click...click...

HITS

Followers

Thursday, September 22, 2016

Cuti 2 minggu....

Sedar tak sedar dah hampir seminggu daku sekeluarga balik ke KK.

Tapi tak sempat2 gak nak update pasal balik kampung tempoh hari...

Cukuplah daku katakan maybe ITU Kali PERTAMA Dan TERAKHIR aku balik sendiri dengan anak2.....

Mcm2 cabaran awal2 tu...sampai dah masuk flight daku dah rasa lega la ..

Alih2 ....tu diaaaa... Boleh plak la satu luggage kitaorg salah tag ke next flight....

Dipendekkan cerita dpt gak settle dalam tempoh sehari... Beg tu dpt esoknyaaaa... Siap hantar terus ke kg aku kat tpg nun ...

Ok... Nnt daku sambung aktiviti2 kitaorg kat kg ya....



travel berempat tanpa suami mmg Payah gak laaa ...

Sunday, September 04, 2016

Masa mencemburui kita.........

Salam korang....

Esok bermulalah UPSR....budak2 ni dapat cuti sekolah 4 hari dan jumaat tu plak cuti peristiwa... So, kitaorang akan balik ke kampung mulai esok pagi...

1st time ni daku akan balik berempat dengan budak2 ni je sebab en suami akan bergerak dulu hari ni since dia ada prog dulu kat KL.. Lepas kitaorang sampai esok, baru lah sama2 balik ke Taiping dan dia plak akan terus berkursus di Penang sampai jumaat depan..

Untuk kawan2 yang ada anak yang akan menduduki UPSR esok, daku ucapkan SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN dengan baik dan SEMOGA BERJAYA hendaknya....

Daku akan update nanti kisah perjalanan kitaorang esok..Fuhh..berdebar2 gak ni..moga2 budak2 ni tak de la buat hal ke apa.....

Wish me gud luck ya!!