 je.. tapi En Suami ya ampun..makan dengan sungguh2 lagi..Layankan je la..

Popiah Ella ni sedap tau.. makan macam ni pun dah kenyang sangat...

Selamat Mencuba ye
Popiah Basah & Mee Conbat


Kenduri Oh Kenduri

Cuti Tahun Baru Cina pun banyak gak jemputan kenduri..

Memandangkan daku ni tak la rajin sangat nak follow mak abah daku ke kenduri (kes tak bawa baju sesuai), maka ku wakilkan budak2 ni je la..

Lainla kakakku itu..dia memang rajin.. abang ipar ku pun rajin gak ikut sama..

So memang mereka sekeluarga la yang akan meneman Mak & Abah apabila ada jemputan kenduri...

So tema semalam adalah sempena Tahun Baru Cina, Budak2 ni pakai la kemeja yang berwarna merah..

Nayli je tak ikut, so pakai  baju apa yang ada je la.

Apa-apa kita bergambar dulu

JJCM Di Taiping : Restoran Asam Pedas Kamunting

Korang....

Nak bagitau ni..kalau la korang jalan2 ke Taiping kan, tiba2 rasa tak tau nak makan kat mana, nak cadangkan korang cuba makan kat sini tau..

Sesekali boleh la singgah sini

Terletak di Kamunting, Restoran ni dikhabarkan antara Restoran yang menjadi tumpuan ramai lagi2 ketika musim perayaan atau ketika cuti sekolah. Kitaorg dulu jarang2 gak la makan kat sini..ye la..time lunch biasanya makan kat rumah mak la kan..

Tapi semalam daku sekeluarga sempat la mencuba juga makan di sini memandangkan kedua2 belah keluarga ada jemputan kenduri.

Walaupun nama Restoran ni Asam Pedas, daku tak ada la ambik lauk asam pedas pun. Daku rasa lagi syok layan Asam pedas belah2 Johor sana...^___^

Datang sini, 3 makanan feveret daku mesti kena ambik iaitu Patin tempoyak, Ayam Goreng Berempah, Sayur Daun2 Kayu Masak Tempoyak & Yang Istimewanya Jus Amra dengan Asam Boi. Memang layanlah makan lauk2 macam tu sekali dengan Air Jus macam tu.

Selain tu ada macam2 jenis lauk pun ada...Ikan Bakar pun ada tau.
 
Jadi korang bolehlah mencuba jika lalu ada jalan2 ke sana.

Memandangkan Restoran ni berdaftar dengan Kastam, maka harga makanan dia boleh tahan la juga ... Sesekali ok la kan..

Selamat Mencuba...

Patin Tempoyak memang patut dicuba
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Jus Amra
Sayur Daun Masak Tempoyak
Pelbagai Jenis Ulaman
Antara sebahagian lauk2 yang ada di situ