click...click...

HITS

Followers

Tuesday, August 30, 2016

PHOTOBOOK LAGI???? kali ni dari Photobook Worldwide plak....

Alhamdulillah...tak sampai seminggu , photobook yang ku beli dah sampai akhirnya.... kali ni saja2 try beli dengan photobook worldwide plak, tapi dengan lazada.... yang belah kiri tu, RM 1 SAHAJA tau!! (tak termasuk pos) Yang kanan tu RM 27.30 (pun tak termasuk pos) 

Untuk mereka yang berminat, boleh dapatkannya segeraaaa dengan klik link ni, 

6 x 6 mini soft cover RM 1: 


8 x 11 medium potrait softcover RM 27.30


SEMENTARA MASIH ADA PROMOSI INI LAGI!!!

Cumanya kan...andaikata kalau korang beli lebih dari 1 voucher, kos pos adalah berasingan..contoh macam ni..aku beli 2 photobook voucher ni kan...so, bila dah siap2 edit kat software diaorang & masa nak buat process seterusnya, masukkan voucher code dan kemudian buat bayaran untuk kos pos, ianya TIDAK BOLEH DIGABUNGKAN BERSAMA.. kiranya, dua photobook, dua kali la kos pos ko kena bayar..hahaaaaaaaaa..tu je la.. kalau korang tak kisah boleh la beli lebih dari satu, kalau tak, beli 1 voucher cukup la ..yang penting, cari yang OFFER lebih dari 80% & juga sekurang2nya 40 MS..barulah ko akan rasa berbaloi2 menghabiskan masa edit gambar dan juga buat benda alah ni..kalau setakat 20 MS, aku cadangkan tak payah la weiii...nak edit gambar + mengadap benda alah ni Ko kena ada MINATTTTT dan keduanya ko kena SABARRRRR.. tu saja nasihat dari aku..ok sekian..

TQ Photobook, TQ Lazada...

Photobook untuk tahun ni...

ni hasilnya..Layout n design background semua ada, korang pilih je nak yang macam mana

Friday, August 26, 2016

Tamat lah sudah.....Doctors

Akhirnyaaaa....setelah beberapa minggu setia mengikuti Drama Korea Doctors ni, tamatlah juga akhirnya... Personally, aku lebih suka masa awal2 episod dulu, iaitu masa Hye Jung sek dan masa awal2 Mr. Hong nak tackle dia...sweet sangat moment tu... lepas tu bukan tak best , tapi tak thrill sangat la..

Cumanya, bila dah ending ni, aku macam tertanya2 beberapa persoalan ... ini persoalan aku sendiri la..



apa terjadi pada Dr. Jung Do ni??? alaaaa..tak best la..dia sorang2...
Apa plak kisah mereka ??? adakah masih lagi berdendam?? apsal Ex-President Jin tu TAK MINTA
MAAF kat Hye Jung..tak puas hatinyaaa aku!! Juz saya Thanks je...mmmmm..
aku suka karekter Hye Jung ..sangat2 menarik bagi aku
Frust, kenapa la tak tunjuk diaorang kawen...ala, kalau sekadar melamar je tak puas la..
dasarrrr tak puas hati aje aku ni kan...hehe....imaginasi tinggi sangattt
Adakah ada series Doctors yang ke 2 plak lepas ni??????
Aku cukup menyampah dengan Ex-President Jin ni...apsal la pembedahan tu berjaya ekkk..
hahaaaaaaaaa...dasarrrr pendendam sungguh..

Tu je la persoalan2 yang aku rasa macam tak puas la....so far, kalau nak compare dengan DESCENDANTS OF THE SUN, aku akan VOTE DOTS la... walaupun loving story dalam drama DOTS lagi la SLOW dari DOCTORS, tapi aku suka mesej dan penghayatan pelakon2 dia....lagi pun , heroin feveret aku berlakon kan.... 

Kalau nak tanya , drama korea apa plak lagi aku nak tengok lepas ni, aku rasa setakat ni tak ada lagi yang menarik hati..dan biar la...tak syok la nak kena menunggu tiap2 minggu..macam DOTS, aku boleh layan 16 episod tu dalam masa 2 hari je.. aku tak suka menunggu..jadi prefer kalau nak tengok drama korea, nak tengok yang dah habis lama dah ....bukan yang macam doctors ni dah...

