click...click...

HITS

Followers

Friday, January 29, 2016

Lempeng Sedap, Parit Raja

Breakfast di sini pagi tadi.

Nama warung ni Lempeng Sedap.

So menu dia mesti la ada lempeng.

Tapi, kitaorg order Roti Jala & Kari Ayam

En Suami plak, pagi2 lagi dah cari nasi putih, ayam rendang & sayur kacang.

Roti jala dia memang sedap. 1 set ada 3 keping daku & Hariz masing2 habiskan 3 keping. 

Danial 1 keping je sebab dia sibuk nak makan kari kaki ayam . Nayli plak dapat gak habiskan 2 keping roti jala.

Biasanya hari cuti, kitaorg memang biasa breakfast kat luar . Sebab lepas tu akan terus beli barang basah siap2.

roti dia lembut & nipis. Memang sedap la..
Suka sangatttt la makan kaki ayam, dah jarang2 daku bagi dia makan sebenarnya
Daku makan agak cepat pagi ni. Maka daku snap la gambar budak2 ni..ku perati je gelagat diaorg makan.. Hariz ni lagi la. Nak minum pun senyum2 lagi.

Selera Nayli Makan

Char Kuey Teow Versi Daku

Daku & En Suami memang penggemar Char Kuew Teow.

Lagi2 ketika zaman belajar dulu , makanan ni la menjadi salah satu kegemaran kitaorg.

Sebelum ni daku dah jumpa macam2 jenis resipi Char Kuew Teow.

Ada yang kena rebus kepala udang dulu la..

Macam-macam la..

Daku ni kalau bab masak-masak ni tak berapa gemar resipi yang kena renyah2 sangat.

Sebab daku seorang yang simple dalam masakan. 

SIMPLE atau dari segi ayat yang lain NAK CEPAT & MUDAH je..

Sampai la daku jumpa resipi ni dari group kat FB

Tak ingat dah group apa..

So, dari situ daku dah buat banyak kali resipi ni.. kali ni baru tergerak nak share kat sini.

CHAR KUEY TEOW

Bahan-Bahan

Kuey Teow (Daku guna separuh je untuk kami makan 5 beranak. tu pun dah tambah 2x)
Sedikit Udang (kalau ada kerang pun boleh guna gak)
Segenggam Tauge
Segenggam Kucai
4 ulas Bawang Putih
2 biji Telur

Bahan Kicap @ Kuah Char Kuey Teow

4 sudu kicap pekat
4 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
2 sudu kecil serbuk cili (jangan banyak sgt nanti pedas)
1 cawan air

Cara - Cara Memasak :

* Masakkan Bahan Kicap @ Kuah Char Kuey Teow ni dahulu.
* Biarkan sebati dan kemudian boleh tutup api .


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan udang dan kacau seketika.
  3. Apabila nampak udang dah kemerah-merahan, masukkan kuey teow.
  4. Masukkan Bahan Kicap @ Kuah Char Kuey Teow tu sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan tauge dan kucai sekaligus.
  6. Goreng hingga sebati.
  7. Pecahkan telur dan kacau lagi.
  8. Tadaaaaaaaa.. dah siap pun ..Hidangkan terus dan apa lagi..Terus la makan ye

*Char Kuey Teow ni sesuai makan time panas-panas je. Kalau dah sejuk nanti, kuah dah kering dan biasanya dah lembik . 

*Selamat menjamu selera



Menu Paling Simple Bagi Daku yang tak berapa sihat ni

Sambutan Majlis MaulidurRasul

Semalam ada sambutan Majlis MaulidurRasul di sekolah budak2 ni..

Dari hari ahad lagi, Hariz & Danial dah ingatkan daku diaorang kena pakai baju Melayu, bersampin dan bersonggkok ke sekolah.

Lepas je hantar diaorg , daku sempat juga la snap gambar budak2 ni. Lepas diaorang dah mula nak berarak, daku pun balik la..

Tup2 dekat jam 11.30 pagi tu , kawan ku merangkap Cikgu sekolah anak2 ku hantar la watsap ...

Alamak...excited plak tengok diaorg ni makan dalam talam beramai2..excited je muka masing2..

Menu diaorg pun best...Nasi Jagung, ayam masak merah, dalca daging & sayur fucuk..Berselera sungguh tengok budak2 ni makan lagi2 dak Danial ni..

Sebelum berarak beramai2
Makan dalam talam..merasa la juga