click...click...

HITS

Followers

Saturday, January 23, 2016

BENTO oh BENTO

Minggu ketiga persekolahan Hariz & Danial, daku MASIH lagi sediakan bekal untuk mereka..

Semoga berterusan la hendaknya seperti tahun lalu.

Tahun ni 2 bekas daku sediakan berbanding tahun lepas semata2 untuk Hariz sahaja.
Agak mencabar gak la sebab kali ni menu bukan ditentukan sendiri oleh daku ..Tapi oleh anakanda @ Hero ku yang kedua, Danial.

Dia amat memilih makanan..

Dia jenis makan sikit2..

Tapi kerap..

Jadi daku agak risau la juga dapat ke dia bertahan masa awal2 persekolahan dulu.

Tahun lepas masa di tadika cikgu dia memang dah stand by biskut atau roti kalau tetiba je dia minta makan.

Menu minggu ke 3, 2016 :

Ahad - Nasi Putih & Tomyam Ayam
Isnin - Nasi Goreng Cina
Selasa - Cekodok Pisang
Rabu - Cheezy Roll & Roti Telur
Khamis - Nasi Lemak untuk Hariz & Repeat Cekodok Pisang lagi untuk Danial


Hari ni daku dah kena tanya siap2 kat budak2 ni nak bawa bekal apa plak untuk minggu depan