click...click...

HITS

Followers

Sunday, January 31, 2016

Slide Share vs Scribd

Hari tu daku ada bagitau nak kongsi kat mana daku dapat contoh2 soalan latihan untuk budak2 ni...boleh tengok balik post INI.

Ketika daku mula2 google latihan bagi 4 subjek tersebut, daku mendapati byk yang dikongsi di dalam slide share.


So gigih la daku ni, wahai anak2 oiiiiiii. Install slide share dalam hp...pi save mana2 kertas soalan untuk budak2 ni..lepas dah save tu, kena transfer ke pc plak...lepas tu daku kena tranfer plak ke pen drive utk pi print kat kedai plak..kenapa nak print kat kedai? Sebab daku tak dak printer..yang printer lama yang bunyi kuat tu dah hantar bagi pada FIL. Lagipun sebelah kawasan rumah daku ni, ada kedai printing. Murah plak kalau print banyak2 sekaligus.

Memandangkan daku ni save document2 tu untuk di download dan di print, maka daku try la log in slide share kat pc plak...jenuh cari2 tak jumpa2 la plak mana doc yang dah daku save ...banyak plak tu..dah la paper lain, bukan 4 paper utama..tu yg daku agak frust sbb tak dapat transfer lagi doc2 ya g dah daku save tersebut.

Acc slide share, sampai kesudah tak tau macam mana nak download file2 ni.

Lepas tu daku terjumpa plak contoh2 latihan yang dikongsi di scribd plak. Nasib la ada kawan yang pernah guna acc scribd ni. Memang daku rujuk pada dia je la cara-cara macam mana nak download soalan2 yang dah daku save kat situ. Menurut kawan daku ni, jika menggunakan Scribd ni, konsep yang diaorg apply adalah GIVE & TAKE. Sebelum nak download apa2 document kat situ, ko kena share dulu apa2 untuk di upload di situ. Then, baru la boleh download document yang dah ko save sebelum tu.

Erkkk.. faham tak? 

Ok la..macam ni. Since daku masih lagi simpan nota2 penyusuan susu ibu semasa menjadi Penyokong Tegar satu ketika dahulu, jadi daku gunakan nota2 itu untuk dikongsi bersama. Tak perlu banyak2. Cukup 1 @ 2 muka surat pun dah ok. Kemudian boleh la upload di scribd. Dah upload 1 artikel tu, barulah boleh download mana2 kertas soalan @ latihan yang dah daku save sebelum tu. Limit download tak silap daku dalam 3 document je, so kalau  nak download lagi, share lah lagi apa2 nota yang ada. Nota2 penyusuan daku ni, kebanyakannya daku ambil semasa aktif di Forum SusuIbu.Com. Jadi, tidak dilupakan kredit siap2 di dalam artikel yang daku kongsikan itu.

So, Selamat Mencuba .
Guna scribd lagi senang walaupun nak kena share dulu apa2 artikel
Daku gila BF, so memang daku share yang tu je la.. tengok la nanti2 kalau ada lagi nota2 lain ke, 
maybe Babywearing plak ke 
Bukan 1 @ 2 saja yang daku share, ambik ko...sampai 6 artikel dah daku share


P/S : Jika ada sesiapa yang tahu cara-cara nak download di Slide Share, kongsikan dengan daku ye. TQ

Bento For Today : Mi Lada Hitam

Bento untuk Hariz & Danial merangkap Sarapan Pagi kitaorang gak pada hari ini...

Sumber Asal : Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia M/S 37 = Udon Masak Lada Hitam
Tapi sebabkan daku tak jumpa udon kat sini, so daku gantikan dengan Mi saja

BAHAN-BAHAN :

1 peket mi 500gm (guna separuh je)
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Sedikit daging (menu asal guna ayam)
4 keping cendawan shitake dihiris halus (menu asal 2 keping)
Sedikit sawi (menu asal tak ada)
Daun bawang
Minyak masak


SOS LADA HITAM :

1 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus)
2 sudu makan kicap pekat (resipi asal 1 sudu)
2 sudu makan sos tiram (resipi asal 1 sudu)
2 sudu makan kicap manis (resipi asal tak ada)
2 sudu makan sos lada hitam (resipi asal tak ada)
2 sudu teh gula (resipi asal 1 sudu)
2 sudu makan air (resipi asal 1 sudu)


* Campurkan semua bahan SOS LADA HITAM di dalam mangkuk kecil, kemudian kacau biar sebati. Boleh tambah sedikit air kalau rasa macam pekat sangat.

CARA MEMBUAT :

1. Mi dibasuh dan dicelur dengan air panas seketika.

2. Daging direbus terlebih dahulu , jadi nanti bila dimasak dengan mi nanti, tidaklah perlu lama.

3. Panaskan minyak dan kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.

4. Masukkan sos lada hitam. Kacau seketika.

5. Masukkan daging dan masak seketika . Tak perlu lama pun.

6. Masukkan sayur sawi.

7. Masukkan mi dan cendawan shitake. Gaul rata dan masak sehingga sos lada hitam tu bercampur elok dengan mi.

8. Tutup api. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang di atasnya.

9. Tadaaaaaa.. Dah siap pun.. oh, daku tak ada la nak deko2 gambar mata, mulut bagai macam di gambar dalam buku tu. ^_______^

Selamat Menjamu Selera

Menu Simple di Pagi Ahad