click...click...

HITS

Followers

Tuesday, February 02, 2016

Tq PIXAJOY

Yeayyyy.. akhirnya parcel yang ditunggu2 tiba juga...

Daku ingatkan tak sempat la dapat sebelum cuti CNY ni..sebabnya daku baru je upload 240pcs pics tu pada 31hb lepas.

Bila check MyOrder plak kat website pixajoy tu, ia dijangka dihantar pada 3hb2.

Tup2 semalam bila daku check emel, Pixajoy memaklumkan yang diaorg akan ship out parcel aku pada 1hb2 iaitu semalam...

Maknanya hari ni la dapat..... tengok2 time lunch tadi En Somiku dah bawa balik sambil jeling2..

Cepat2 bagitau yg tu voucher lama. Nak kena tebus awal sebab dah nak expired dah...

Tadaaaa...sukanya la hai Pixajoy ni. Dah la servis cepat, lepas tu customer service pun ok sangat..memang membantu..Daku ada la emel pada team diaorg bagitau aku ada masalah nak upload gambar. Cepat je diaorg reply n guide macam mana aku patut buat.

Tu yang best tu...korang..kalau nak beli apa2 dari pixajoy, boleh tunggu time hari perayaan ye..selalu ada macam2 offer yang menarik...

Selamat mencuci mata

Bagusnya cuci gambar ni, kita boleh beri juga pada kelurga kita kat kampung

My Little Girl

Anak dara ni dah 2 tahun 9 bulan dah.

Manja sangat dengan daku..ke mana aje daku pergi mesti ngikut gak.

Tapi sekarang ni daku dah rasa lega sikit.

Sebab sekarang ni dia nak gak pada ayah dia..

Kalau pagi2 tu ayah dia hantar abang2 dia ke sekolah, dia nak la juga ikut.

Satu perubahan yang bagus... cumanya skrg ni ada habit baru.

Pantang abang2 kacau ke apa ke, dia punya menjerit la...macam apa je..

Satu lagi yang tak berubah ialah suka menolong daku kat dapur..Bagus Nayli..

Ni la feveret dia kalau bab2 menolong daku kat dapur
tumbuk2 bawang boleh la..cili No No No...

Bento For Today : Apa Yang Ada Je

Hari ni daku terlewat bangun.

Biasanya dalam 5.30 pagi daku dah bangun kalau nak siapkan bekal yang simple untuk budak2 ni.

Kalau yang berat sikit daku akan bangun lagi awal, sekitar 5 pagi macam tu la.

So pagi tadi kalau dah bangun pun jam 6.10 pagi, aku memang akan jadi kalut sikit. Nak siap bekal, breakfast lepas tu kena kejut budak2 ni bangun semua..aishhh..

Makanya, terciptalah pagi tadi bekal apa yang ada je untuk diaorang ni..

Mini bar kek dari D'Honey Bakery - baru beli semalam

Chicken floss juga dari D'Honey Bakery - pun baru beli semalam

Breakfast pagi ni daku sempat siapkan roti jem strawberry & teh o panas saja.

Selamat menjamu selera anak2.....
Menu apa yang ada je di rumah