click...click...

HITS

Followers

Friday, July 29, 2016

JJCM DI KK : Restoran Kak Tim

Nak sambung cerita tempat kitaorang breakfast pagi Isnin lepas sementara menunggu no giliran En suami ku.. walaupun kat sebelah klinik ni ada kedai makan, tapi ku tengok ramai sangat orang.. so, kitaorang jalan ke hujung kedai sikit, nampak la satu restoran ni...betul2 berhadapan dengan KFC.

Namanya Restoran Kak Tim..masuk2 je, ku tengok belah kanan dan nampak gambar ni dulu

Mee Tauhu...wow...Menarik, simple dan nampak menyelerakan je..

Time kitaorang datang ni, tak ramai orang pun... sebabnya restoran ni lebih fokus kepada katering sebenarnya... so, sempat la kitaorang meninjau2 apa lagi menu menarik di situ....



En Suami sedang bertanya2 menu apa lagi yang menarikkk

Dari jauh ku nampak macam kenal ...rupa2nya...tadaaaaaaa...

PES MEE BANDUNG &B SOTO MAK PON la...walllahhh..

Fuhhh ada juga dijual disini pes mee bandung tu.. bila ditanya2 RM 12 sebungkus..boleh tahan gak la.. kitaorang tak beli pun, sebab En suami sekarang kena kuaratin makan udang2 hatta udang2 kering ni pun gakkk...


Menu lain

Next time nak try Crispy Mee Tuaran plak

Ni la dianya Mee Tauhu Tawau, sedap tau...nak pedas, silalah request sambal cili plak ya...

Nayli memang suka la kalau mee mix dgn kicap2 ni...

Dia boleh makan macam tu je...

Untuk En suami ku plak, dia try order Nasi Kuning Ikan. dikatakan menu ni agak terkenal di Tawau , ada sambal ikan dan telur dan tak lupa sup sama.... Kat sini korang jangan pelik kalau pi mana2 kedai makan pun, sup kosong tu mesti depa akan hidangkan juga.. tak pun self service untuk sup pun ada gak tau...


Nasi Kuning sambal ikan.....


Overall, aku puas hati makan Mee Tauhu Tawau tu. En suami plak, tak habis pun nasi tu sebabnya baru perasan rupanya atas nasi tu ada diletakkan sedikit kelapa...haaaaaaaaa...kemain dia nak jaga bab2 makan ni, sampai tak sentuh pun tang kelapa tu... So, kalau korang berminat, boleh la cuba makan di sini ya... 


Ni daku share koordinat GPS Restoran ni

N 5.992626
E 116.112584
(Behind Servay & KFC Plaza Juta)



2 comments:

umi alya said...

Untungnya méràñtaú, boleh merasa pelbagai makanan..

Nurhidayu said...

Alhamdulillah kak.setakat ni mana2 kedai mkn yg kitaorang pergi mmg menepati je citarasa kitaorang