click...click...

HITS

Followers

Wednesday, February 03, 2016

Moga berlakunya Keajaiban

Sekitar 8.30 malam tadi, En Suami baru menerima satu berita.

Yang pastinya berita ni 2 in 1.

Ada gembira....

Ada sedih...

Tapi selagi tak confirm lagi, daku tak boleh la share di sini...

Waaaaaa..sedihnya tengok En Suami macam ni...teringat 2 tahun yang lalu ...


T_______T

Bihun Vietnam Versi Daku

Memandangkan tinggal sehari je lagi sebelum daku balik kampung esok, maka petang ni daku masak la Bihun Vietnam.

Resipi ni daku dapat dari Group FB: Masak Apa Hari Ini.

Tapi daku ada la olah2 sikit ikut suka hati aku..tu la sebabnya jadi la Bihun Vietnam Versi Daku.

Bahan-bahan :

Bihun
Ayam - dipotong kecil2
Fish ball
Sawi
Bawang putih
Kiub Pati Ayam
Garam

Cara Masak :

- Bihun dibasuh dan dicelur dahulu. Kalau tengok resipi asal macam dicampur sekali je bihun tu di akhir masakan. Tapi daku tak nak la campur. Asingkan je..nak makan banyak mana, ambik la sendiri.

- Tumis bawang putih sampai garing di dalam kuali lain

- Masak air dalam periuk lain. Bila dah mendidih masukkan ayam dan bawang putih yang digoreng tadi. Minyak bawang putih tu tak payahlah letak juga. Biarkan seketika.

- Masukkan pati kiub ayam dan sawi.

- Terakhir masukkan fish ball dan perasakan dengan garam.

- Kemudian, ketika nak makan boleh lah ambik bihun dahulu dan kemudian ditambah dengan kuah sup itu tadi...

- Tadaaaaa.. dah siap...boleh la makan sekali dengan sambal kicap.

Sambal Kicap

Bahan2:

3 ulas bawang putih
5 biji cili padi hijau
Sedikit kicap pekat
Sedikit air

- Tumbuk bawang putih dengan cili padi.

- Bila dah sebati, masukkan kicap pekat dan sedikit air.

SELAMAT MENCUBA

Resipi yang agak simple juga. Sup2 memang layan la
Resipi asal menggunakan udang

Bento For Today : Nasi Goreng

Alhamdulillah..hari ni bangun macam biasa dah.

Semalam daku tido lambat juga..susun2 gambar dalam album. Sampaikan patut kena pack baju pun ku tak buat. Excited tengok gambar je lebih.

So, dari malam tadi lagi ku bercadang nak masak nasi goreng sebab ada lebihan nasi lagi.
Nasi goreng ku pagi ini versi simple2 gak memandangkan untuk dibawa bekal oleh budak2 ni dan juga untuk En Suami.

Bahan2 yang daku gunakan selain dari nasi putih, bawang, sayur kacang, carrot , sawi, cili kering, telur, ayam goreng (lebihan semalam gak) dan tak lupa sedikit garam.

Tumis bawang merah. Selalu daku akan letak ikan bilis sama, tapi sebab dah habis tak ada lah. Bila dah naik bau, masukkan hirisan cili kering tu..tak perlu masak cili tu lama sgt dan kemudian masukkan 3 jenis sayur tu..masa tengah masak sayur tu, daku letak garam sikit2 dulu.. kacau lagi sampai nampak macam dah masak sayur tu barulah masukkan ayan goreng tu..kemudian masukkan nasi, kacau biar sebati dengan bahan2 yang ada dalam kuali tu.. last baru ketepikan nasi tu sedikit dan pecahkan telur...kacau2 telur tu dulu sampai dah masak barulah kacau rata dengan nasi tu balik...lepas tu perasakan dengan garam kalau masih tawar lagi .

Budak2 terutama Hariz memang suka makan nasi goreng macam ni. Ni versi nasi goreng yang mak daku selalu buat.. selalu daku tengok Hariz hatta En suami mesti makan bertambah kalau nasi goreng macam ni.. Tak pedas katanya walaupun ada juga letak hirisan cili kering tadi...

Selamat mencuba...

Nasi Goreng Versi Mak Daku