click...click...

HITS

Followers

Sunday, January 24, 2016

Riadah Di Pagi Ahad

Memandangkan hari ni hari Cuti Umum, maka pagi2 daku dah ajak budak2 main kat court belakang.

Lama gak la tak Exercise kat belakang lagi2 sejak tak ada dah jiran merangkap kawan ku disini iaitu Kak Ct.

So tadi sempat la daku main tennis jap..tak lama pun dalam 20 minit je..

Lepas tu Hariz nak main tennis plak. Daku plak main bola sepak ala2 futsal dengan Danial & Nayli..

Main sikit2 pun dah berpeluh. Tu yang best tu..lepas tu sebab daku dah janji dengan En Somi nak ke Pasar Tani, maka cukup masa kami pun balik..

Jadi lah serba sedikit Riadah Pagi Tadi..
Macam2 aksi Budak2 Ni

Kidzoona BP Mall

Aktiviti Pagi Sabtu selepas budak2 ni balik dari Training Taekwando.

En Somi ku itu teringin nak makan mee goreng mamak kat Food Court BP Mall kekdahnya...

Makanya, daku yang dah siap2 nak sediakan bahan2 untuk masak tengahari pun tergendala la kejap..tak pe la..siap2 untuk makan malam nanti la nampaknya.

Sampai sana dalam jam 10.20 pagi..kedai kat food court pun baru buka...mmm..mana la ada lagi apa2 yang boleh dimakan time tu..

Jadinya sebelum mereka berTIGA ni membuat aksi2 sewaktu dengannya, layangkan la RM 18 untuk 3 orang) ke sini..KIDZOONA namanya..

Diaorg memang enjoy sangat main. Sebabnya time tu tak ada orang lagi pun yang nak main kat situ..Memang seronok la ..RM 6 sorang selama 30 minit..lepas tu tambahan RM 1 untuk tambahan 30 minit seterusnya kut..kalau aku tak silap la..kalau hari biasa RM 5 sahaja sorang untuk 30 minit.

Dah cukup 30 minit, apa lagi..kita makan dulu....

Happy Kids
Happy Family

Mini Kebun KecilKu

Pagi semalam selepas menghantar budak2 ni training taekwando, daku sempat la jenguk Mini Kebunku di belakang rumah.

Sebelum ni memang hari2 la nampak sebab keluar pergi sidai baju memang daku akan siram pokok sayur2an ni juga..

Cuma pagi semalam daku happy sangat..sebab melihat kacang panjang ku dah makin memanjang dengan jayanya..sikit hari lagi boleh la petik..

Daku terjebak dengan penanaman sayur ni dari tahun lepas lagi..time tu semangat waja sungguh.. sampai macam2 la daku tanam..

Hasil tuaian pun banyak. Nanti daku korek2 balik gambar2 lama di album fbku.. 

Lepas balik cuti raya tahun lepas, dengan serangan kucing2 dari kawasan sini sampai habis tanaman pokok aku dah jadi apa je..lepas tu yang lagi best anak2 pokok yang baru nak naik habis juga dikerjakan juga...

Bukan rezeki daku la time tu..lepas tu daku hanya tanam di pasu2 kecil dan disusun di rak Ikea ni saja..

Tinggal ni je Mini KebunKu


Rak ni dibeli di Ikea & gigih kitaorg bawa balik ke Johor tau

Nota Kaki : Hasil perbincangan daku bersama2 Master budak2 ni, daku rasa biarlah Danial stay juga dalam kelas ni lagi . Beliau juga akan memberi nasihat direct 1 to 1 dengan dak Danial ni pasal hal "apply training taekwando" dgn kawan2 sek dia. Bukan tu je, jika ada lagi aduan, dia sendiri yang akan turun ke Sek dan berjumpa dengan cikgu @ pihak yang terlibat. Lega sangat daku dengar tadi. Semoga kamu akan terus berubah , Danial.