Ok, sekian.......Peminat Korea celup2 namanya....

Thursday, August 25, 2016

JJCM Di Sandakan : Restaurant Ocean Seafood & Steamboat Kak Jue

Sebelum ke Sandakan, daku memang dah google apa tempat makan yang best dan menarik di sana...rata2 ramai bloggers mengatakan sana heaven dengan seafood...mmmmmm...bila aku utarakan pada en suamiku, dia kata, alah..kalau setakat seafood kat KK pun ada kannn... Seriusly, bila aku search lagi beberapa tempat makan, pun benda yang sama gak...seafoodddd je memanjang... ada yang kata, Ocean King la, Buli2 Sim la..bla...bla...bla....

Alih2, pada hari pertama kitaorang sampai di Sandakan tu, bila tiba nak keluar makan tu, en suami pun berkata, awak tentukan je la nak makan kat mana...yang ada steamboat tu pun ok juga... at last, kitaorang pun ke sini..perjalanan mengambil masa lebih kurang 17 minit je dari Sabah Hotel.. rupanya Ocean Seafood & Steamboat Kak Jue betul2 bersebelahan dengan D'Paradise Seafood, yang tu pilihan kedua kitaorang la kiranya...

Sekali bila pergi, tengok ramai tak makan steamboat pun. banyak yang order ala carte lagi..so kitaorang pun order ala carte gak laaaa...ni menu kitaorang pada malam tu...

Menu

Menu lagi

menu lagi 

Food starter

Budak buat perangai malam tu..memang nak kena je dengan aku..

Nayli yang feveret nya nasi + ayam + kicap

Rupanya tempat makan kitaorang malam tu port kawan2 En suami gak..punyalah ramai duk tegur dia..

Siput tarik - aku tak makan..

udang butter - hat ni dibolot aku sorang memandangkan en suami tak makan ...budak2 pun tak makan..
eee..geram je diaorang ni...selalu makan je..

ketam pedas - memang sedapppp sangat..

ayam halia - untuk anak2 makan 

kailan ikan masin - banyak betul & nasi goreng kosong utk Danial
Semua lauk2 yang kitaorang order ni untuk portion small... harga dari RM 8 sepinggan (ayam, sayur) - RM 18 sepinggan (udang, ketam, siput) ... tapi punyalah banyak sampaikan aku tak makan nasi malam tu..meratah lauk je ...memang kenyang dan puas hati sangat... 

Jadi, pada mereka yang mencari2 nak makan apa dan di mana jika ke Sandakan, boleh lah cuba makan di sini ya...memang terbaik laa...sedap dan harga pun bagi aku memang ok sangat2 la... 

Trip to Sandakan ~ Singgah Kundasang Dulu......


Sebelum bertolak kita snap gambar dulu
Seperti yang daku nyatakan dalam entri sebelum ni yang untuk awal2 perjalanan daku yang drive, jadi bila hampir2 nak tiba di Kundasang, suami dengan Hariz dok sebut2 cantikkknya Gunung Kinabalu..aishhh..tak tenteram aku tengah bawa kereta..nak tengok tak berani sangat...haha...fokusss ke arah pemanduan la konon2nya....


Jadi, ni la dianya gambar2 yang diambil oleh Hariz..



sambil bawa kereta en suami tak habis2 kata cantikkkknya Gunung Kinabalu...

Tak khusyuk betul la daku drive..gambar2 ni snap by Hariz
.

Bukti aku drive..ahakkk..snap by Hariz, tahan mata dak ni..tak tido langsung
Sampai je di Kundasang, singgah Solat dan berhenti beli buah...mak aih...banyaknya pilihan..macam2 jenis buah ada tau.....pilih je....lepas tu perjalanan diteruskan sampai la terus ke Sabah Hotel, Sandakan...

Antara buah2 yang ada di Gerai2 di Kundasang

menarik ..macam2 ada

Danial baru bangun tido..bangun2 terus makan buah

Buah strawberry ni byk lagi sebenarnya, tapi sambil pilih buah, sambil makan kekdahnya..
opssssss..buah2 tu aku minta akak yang jual tu basuhkan dulu...
macam2 jenis buah lagi.....

