Followers

HITS

Thursday, January 28, 2016

Nasi Briyani Power, Batu Pahat

Ramai orang kata makanan kat sini sedap.


Jadi lepas je teman En Suami pergi check up , kitaorg singgahlah sini.

Masa ni daku tak berapa sihat sangat sebab masih lagi sakit tekak.

Jadi, daku tak dapat la menikmati dengan sungguh2 sekali.

Ku tengok En Suami begitu semangat habiskan Nasi Briyani Kambing dia.

Daku macam biasa, Nasi Briyani Ayam gak la menjadi pilihan. Kering ayam dia, kuah dalca pun so - so je la.. memang tak habis la daku makan.

Dak kecik Nayli ni mencuba Puding Slurp la plak..aishhh..jenuh la aih nak ajar dia makan terus dari botol..so, daku letak dalam pinggan & dia suap sendiri la puding slurp tu...erkk..  manis sangatttt..

Mmmmm..kesimpulannya..adakah ini kali pertama atau akan ada hari seterusnya???

Tengok je la nanti ye..
Nasi Briyani Ayam
Mula2 je macam nak makan..lepas tu dia tak mau dah..

Fail Latihan MIH & MID

Sejak minggu ke2 persekolahan, daku dah mula mencari latihan2 untuk dibuat oleh budak2 ni..


Tahun lepas, masa Hariz darjah 1 daku banyak belikan buku2 latihan je..ada 1 subjek tu sampai 3 - 4 buku... tapi akhirnya tak dapat habiskan pun buku2 tu..


Maka, bila diberi latihan guna kertas, lagi laju je diaorg buat, jadi daku ambik kesimpulan diaorg lebih suka guna kertas latihan lagi berbanding buku.


Untuk sementara waktu ni, daku fokus 4 subjek dahulu.. Sains, Matematik, BM & BI.


Insyaallah akan daku tambah untuk subjek2 lain.


Daku buat mcm ni supaya boleh kesan apa subjek & topik mana yang budak2 tak boleh faham @ kuasai.


Setakat ke hari ni , dah seminggu buat latihan guna kertas2 yang daku sediakan ni, daku ada la nampak sikit2 apa topik yang Hariz & Danial tak faham.


Cth ; Hariz agak celaru sikit kalau topik bundarkan ke puluh @ ratus dalam subjek matematik.


Danial plak, daku nampak agak lemah dari segi bacaan dalam Bahasa Melayu yang melibatkan 3 suku kata.


So, daku akan berikan lebih tumpuan dulu untuk 2 subjek ni . Latihan ni biasanya daku buat time malam selepas solat isya..tak ambik masa lama pun sebab daku tak nak diaorg penat. Dalam 15 - 20 minit sahaja kalau latihan. Kalau sessi bacaan plak dalam 15 minit, tak kira dalam BM @ BI.



Dan latihan ni HANYA akan dibuat setelah diaorg ni siapkan kerja2 sek pagi @ pun sek agama dulu..



Sebab macam tahun lepas daku banyak lepaskan Hariz buat kerja sek sebelah malam. Jadi kadang2 tu bila dah siap kerja sekolah dah jam 10. 



Sekarang ni kerja sek kena siapkan sekurang2nya selepas balik sek agama. Dah balik rehat jap, minum petang dan siapkan kerja. Lepas tu baru la rest kejap @ kalau tak hujan kitaorg akan main2 dulu kat luar atau jogging kat UTHM. Tengok la cuaca gak. Kalau hujan, masa melepak2 je la kat rumah sambil tunggu makan malam.



Antara solat Maghrib dan Isya, adalah masa mereka mengaji. Biasa daku & En Suami gilir2 mengajar diaorg termasuklah Nayli sama.



Tahun ni daku berdoa dan  berharap ada peningkatan dari segi sahsiah & juga akademik budak2 ni. 



Next entry, daku akan share dari mana sumber rujukan daku untuk mencari latihan2 ni ye. 



Setia Menanti ........
Setakat ni 2 fail je la dulu untuk Hariz
BM & BI
Mate & Sains
Danial plak ada 1 fail tambahan
Iaitu fail LINUS

Bento For Kids - MIH & MID

Hari ni hari khamis dah...

Hari ni tak payah siap2kan bekal untuk budak2 ni sebab ada Program Sambutan Maulidurrasul di Sekolah diaorg.

Makanya, bila tengok balik gambar2 bekal yang diambil, ada 3 je..

Lupa plak, ahad hari tu pun cuti  umum, so tak ada la bekal juga.

Untuk minggu terakhir Bulan 1 ni, Bekal @ Bento yang dibawa oleh budak ni ialah : 
(as per request)

Isnin - Roti Sandwich / Tembikai Susu

Selasa - Mini Murtabak / Tembikai Susu / Coco Roll

Rabu - Roti Panda Jem Strawberry / Coco Crunch / Black forest cake

Minggu ni minggu simple je..

Daku sendiri pun tak berapa sihat sangat dari awal minggu hari tu.

Mula2 Danial batuk2, lepas tu Nayli plak batuk & selsema, lepas tu Hariz & lasttt sekali tentulah daku plak..

Daku batuk dari hari Isnin sampai sekarang . tapi bukanlah kerap , time malam nak tido je agak teruk sikit. 

Alhamdulillah, En Somi tak ada la plak berjangkit dengan kitaorg. 

Tapi, hari  ni, dia cuti gak. Ada follow up kat Hospital Putra, BP.

Selamat berhujung minggu korang....

Tak sabar nak tunggu khamis depan...B.A.L.I.K   K.A.M.P.U.N.G ^_^

Sib baik anak2 request ni je, senang sikit daku  nak sediakan
menu ni lagi la simple ..suka bekalkan banyak2 sebab budak2 ni akan berkongsi dengan kawan2 diaorg
daku malasnya nak hias2 ke deko2 sangat...asalkan korang makan je, nak..