click...click...

HITS

Followers

Saturday, January 30, 2016

Guess What?

Hidden 6 words..

#EyeTest
#JustForFun
#YouCanDoIt


Steamboat Yong Tau Fu, Parit Raja

Malam semalam En suami bawa makan Steamboat Yong Tau Fu plak.

Ni kali kedua sebenarnya daku makan kat sini. 

Kali pertama, daku keluar bertiga dengan En Suami & Nayli je..Nayli pun time tu tengah tido. 

So memang daku makan sungguh2 la..

Kali ni...adehhh..jenuh gak la..

Makan sambil kawal 3 orang budak ni. Sebab sini tempat terbuka..betul2 tepi jalan je..kereta pun asyik lalu lalang je..daku dah risau Danial & Nayli tak duduk diam. Asyik nak jalan2 je..

Satu lagi makanan dia panas.. daku dah la meriba Nayli..Masa nak makan tu punyalah hati2 tak mau terkena dia.

Sesekali makan Steamboat ni ok la..Sup dia sedap, sambal dia pun sedap.

Kalau pergi lewat2 sikit, tak ada la ramai sangat orang. Lepas habis makan, boleh jalan2 sekejap kat area2 tepi tu . Ada Car boot , jual barang2 lama. 

Food Truck Steamboat Yong Tau Fu ni terletak betul2 depan CIMB, Parit Raja. Malam minggu memang meriah. 

Selamat mencuba


Dinner

TIPS MAHUKAN ANAK CEMERLANG

SHARING IS CARING

CARING IS LOVING

MAHUKAN ANAK CEMERLANG?

Sesi persekolahan Tahun 2016 sudah pun bermula hari ini. Ibu bapa harus faham, kejayaan anak-anak dalam peperiksaan diakhir tahun bermula dari awal tahun. Bermula sahaja sesi persekolahan yang baru maka ibu bapa perlu bertekad dan berazam untuk membuat satu pembaharuan agar terbentuk tabiat atau habit cemerlang dalam diri anak-anak.

Ingat, kejayaan datangnya dari sikap istiqamah. Iaitu tabiat harian anak-anak. Kejayaan besar yang dicapai esok hari adalah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diperolehi setiap hari.

Oleh itu marilah kita sama-sama membentuk tabiat positif yang merupakan kejayan-kejayaan kecil setiap hari ini.

Antaranya:

1. Hari persekolahan pastikan anak-anak tidur awal.

2. Simpan semua gajet dan permainan komputer serta tutup TV di hari persekolahan.

3. Setiap hari apabila anak balik dari sekolah, minta mereka keluarkan buku-buku yang ada kerja sekolah dan letakkan atas meja. Dengan cara ini, ibu bapa dan anak-anak sentiasa ingat ada kerja yang belum disiapkan.

4. Pastikan anak-anak bangun awal dan Solat Subuh.

5. Pastikan anak-anak bersarapan pagi, usah biarkan mereka ke sekolah dengan perut kosong.

6. Jadikan tabiat untuk menyemak jadual sekolah sebelum tidur. Pastikan semua buku-buku untuk esok termasuk pakaian dan peralatan sekolah sudah tersedia.

7. Pastikan anak-anak sampai awal ke sekolah, usah lewat nanti didenda atau dicatat nama oleh pengawas. Tidak bagus untuk prestasinya dan perkembangan emosinya.

8. Tetapkan waktu belajar dan wak untuk mengulang kaji setiap hari. Sebaiknya, antara jam 8.00 hingga 10.00 malam.

9. Amalkan untuk makan malam awal. Sebaiknya sebelum jam 7.00 malam.

10. Latih anak untuk menyediakan buku kecil yang boleh dimasukkan dalam poket bagi mencatat setiap peringatan, arahan, pesanan oleh guru-guru. Dengan cara ini mereka tidak lupa.

Kredit to 'Power Parenting Online'


Tips ni dikongsi oleh Salah seorang ahli dalam Group Watsap kitaorg yang dinamakan Nanny 911. Diasaskan oleh Puan Saleha, Group ni aktif membincangkan mengenai pelbagai kata2 nasihat mengenai anak2 dan juga saling berkongsi mengenai Tips2 Dalam Mendidik Anak. 

Jadi pada kali ini, daku berkongsi juga kepada korang2 semua mengenai Tips tersebut.

Selamat Mengaplikasikan Tips2 tu ye.

Daku dalam proses lagi mengamalkannya. 

Yang no 2 tu masih belum boleh mengikuti secara sepenuhnya kerana Nayli memang suka tengok Tv dan ini secara tidak langsung menyebabkan abang2nya, Hariz & Danial pun sama2 gak tengok TV. 

No 9 memang dah amalkan dari sebelum2 ni.

No 10, setakat ni Hariz je yang amalkan dulu.

Semoga istiqamah hendaknya..