Next, port makan kitaorang di Sandakan..........






Wednesday, August 24, 2016

Sabah Hotel, Sandakan......


                         Swimming Pool di Sabah Hotel, Sandakan

Baru2 ni kitaorang sekeluarga berpeluang ke Sandakan sempena En suami ada kerja di sana... Perjalanan mengambil kira2 dalam 6 jam lebih sebab kitaorang singgah solat di Kundasang dan makan dulu di Ranau. Untuk sejam setengah pertama daku yang drive dari rumah sampai ke Kundasang.. Jalan memang fullamakkkkkk...mencabar jiwa dan minda lagi2 untuk kitaorang yang baru pertama kali lalu jalan tu... aku ok je bawa kereta cuma memang bila bab2 selekoh ni, agak slow la kan...bahaya wehhh... Tapi memang seronok la walaupun kitaorang hanya singgah kejap je kat Kundasang tu, tapi bagi aku memang satu pengalaman yang best la..tak dapat nak singgah lama2 sebab nak kejar perjalanan ke Sandakan plak...

Sampai di Sandakan, kitaorang menginap di Sabah Hotel...pertama kali tengok pool ni, daku rasa macam bestnyaaaaaaaaaa... nanti daku akan share cerita2 selanjutnyaaaaaaa....

Oh ya, daku sempat lagi berjumpa dengan rakan2 yang memang stay di Sandakan juga.....

Friday, August 19, 2016

Perjalanan Jauh...........

Salam Pembaca sekalian.......

Lama gak daku menyepi kali ni...Entahlah, tiada mood untuk menulis sebenarnya.....

Rutin harian berjalan macam biasa, ada juga sempat kitaorang terjah ke port2 makan baru, tapi daku macam tak ada idea plak la nak menulis...

tengoklah......nanti daku akan update kemudian...

Hari ni daku sekeluarga akan memulakan perjalanan jauh......kalau ikutkan google maps ni, 315km bersamaan 5 jam 10 minit...fuhhhhhhhh..

Lebih kurang dari rumah lama kitaorang di Johor ke Taiping la...tu pun jauh lagi ku rasa......

En suami ada kerja di Sandakan esok, jadi dia ajak la kitaorang sama....

Kenapa tak naik flight?? ni disebabkan mudah untuk kitaorang di sana nanti untuk bergerak... kalau tak nak kena sewa kereta bagai plak kan...

Satu lagi, since kitaorang ni tak pernah lagi menjejak kaki ke Kundasang bagai, so, ni la masanya ...walaupun nanti hanya lalu ja..

Korang2 , doakan perjalanan kitaorang selamat sampai ya......

Daku akan update perjalanan kitaorang nanti selepas balik dari Sandakan nanti.......

Thanksssss....



Excited dan berdebar2 gak sebenarnya......

Wednesday, August 03, 2016

Resipi : Muffin Choc Chip

Pagi ni, walaupun dah breakfast nasi goreng, daku "terRajin" plak nak cuba buat Muffin Choc Chip plakkk..

Resipi ni daku ambil dari Kak Azie, ada juga daku share dan linkkan terus ke blog beliau.. Memang tak rugi cuba resipi dari beliau, memangggggggg sedap...super rich dgn choc tau...

Resipi : Dari Azie Kitchen

Bahan A

2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120ml minyak jagung
1/2 sk esen vanilla

Bahan B

190 gm tepung gandum
1 st baking powder double action
1/2sk baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit utk tabur)

Cara cara:

Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.

Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota:

Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap

Nak tengok hasilnya???????

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Selamat Mencuba...



Senang je buatnya, kacau2 je...tapi jgn terlebih kacau plak tauuuu

dengan resipi di atas, ku dapat 14 biji muffin

ada budak yang dah tak sabar2 nak makan......

opsss..untuk hiasan tu, ku letak juga sedikit almond flake..

