click...click...

HITS

Followers

Wednesday, August 03, 2016

Resipi : Muffin Choc Chip

Pagi ni, walaupun dah breakfast nasi goreng, daku "terRajin" plak nak cuba buat Muffin Choc Chip plakkk..

Resipi ni daku ambil dari Kak Azie, ada juga daku share dan linkkan terus ke blog beliau.. Memang tak rugi cuba resipi dari beliau, memangggggggg sedap...super rich dgn choc tau...

Resipi : Dari Azie Kitchen

Bahan A

2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120ml minyak jagung
1/2 sk esen vanilla

Bahan B

190 gm tepung gandum
1 st baking powder double action
1/2sk baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit utk tabur)

Cara cara:

Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.

Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota:

Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap

Nak tengok hasilnya???????

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Selamat Mencuba...



Senang je buatnya, kacau2 je...tapi jgn terlebih kacau plak tauuuu

dengan resipi di atas, ku dapat 14 biji muffin

ada budak yang dah tak sabar2 nak makan......

opsss..untuk hiasan tu, ku letak juga sedikit almond flake..

10 comments:

nurbijen said...

Sedapnya Ayu...
Akak dah lama tak membaking....

Nurhidayu said...

Kak Nur, jum la kak..kita baking balik..

umi alya said...

Sedapnya ayu.. minta sikit..

Husna Rahman said...

disana membaking muffin kita disini tebako nengoknya..=) ada almond lg tuh ..klu sempat nnti nak try jgklah..

Jueliza Jamani said...

lama tak buat ni..

TukangKebun said...

Mesti tak sabar anak-anak nak tunggu siap.

Salam perkenalan.

Nurhidayu said...

kak tni...hehe..jum la baking..

Nurhidayu said...

husna..selamat mencuba..simple2 je ni

Nurhidayu said...

jue...moh la buat

Nurhidayu said...

tukang kebun...ya..anak2 saya ni kuat gak makan..