click...click...

HITS

Followers

Friday, July 29, 2016

JJCM DI KK : Restoran Kak Tim

Nak sambung cerita tempat kitaorang breakfast pagi Isnin lepas sementara menunggu no giliran En suami ku.. walaupun kat sebelah klinik ni ada kedai makan, tapi ku tengok ramai sangat orang.. so, kitaorang jalan ke hujung kedai sikit, nampak la satu restoran ni...betul2 berhadapan dengan KFC.

Namanya Restoran Kak Tim..masuk2 je, ku tengok belah kanan dan nampak gambar ni dulu

Mee Tauhu...wow...Menarik, simple dan nampak menyelerakan je..

Time kitaorang datang ni, tak ramai orang pun... sebabnya restoran ni lebih fokus kepada katering sebenarnya... so, sempat la kitaorang meninjau2 apa lagi menu menarik di situ....



En Suami sedang bertanya2 menu apa lagi yang menarikkk

Dari jauh ku nampak macam kenal ...rupa2nya...tadaaaaaaa...

PES MEE BANDUNG &B SOTO MAK PON la...walllahhh..

Fuhhh ada juga dijual disini pes mee bandung tu.. bila ditanya2 RM 12 sebungkus..boleh tahan gak la.. kitaorang tak beli pun, sebab En suami sekarang kena kuaratin makan udang2 hatta udang2 kering ni pun gakkk...


Menu lain

Next time nak try Crispy Mee Tuaran plak

Ni la dianya Mee Tauhu Tawau, sedap tau...nak pedas, silalah request sambal cili plak ya...

Nayli memang suka la kalau mee mix dgn kicap2 ni...

Dia boleh makan macam tu je...

Untuk En suami ku plak, dia try order Nasi Kuning Ikan. dikatakan menu ni agak terkenal di Tawau , ada sambal ikan dan telur dan tak lupa sup sama.... Kat sini korang jangan pelik kalau pi mana2 kedai makan pun, sup kosong tu mesti depa akan hidangkan juga.. tak pun self service untuk sup pun ada gak tau...


Nasi Kuning sambal ikan.....


Overall, aku puas hati makan Mee Tauhu Tawau tu. En suami plak, tak habis pun nasi tu sebabnya baru perasan rupanya atas nasi tu ada diletakkan sedikit kelapa...haaaaaaaaa...kemain dia nak jaga bab2 makan ni, sampai tak sentuh pun tang kelapa tu... So, kalau korang berminat, boleh la cuba makan di sini ya... 


Ni daku share koordinat GPS Restoran ni

N 5.992626
E 116.112584
(Behind Servay & KFC Plaza Juta)



KLINIK DR MUSTAFA & SURGERI, LIKAS

Settle je buat medical check up di BP Healthcare tu, kitaorang ke Klinik Dr Mustafa & Surgeri plak... Ikutkan masih awal lagi la, dalam jam 8.30 pagi macam tu... tapi, sampai2 je, terkejut kitaorang.. Punyalah ramai orang yang dah tunggu...masa pendaftaran tu, sempat la tanya2 pada nurse tu. Rupanya dr masuk jam 9.30 pagi.. yang datang awal2 ni diaorang nak ambik no je dulu. En suami dapat no yang ke 10. Fuhh.. apa lagi kan, moh la kita bersarapan la dulu memandangkan En suami pun tak makan sebelum tu sebab nak ambik darah kan, tak boleh la makan minum 10 jam sebelum tu...

Port tempat makan tu nanti daku akan ceritakan di entri lain ya.. Best gak menu sarapan kitaorang pagi tu.

Lepas makan minum dalam sejam tu kitaorang masuk ke klinik balik..time tu no kitaorang dalam 2 no je lagi... Tapi aku tengok yang keluar masuk ke klinik ni memang ramai la....yang bawa baby dengan anak2 kecik la..fuhh..en suami sampai kata dah macam klinik ibu dan anak pun ada...

Kenapa kitaorang ke sini?? Klinik ni memang ramai staf2 IKM rekemen. Walaupun jarak ke klinik ni boleh tahan gak la kan, tapi sebab servis dan juga cara rawatan yang diberikan oleh Dr Mustafa ni membuatkan ramai yang memang akan ke sini gak. So, kitaorang pun nak cuba la tengok macam mana...

Bila masuk je, aku macam terpinga2 gak la..aik..tak kan bilik dr macam ni kut...Rupanya Dr Mustafa tu bagitau yang biliknya ada masalah elektrik ...so, guna la bilik sementara ni dulu. Barulah kitaorang tau, yang Dr Mustafa ni orang Utara gak sebenarnya... Memang peramah sangat.... Siap masa en suami bagitau tanda2 sakit yang dialami, Dr tu menerangkan ia lebih kepada gastrik. Walhal En suamiku itu sebenarnya risau sangat sebab ingatkan tanda2 tu sakit jantung.(Haaaaa... tu la dianya, apabila dok ngadap dr GOOGLE lagi) 

Lepas diberikan penerangan yang secukupnya , siap Dr Mustafa pesan gak, lepas dapat result darah nanti datang balik bawa berjumpa dengan dia.. so, dia akan consult balik apa yang perlu suami aku buat lepas tu.. Memang berbaloi2 la menunggu Dr Mustafa ni.. 

Sessi consultation bersama Dr Mustafa, orang Kedah baq hang!!
Patut la ramai patient di Klinik Dr Mustafa ni. Servis bagus, cara layanan dan juga rawatan pun bagus. Memang daku rekemen la untuk sapa2 yang sakit tu datang ke klinik ni.. Cumanya, kena la sabar menanti , sebab patient dr ni memang ramaiiiiiiiiii..

Ni ubat-ubat yang En suami dapat pada hari tu........
Ubat gastrik , sakit kepala dan buang angin...

Ni daku sertakan sekali alamat Klinik Dr Mustafa tu ya kalau2 ada yang bertanya....

Klinik Dr Mustafa & Surgeri,
Lot 18, Ground Floor, Mile 4
Jalan Tuaran,
KK Sabah

088-389192

Medical Check Up dengan BP Healthcare............

Dah masuk hari jumaat, baru la teringat nak post cerita tentang apa yang berlaku hari isnin.. ni la dianya bila mood untuk berblog dah makin berkurangan... ok la, aku nak cerita la sedikit pasal En suamiku ini.. Lately ni kerap la juga dia ngadu sakit dada, sakit belakang, sakit kepala bagai... 

Last check up dulu, masa bulan 5. time tu kolestrol dia tinggiiiii..7.. tak silap aku normal bawah 4.2 rasanya. ditambah plak masa buat proses endoskop tu, memang dia ada mild gastrik juga. Jadi, lepas raya ni bila dah sakit2 mcm ni haa baru la dia nak buat balik medical check up.. 

Since kitaorang tak familiar sangat la hospital2 kat sini  ni, jadinya dia pun buat la medical check up di BP Healthcare . tu pun sebab dia tertarik dengan satu pakej yang dia tengok kat websitu situ..ni link website BP Healthcare ya.. ada banyak gak pakej, so korang boleh pilih nak yang mana satu.  En suami pilih pakej ni..

Boleh dikatakan hampir lengkap test2 yang ada ni

dia aim untuk check Cardiac Markers ngan Tumour Markers 
Pagi isnin tu selepas hantar budak2 ke sekolah, aku ambik en suami dan gerak la ke BP Healthcare ni, nun di Damai Plaza.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 50 minit gak la sebab jalan pagi2 menuju ke KK memang super duper jam.. ni pun kitaorang ikut jalan lain.. kalau ikut jalan depan 1B tu memang lagi hazab la....