Tuesday, August 02, 2016

Cubaan Kali Pertama : Pavlova & Mini Pavlova

Dah lama teringin nak buat sendiri Pavlova ni... Jadi, bila dah dapat barang2nya, apa lagi kan... Semalam masa budak2 ke Sek Agama, daku terus buat... Ni resepi yang ku dapat :-

 Bahan-bahan:

4 biji telur putih
3/4 cawan gular castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan

Untuk topping.
1/2 cawan krim putar
Buah kiwi dan anggur

** Buah2an ikut suka korang la nak letak apa ya.. daku cari strawberry tak jumpa..tapi digalakkan menggunakan buah2an yang masam2 macam ni sebabnya pavlova ni mmg manisssss tauuu...**

Cara-caranya:

1. Mula-mula asingkan putih dan kuning telur. Jangan biarkan setitik pun telur kuning ni bercampur dengan telur putih tu ya... kalau bercampur, sila buat sekali lagi...

2. Pukul sehingga putih telur tu jadi berbuih dan perlahan-lahan masukkan gula putih.

3. Setelah diletakkan gula, maka bolehlah dipukul kuat. Meringue ni akan menjadi putih salju. Pada takat ni, kalau terbalikkan adunan takkan jatuh. Tak percaya?? sila lah cuba ya..

4. Masukkan sedikit cuka, tepung jagung, esen vanilla mengikut urutan dan kacau dengan menggunakan spatula sahaja. 

5. Sediakan kertas minyak.. Buat ukuran dengan menggunakan loyang .... kemudian, barulah letakkan meringue tadi atas kertas minyak . 

6. Sebelum masukkan meringue tu tadi, pastikan Oven dah dipanaskan selama 15 minit dengan suhu 150c. Kemudian, barulah masukkan meringue tu tadi dan dibakar selama 1 jam 15 minit dengan suhu 150c dan kemudian diturunkan suhu ke 140c.

7.  Setelah masak, buka pintu oven dan biarkan pavlova sejuk.

8. Pukul krim putar tu , dan kemudian bila dan kental barulah letakkan ke atas meringue tu tadi.. 

9. Hiaskan buah2an yang dihiris di atas krim putar tu....

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa.... 

daku buat dua, satu pavlova dan satu lagi mini pavlova..bakar serentak terus..senang..


Daku prefer mini pavlova lagi sebab senang nak makan..ngap macam tu je

Yang ni besar kan..hehe..so apa lagi, budak2 balik sek agama je, terus ngap beramai2...

Monday, August 01, 2016

Majlis Hari Raya Aidilfitri SK Malawa

Aktiviti Raya diteruskan lagi ....Kali ni jamuan Raya sek budak2 ni plak...
aku yang pada mulanya memang tak nak pergi..sebab berbayar tau..
waaaaaaa...Mak Bapa sapa2 yang nak datang kena bayar RM 10..
Anak2 plak RM 3 sorang.. So, dak Danial ni nak gak aku datanggggggggg...

Yang En suami ku plak memang tak nak datang gak..
tapi, saat2 akhir dijemput juga dengan pihak sek...
So, dia pun datang la juga...

yang bestnya, kitaorang satu family dah pakai ala2 team Pink dengan Dusty Red..
Baju untuk En suami pun aku iron baju pink meroon ...alih2, dihari kejadian, 
dia nak pakai baju lain plakkkk.......waaaaaaaaaaaa....

layan je la gambar2 kitaorang di hari kejadiannnn...


Dak Hariz.....
Dak Danial
Dak Nayli......
Pink dusty red la konon2.......
Kad jemputan En suamikuuuu
Tapi tu la dianya........di hari kejadian hujan renyai2.....
ada budak tu nak gak pi ikut abang2 nya...
aku lepak2 kat atas stage ni je...
Buku atucara majlissssss
bab menunggu la paling daku tak suka...apa lagi ajak Nayli selfie dulu.....
Dah habis selfie, masih lagi menunggu VIP tak sampai2 lagi...dia main bedak plakkk
dah main bedak, pi  main lipstik pun sama.......
akhirnya........sampai juga VIP yang dijemput.......
Bab yang ditunggu2 oleh dak Nayli..makannnnnn
Mak bapa yang lain makan di khemah ...aduhai..dengan hujan nya...
En suami yang baik hati ..ambik makanan utk kitaorang..........
Alhamdulillah......rezeki pada hari tu.....
Dak Danial dengan kawan sekelas dia......
Hariz yang tak makan lagi, last2 ku suruh dia makan kat meja kitaorang je....
dapat juga meraikan bersama2 anak2 pada tahun ni......