click...click...

HITS

Followers

Monday, July 18, 2016

Demam melanda diri ini...............

akhirnya .......terjebak sudahhhh...
Selain dari drama Doctors yang masih lagi episod 8 sehingga ke hari ini,  daku akhirnya mula dah terjebak dengan siri drama Korea yang lain.........iaitu....DESCENDANTS OF THE SUN...

Sebelum ni, bila tengok preview, daku juz tengok gitu2 je..tak la nak follow sangat....tapi, sebab minggu lepas daku banyak masa yang free...apa lagi kan...dalam masa 4 hari je daku dapat habiskan drama tu..tu pun, tengok time pagi je lepas budak2 ni ke sekolah...

Apa yang daku boleh share kan disini, drama ni MEMANG BESTTTTTTTTTTTTTTT sangat2..... Hero dengan heroin dia sangattt cute tau..aku baru perasan yang heroin dia, Song Hye-Kyo (Kang Mo-Yeon) ni dulu heroin dari drama Full House..tu pun salah satu drama bersiri feveret daku..siap daku beli cd lagi weiiii..Punyalah suka sangat watak dia dengan Hero Rain tu...daku ada baca gossip2 Song Hye-Kyo gak tau.. ada la baca yang dia pernah juga couple dengan Hyu Bin (Hero Secret Garden) ...tapi sekarang tak tau diaorang masih lagi bersama atau tak....

Dalam Siri Drama DOTS ni, daku lebih suka watak atau karakter Jin-Goo (Seo Dae-Young)...Sebab watak dia sangat2 Kelelakian dan sesuai sebagai Askar...Agak romantik tetapi tak menunjukkan sangat keromantikannya tu.. daku siap google lagi pasal dia..dah berkahwin rupanya dan dah ada anak sorang plak tu...fuhhh...... Watak Hero DOTS ni, Song Joong-Ki (Yoo Shi Jin) best juga lakonan dia..tapi sebab muka dia tu comel sangat...Tapi karekter dia sebagai BIG BOSS memang menyerlah. 

DOTS ni, selain memaparkan kisah percintaan mereka, banyak gak kisah2 menarik...daku lebih suka part2 action....dan juga part gempa bumi, serta kisah mereka sama2 memberikan bantuan penyelamat tu memang menarik hati aku supaya terus tengok dan tengok lagi sampai habis...memang besttttttttttt la..tak rugi la daku tengok cerita ni..satu lagi, OST drama DOTS ni pun best2 belaka..daku siap download lagi....

So, since minggu ni, en suami ku dah balik dari meeting , (last week dia pi meeting kat KL , dalam beberapa hari la juga), maknanya minggu ni, daku tak de la plan nak tengok drama korea yang lain2 plak..cukup2 la follow drama Doctors ni dulu...

koranggggg...kalau ada drama korea yang best2, mai la share pada daku ya...






6 comments:

idzwa kamaruddin said...

aaaa ku tak layannn korea..kekeke..

Siqah Hussin said...

Hehe. Terjebak sudah.. Best sangat drama ni! Siqah pun suka gila. Follow beriya drama nie siap ada buat entri pasal drama ni. 2 entri lak tu. Buat julung kalinya. Hehe..

Drama Korea, kalau dah start tengok, memang tersangkut lah.. Hee.

Dah tengok she was pretty?

Nurhidayu said...

izwa...mujur la tak layan..klu tak mesti demam ..haha

Nurhidayu said...

siqah..tu la dianya..hari tu kan , akk ada komen kat post siqah tu...
ni baru la habis tgk..mmg puas hati sangat2 la

yg she was pretty tak tgk lg..

Siqah Hussin said...

Hehe. Kan.. Best cerita DOTS. Suka bila mereka bercinta dan tak melupakan kerjaya :)

She was pretty best jugak kak. Secret lagi best.. Hee. Habislah akak dah start tengok cter korea. Melekat pasti 😁

Nurhidayu said...

Siqah....akk tak mau tgk dah drMa korea... Cukup la..hahA