click...click...

HITS

Followers

Wednesday, January 27, 2016

Join Contest la Plak..

Petang semalam selepas ambik budak2 ni balik dari Sek Agama, kitaorg singgahlah satu Kedai Kek dan Roti ni..

Rupanya, sabtu ni ada Hari Mesra Pelanggan 2016. So, antara aktiviti nya adalah Birthday Contest 2016, iaitu pamerkan kek yang dibeli bersama2 dengan mereka  yang diraikan pada tahun 2015 - 2016.

Daku ingat2 la balik tahun lepas banyak kali gak la beli kek kat situ. Antaranya, time Birthday Hariz la, Birthday Abah, Birthday Mak, time anniversary kitaorg & Birthday En Somi.

Balik je dari kedai kek tu, terus daku pilih2 gambar yang sesuai. Maka, lepas tu apa lagi...tadaaaaaaaaaaaa...upload di FB & minta kawan2 @ sedara mara "LIKE" . 

Korang yang baca post ni, ada masa lagi tau nak LIKE post tu ye.. ^_^

Saja je suka2 memeriahkan Majlis.

Wish me gud luck...............

Post ni special, siap daku PUBLIC kan lagi tau

Meraikan 3 insan tersayang
Black forest cake memang sedap
Sebab tu time birthday abah, repeat lagi Black forest Cake tp ada extra topping je
Since birthday mak disambut sama2 dengan Kamilia, so order la ice cream cake

Gila Cuci Gambar

Daku memang sukaaaaa sangat cuci gambar...
Macam tak puas je kalau tengok kat PC @ Laptop je..

Mesti nak gak cuci..
Sebelum ni daku pernah dah cuci gambar2 dari tahun 2008 sampai la 2014.

Fuh...memang banyak la...tapi time tu aku guna photo grid & size gambar aku adjust jadikan 4R.

Cuci pun kat kedai gambar biasa je..ok la..time tu ada pakej cuci..tak ingat lah berapa dalam seratus lebih gak la untuk 4++ keping gambar size 4R.

Lepas tu lepas raya lepas daku terjebak plak dengan photobook dari pixajoy. Serius, suka sangat hasil kerja dari diaorg..

Bermulalah dari situ, ku gilakan mini photobook plak...sebabkan harganya murah, ku beli la sikit2..tak banyak, 5 je pun..

Satu voucher mini photobook tu daku hadiahkan untuk kawan group watsap ku sempena games tukar2 hadiah tahunan.. Kebetulan kitaorg plak ada terjebak dengan satu biz project yang melibatkan photoshoot, sakan la daku pi buat photobook untuk dia..

Terbaru...daku tengah siapkan untuk photo print 240pcs gambar untuk dicuci plak.. konon2 nak buat la style photo grid gak..malangnya, kualiti gambar sangat rendah ..dah terpaksa daku buat dan pilih sekali lagi gambar2 yang sesuai dengan pixel yang tinggi.
Projek terkini - mana nak dapat harga macam ni 

Tak boleh la nak buat photo grid, sekeping2 gak la
Ni antara sebahagian voucher2 yang daku beli 
Kebanyakannya daku dah redeemed pun
Yg no 9 tu daku buat untuk Raya 2015
So kesimpulannya, kalau korang rasa berbaloi boleh la try2 survey mana2 servis printing untuk print gambar2 korang tu. 

Daku jenis suka menyimpan koleksi gambar.. akan usahakan juga untuk cuci @ print bila dah terkumpul banyak2 tu. Sayang la kan..snap gambar banyak2, lepas tu simpan je..itu daku rasa la..ikut la korang rasa macam mana plak ye..korang bolehlah google tengok mana2 online printing service yang offer pakej2 menarik .. Biasanya memang ada..cuma kena rajin survey je la..