Sampai2 je terus ambik pakej yang diatas.. Since pakej tu ada kena buat test macam2 lagi, untuk Hari tu, hanya perlu buat blood test dengan urine test je.. yang test2 lain pada hari lain plak...dapat appointment minggu depan 2hb.  Mai tengok daku  jadi Mamarazi plak pada hari tu...hehe..

Bp en suami normal pagi tu.. walhal masa buat kat rumah asyik low BP je..mmmm..

Tinggi dan Berat dikira untuk menentukan BMI.. BMI en suami 25, kena turunkan berat sikit lagi
untuk dapatkan BMI yang ideal..

Time ni tah tiba2 plak dia boleh tengok ke arah daku..apa lagi kan...klik2. snap terus..

aku tengok sekejap je laki ni ambik darah ..kalau kat hospital hari tu, kemain lama lagi..
Dah settle ambik darah, kena urine test plak...so, selepas habis je, kitaorang gerak ke destinasi seterusnya... Ke Klinik Dr Mustafa, panel Mara gak yang dikatakan agak famous juga di KK  ni... 

Oh Ya...lupa nak bagitau juga yang medical check up korang boleh claim balik bila buat e-filing LHDN nanti ya.. so, jangan lupa simpan resit tu untuk rujukan korang masa nak isi e filing tahun depan nanti.. tak silap aku la kan, max RM 500 ...aku pun ingat2 lupa gak la relief LHDN ni..maklum la..dah lama tak kerja.... 

Tuesday, July 26, 2016

JJCM di KK : Selera Utara, Tuaran.....

Dah hampir 4 bulan di KK ni, asal dengar je Kedai2 makan yang bunyi2 utara2 ni, mesti kitaorang akan terjah punyalah... lagi2 sejak En suami ku ni, ada join satu group WA dinamakan Wonderful of Perakian.. dalam group WA ni, penuh la dengan orang2 Perak yang merantau bekerja di Sabah ni..

Jadi diaorang ni memang suka share lokasi2 mana2 kedai yang ada unsur2 dari Utara ni..

Since kitaorang ni nak gak merasa Mee Udang Kuala Sepetang katanya, so ahad pagi baru2 ni kitaorang pergi la breakfast kat situ...

Dari rumah daku tak jauh pun, dalam 15 minit gak la... lokasi boleh dicari samada taip Shell Berungis atau Pertubuhan Peladang Tuaran, Kampung Berungis... sebabnya, kedai ni betul2 berhadapan dengan Stesen Minyak Shell tu dan juga terletak bersebelahan dengan Pertubuhan Peladang ni juga...


Time kitaorang pergi tu , baru hari yang ke 10 buka...
Apa menu yang menarik di sini??? dah tentu lah, menu masakan utara....Tapi aku macam konfius gak bila tengok ada nasi goreng kerabu tu... hehe..tak pe la..maybe diaorang nak pelbagaikan jenis menu la tu.. Since hari tu baru pertama kali kitaorang pergi, jadi En suami nak cuba la makan Mee Udang, daku plak nak cuba makan Laksa dan untuk budak2 ni plak , since ada goreng2, kitaorang order Nasi Goreng Kampung je la..


Antara menu yang ada di situ
Laksa nya memang ada rasa2 belah utara...cuma tak berapa pedas sangat, so daku tambah cili padi lagi..
  
Tadaaaaaaaaaa...Mee Udang..ku ada rasa la juga, sedapp...not bad gak la 
Rupanya, bila ditanya, tokey kedai ni asal dari orang Perak , dari Lenggong..pernah menetap di Kamunting hampir 10 tahun juga la sebelum pindah balik ke Sabah ikut suami dia...sekarang ni memang dia menetap sepenuhnya la di sini....

So, korang2 kalau jalan2 ke Area2 Tuaran tu, jangan lupa singgah di Kedai makan Selera Utara ni ya.. dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 5 petang...

Selamat mencuba............

Monday, July 25, 2016

Aktiviti di Hujung Minggu........Raya tetap Raya.......

Daku agak sibuk juga la beberapa hari yang lepas...
Sebabnya, Sabtu pagi baru2 ni ada Sambutan Raya Persatuan Taekwando Budak2 ni...
Daku sediakan Dadih strawberry , nasi impit dengan kuah kacang dan juga kuih2 raya gak untuk diaorang bawa..
Lepas habis je diaorang training, sessi makan2 pun bermula...

Sebelum makan, bergambar la dulu kan.......
Ada macam2 menu tau...daku paling suka tang dessert tu, iaitu makaroni dengan fresh fruits..
ada lapan jenis buah....siap aku tapau lagi..
Sabtu petangnya plak, Kawan aku Noni dan bibiknya Nana serta anak2 Noni ni datang beraya ke rumah.. Yang bestnya, asalnya aku nak masak kuah durian ... tapi duk tunggu2 la En suamiku ni balik dari serivis kereta tak sampai2 gak..last2 dekat jam 3 lebih baru dia sampai..

Last2, daku goreng je la bihun sebagai menu utama...Jadi la kan, selain nasi impit, kuah kacang, dessert yang daku tapau tu pun ada gak...memang sungguh2 la diaorang makan...anak2 aku pun suka main2 dengan anak2 Noni ni...
Noni dan bibiknya, Nana..
Dah banyak kali Noni ni ajak pi rumah dia kat Kem Lok Kawi tu..daku  bukan tak nak pergi, tapi faham2 je la kan En suamiku tu..Jauh la..bla..bla...bla...ye la, dari Sepanggar ke sana tu pun dalam sejam gak la.. Tapi, since Noni dah datang ke rumah kitoarang petang sabtu tu, dan budak2 ni plak, sibuk merengek2 nak mandi kolam kat rumah dia, maka pagi ahad tu pun daku pergi la juga...Siap masak2 lagi cik kak Noni ni tau... 

Budak2 ni pun suka sangat dapat mandi kolam walhal aku tengok depa setakat melompat2 je dalam kolam yang mcm ni ha...budak2 kan..jadi la..suka2 je nak main air pun...

Noni ni @ Kapten Nornie Rahman ni kawan aku masa zaman sek dulu2...kitaorang dulu pernah lepas habis SPM , pi kerja kilang sama2 sementara tunggu result SPM keluar..memang best la bila ingat2 balik..Jadi, bila daku pindah ke KK ni, dapat jumpa dia balik ibarat macam mengimbas kembali la zaman dolu2..dia ni dulu minah basikal...sampai skrg masih lagi la ngan hobi dia tu... Seronok betul bila ada kawan2 dari tempat yg sama yg merantau di sini........
mandi2, lepas tu makan2 dan kemudian bila dah kenyang rehat2kan diri..

P/S : daku macam "malas" je nak cerita tentang raya pertama kitaorang..dah masuk minggu ke berapa dah ni...hahahaaaaaaaaa

Monday, July 18, 2016

Demam melanda diri ini...............

akhirnya .......terjebak sudahhhh...
Selain dari drama Doctors yang masih lagi episod 8 sehingga ke hari ini,  daku akhirnya mula dah terjebak dengan siri drama Korea yang lain.........iaitu....DESCENDANTS OF THE SUN...

Sebelum ni, bila tengok preview, daku juz tengok gitu2 je..tak la nak follow sangat....tapi, sebab minggu lepas daku banyak masa yang free...apa lagi kan...dalam masa 4 hari je daku dapat habiskan drama tu..tu pun, tengok time pagi je lepas budak2 ni ke sekolah...

Apa yang daku boleh share kan disini, drama ni MEMANG BESTTTTTTTTTTTTTTT sangat2..... Hero dengan heroin dia sangattt cute tau..aku baru perasan yang heroin dia, Song Hye-Kyo (Kang Mo-Yeon) ni dulu heroin dari drama Full House..tu pun salah satu drama bersiri feveret daku..siap daku beli cd lagi weiiii..Punyalah suka sangat watak dia dengan Hero Rain tu...daku ada baca gossip2 Song Hye-Kyo gak tau.. ada la baca yang dia pernah juga couple dengan Hyu Bin (Hero Secret Garden) ...tapi sekarang tak tau diaorang masih lagi bersama atau tak....

Dalam Siri Drama DOTS ni, daku lebih suka watak atau karakter Jin-Goo (Seo Dae-Young)...Sebab watak dia sangat2 Kelelakian dan sesuai sebagai Askar...Agak romantik tetapi tak menunjukkan sangat keromantikannya tu.. daku siap google lagi pasal dia..dah berkahwin rupanya dan dah ada anak sorang plak tu...fuhhh...... Watak Hero DOTS ni, Song Joong-Ki (Yoo Shi Jin) best juga lakonan dia..tapi sebab muka dia tu comel sangat...Tapi karekter dia sebagai BIG BOSS memang menyerlah. 

DOTS ni, selain memaparkan kisah percintaan mereka, banyak gak kisah2 menarik...daku lebih suka part2 action....dan juga part gempa bumi, serta kisah mereka sama2 memberikan bantuan penyelamat tu memang menarik hati aku supaya terus tengok dan tengok lagi sampai habis...memang besttttttttttt la..tak rugi la daku tengok cerita ni..satu lagi, OST drama DOTS ni pun best2 belaka..daku siap download lagi....

So, since minggu ni, en suami ku dah balik dari meeting , (last week dia pi meeting kat KL , dalam beberapa hari la juga), maknanya minggu ni, daku tak de la plan nak tengok drama korea yang lain2 plak..cukup2 la follow drama Doctors ni dulu...

koranggggg...kalau ada drama korea yang best2, mai la share pada daku ya...






Wednesday, July 13, 2016

Takbir Raya di Malam Raya.............

Alhamdulillah, tahun ni dapat juga sekali lagi kitaorang buat aktiviti Takbir Raya di Malam Raya..Siap jadi rumah pertama lagi ....fuhh..semangatnya daku dan juga kakakku menolong mak menyediakan juadah makan untuk malamnya....Antara menu yang sempat dimasak & dibeli ialah..........


Lemang ni abg ipar aku beli je...

Ni menu wajib mak aku di pagi raya...kira makan dengan lemang la..

Adeh..yang ni lawak!! dah siap2 celur mee bagai masak kuah mee bandung bagai, boleh plak la
daku hanya snap gambar mee ni je..kuahnya tak sempat aku snap sebab pi
tgk anak2 aku dan anak2 buah main bunga api..

Dadih jagung sebagai pencuci mulut..laku baq hang!! sejuk2 kan..nyaman ja...

ni pun ala2 signature dish mak aku, kek marble...

ni antara kuih2 @ biskut2 raya yang ada ....

Sementara menanti ketibaan jemaah masjid, apa lagi kan..
kita snap gambar dulu..gigih aku pakaikan Nayli jubah & tudung bagai
Kakakku dengan anak2nya pakai jeans & t shirt ja..

bergambar bergambar dan bergambar la lagi.....

anak2 aku dan sepupu2 nya....dah tunggu kat luar siap2 ...
tunggu pak su dan acu diaorang sampai je...

Nayli & Eryna, sebaya, adik beradik susuan,  selang 2 hari je diaorang lahir.. 
Nayli bersama anak sulung kakakku, Sofea...

Tahun ni Nayli nak dekat semua orang, termasuklah Acu dia...

dan juga Pak Su...

Yang ditunggu2.....acara main bunga api & (mercun) ---> diawasi oleh Pak Su diaorang
& Pak Long diaorang (abang ipar daku)

Ada 2 dewasa di situ, eh 4 orang termasuk aku dan Adikku. yang memerhatikan mereka

Acah2 berani je dak Hariz ni..tu pun dia nampak aksi sepupu2 dia...

Dak Marsha a.k.a anak no 2 kakaku ni memang style berani sikit...fuhhh..
debar je aku tengok dia main..

Aiyoooo..ni budak pun nak main gakkkkk...

Aksi kanak2 riang di bawah umur main bunga api...
Jangan ditanya la mana dapat stok bunga api dan mercun tu ya...ehem..ehem..Adik iparku yang dapat..katanya, minta dari rakan balai dia...mmmm..mmmm..pandai2 la korang main..jangan sampai membahayakan diri dan juga orang lain sudah...ku perati En suamiku macam kurang senang juga la bila tengok diaorang main2 bunga api tu...Bila dia dah begitu, cepat2 ku lari masuk dalam rumah..sebab time tu pun, jemaah masjid pun dah sampai...tak ramai pun malam tu, ada la dalam 15 orang dewasa dengan beberapa orang budak2 ....

Ni sebahagian daripada yang hadir...dah selesai takbir, ada group seterusnya datang plak...

Kali ni sebab abah ku pun tak berapa sihat sangat, maka laungan takbir dibuat
di atas kerusi santai2 macam ni je....kalau tak, sebelum2 ni, sofa2 ni semua tolak
ke tepi, dan dibuat kat bawah je...

Selesai semuanya dalam jam 10 lebih ....lepas tu kakakku dan abang ipar ke Bazar Ramadhan untuk tengok apa2 yang ada sebab malam tu dengar2nya barang2an dijual secara lelong...daku plak, sibuk iron baju2 untuk dipakai raya...fuhhhh..penat gak  la....memang lepas iron2 tu terus lelap dah la....keluarga adik lelaki ku plak tiba malam tu juga dalam jam 11.30 malam....Alih2 tengok2  kakakku pun balik dan dia bagitau tak dapat nak jalan masuk ke dalam pun..Punyalah ramai manusia.....daku dah agak dah...Hari tu pun daku dan suami sempat jalan2 kejap2 je..tu pun tak larat sebab cuaca kat Kampung time tu punyalah panas ....

Itu sajalah cerita di Malam Rayaaaaaaaaaaaaa.............eh eh...baru Malam Raya?? Cerita Raya belum lagi ni....phewwwwwwww.......

Aktiviti Budak2 Ketika Balik Beraya...........

Anak2 daku sangattt suka bila balik kampung ni..
sebabnya apa tau..diaorang akan BEBAS buat apa saja..
kalau kat rumah, tak la berapa bebas sangat..
sebab ada setengah2 benda masih lagi aku control sebenarnya....

Ni merupakan antara aktiviti2 diaorang ketika balik beraya baru2 ni..
al maklum la , balik awal kan...jadi ada la beberapa aktiviti dapat dibuat sementara menunggu sepupu2 diaorang balik ....


tolong atuk sapu sampah...

Diaorang memang suka bab2 menyapu ni...

tengok la Nayli tu..siap main lari2 lagi...

Aksi Nayli  main dengan kucing...

Bila diminta bergambar dengan kucing, ni la jadinya......


Ada hati gak nak menyapu cik kak ni.....

Siap ada gaya tu....

Aktiviti seterusnya........buat kuih raya...Yeayy

Acara yang ditunggu oleh diaorang......

Kat rumah, tak ada la merasa buat macam ni kan.....

Cornflakes madu, feveret Danial.

Ni pun feveret Hariz gakk

Nayli sambil isi sambil makan..adehhhhh...

Lepas tu dah siap, siap minta semuanya sekali.......

Ni di rumah mentuaku plak, budak2 sibuk main game je..mmmmmm..

Nayli bersama Marisa, anak kakak ipar daku....

Ada la juga geng Nayli ni........