click...click...

HITS

Followers

Friday, July 29, 2016

Medical Check Up dengan BP Healthcare............

Dah masuk hari jumaat, baru la teringat nak post cerita tentang apa yang berlaku hari isnin.. ni la dianya bila mood untuk berblog dah makin berkurangan... ok la, aku nak cerita la sedikit pasal En suamiku ini.. Lately ni kerap la juga dia ngadu sakit dada, sakit belakang, sakit kepala bagai... 

Last check up dulu, masa bulan 5. time tu kolestrol dia tinggiiiii..7.. tak silap aku normal bawah 4.2 rasanya. ditambah plak masa buat proses endoskop tu, memang dia ada mild gastrik juga. Jadi, lepas raya ni bila dah sakit2 mcm ni haa baru la dia nak buat balik medical check up.. 

Since kitaorang tak familiar sangat la hospital2 kat sini  ni, jadinya dia pun buat la medical check up di BP Healthcare . tu pun sebab dia tertarik dengan satu pakej yang dia tengok kat websitu situ..ni link website BP Healthcare ya.. ada banyak gak pakej, so korang boleh pilih nak yang mana satu.  En suami pilih pakej ni..

Boleh dikatakan hampir lengkap test2 yang ada ni

dia aim untuk check Cardiac Markers ngan Tumour Markers 
Pagi isnin tu selepas hantar budak2 ke sekolah, aku ambik en suami dan gerak la ke BP Healthcare ni, nun di Damai Plaza.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 50 minit gak la sebab jalan pagi2 menuju ke KK memang super duper jam.. ni pun kitaorang ikut jalan lain.. kalau ikut jalan depan 1B tu memang lagi hazab la....

Sampai2 je terus ambik pakej yang diatas.. Since pakej tu ada kena buat test macam2 lagi, untuk Hari tu, hanya perlu buat blood test dengan urine test je.. yang test2 lain pada hari lain plak...dapat appointment minggu depan 2hb.  Mai tengok daku  jadi Mamarazi plak pada hari tu...hehe..

Bp en suami normal pagi tu.. walhal masa buat kat rumah asyik low BP je..mmmm..

Tinggi dan Berat dikira untuk menentukan BMI.. BMI en suami 25, kena turunkan berat sikit lagi
untuk dapatkan BMI yang ideal..

Time ni tah tiba2 plak dia boleh tengok ke arah daku..apa lagi kan...klik2. snap terus..

aku tengok sekejap je laki ni ambik darah ..kalau kat hospital hari tu, kemain lama lagi..
Dah settle ambik darah, kena urine test plak...so, selepas habis je, kitaorang gerak ke destinasi seterusnya... Ke Klinik Dr Mustafa, panel Mara gak yang dikatakan agak famous juga di KK  ni... 

Oh Ya...lupa nak bagitau juga yang medical check up korang boleh claim balik bila buat e-filing LHDN nanti ya.. so, jangan lupa simpan resit tu untuk rujukan korang masa nak isi e filing tahun depan nanti.. tak silap aku la kan, max RM 500 ...aku pun ingat2 lupa gak la relief LHDN ni..maklum la..dah lama tak kerja.... 

No comments: